Sunday, 1 March 2015

First day internship

Assalamualaikum..

Hari ni saya first day intern dekat UNITEN.. Dia punya rasa bedebar, cuak, takut semua ada.. Pagi-pagi buta bangun nak siap-siap untuk pergi kerja.. Dah rasa macam welcome back to school.. hahaha maklum la da lama sangat cuti so da lama tinggalkan budaya untuk bangun pagi-pagi mandi siap-siap pergi kelas semua tu.. Maklumlah dah lama sangat cuti sem..

Hari ni pergi intern da rasa macam budak tadika nak masuk taska sebab akak and ayah anta betul-betul depan office.. And not only that, akak saya yang kerja dekat uniten ni jugak turut temankan saya untuk pergi melaor diri di jabatan HR UNITEN.. Atas disebabkan kakak saya staff UNITEN so dia punya procedure tu kejap je da setel.. Sedangkan ada jugak student lain yang nak lapor diri tapi dia orang kena tunggu waktu yang sesuai..

Then lepas dapat surat dari HR, kami pergi breakfast. Tapi as usual la kalau tengah cuak, nervous tu memang tak ada selera la nak makan pagi-pagi tu kan hahaha.. Then kami naik ke tingkat 4 untuk lapor diri di jabatan Finance.. So guess what?? Semua staff tak ada dia orang pergi breakfast tak masuk-masuk lagi.. so tunggu la dekat office akak saya di tingkat 3.. Lepas da nak setengah jam tunggu kita orang pun naik balik untuk hantar saya di jabatan finance..

And what do you expect? haha mesti lah krik krik.. tak ada benda nak kena buatsebab baru first day.. So puan tu briefing kejap pasal semua benda dekat UNITEN ni dan pasal jabatan finance ni.. And lastly they devide us to three places.. And saya ditempatkan di bawah akaun receivable student..

Alhamdulillah staff dekat sini semuanya peramah dan baik-baik belaka.. Masing-masing gila-gila je perangai..best sangat..:)

Thursday, 12 February 2015

Penantian suatu Penyeksaan

Assalamualaikum...

Hari ni student degree UiTM bakal menghadapi hari yang paling mengerunkan.. Mereka akan menunggu sesuatu yang jauh lebih berharga daripada emas mahupun wang ringgit.. Bagi pelajar UiTM mereka akan faham apa yang di maksudkan dengan menunggu sesuatu yang jauh lebih berharga.. Semua yang di pelajari selama satu sem selama empat bulan setengah akan di buktikan pada hari ini sama ada cemerlang mahupun tidak..

Ini semua adalah bukti bagi diri sendiri tentang pencapaian selama belajar di UiTM.. Tetapi Bagi mereka di tahun akhir di semester akhir mereka lagi khuatir dan nervous kerana ini yang akan menentukan hidup mereka samada berjaya praktikal mahupun tidak.. Penat lelah kita menjadi pelajar di UiTM belajar siang malam dan berusaha keras untuk pastikan berjaya dan tidak sangkut semuanya akan di buktikan pada hari ini.. 

Pada mereka yang sudah mendapat result big congratulation for you guys.. Tahniah di atas pencapaian kalian.. Baik dan buruk itu adalah ketentuan Allah.. Ada hikmah di sebalik kejayaan dan kegagalan seseorang.. Maka bersangka baik di atas semuanya.. Dan ia juga melibatkan usaha seseorang.. Andai bagus keputusannya maka dia telah berusaha keras dan tekun dalam membuktikan hidupnya berjaya selama belaja di UiTM.. Malah Andai kata tidak berjaya banyakkan beristigfar dan renung-renungkan kembali kenapa keputusannya tidak memberangsangkan..

Pada mereka yang belum semak keputusan itu banyak-banyakkan bersabar.. InsyaAllah ade hikmah kenapa result lambat keluar.. Dan bersangka baik juga lah pada setiap yang terjadi.. Sebelum semak keputusan tu banyak-banyakkan selawat dan berdoa moga dipermudahkan segalanya.. Good luck guys siapa yang tak semak lagi tu.. InsyaAllah semuanya ok.. 



melepaskan tidak semudah melupakan

Assalamualaikum..

Kita boleh menipu semua orang dengan mengatakan kita "okay" padahal setiap malam kita akan menangis mengenang nasib hidup kita.. Mulut memang padai menipu tetapi hati? tak siapa yang tahu.. Memang susah bagi seseorang untuk move on dan melupakan kisah silam dalam hidup mereka, kisah lampau yang banyak menghancurkan hati dan menguris jiwa kita.. Tapi hidup mesti diteruskan.. Memang sakit bagi mereka yang pertama kali merasa ditinggalkan dan hatinya hancur berkecai setelah dikecewakan.. Ianya ibarat terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang sukar untuk dilupakan..

Memadam wajah-wajah dan watak-watak yang pernah hadir dalam hidup amatlah sukar bagi seseorang yang hatinya telah remuk di kecewakan oleh orang yang dicintainya.. Ianya seperti meninggalkan parut yang tidak akan pernah hilang walau dirawat.. Sama juga seperti apabila kita dikhianati oleh seseorang.. Memaafkan perbuatan seseorang memang mudah dan simple like ABC tetapi untuk mempercayai dan mendekati mereka seperti dulu adalah sesuatu yang sukar dan tak mungkin terjadi.. So, begitu juga dengan hati yang telah dikecewakan.. Untuk merawat memang mudah, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghiburkan hati yang lara tetapi untuk merawat luka dan parut yang tinggal tak kan pernah hilang.. Ianya akan kekal didalam hati..

Memang lumrah hidup manusia ini adalah makhluk yang lemah, sehingga membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.. Tetapi itu tidak mematahkan semangat bagi seseorang untuk move on.. Dengan sedikit usaha dan berlalunya masa kita masih boleh membina kekuatan hati malah jauh lebih kuat dari sebelumnya..Dengan syarat jangan pernah berputus asa!! keep moving.. Look forward.. Let the past being the past!! If you love something let it go.. If it comes back to you its yours forever..

Moving on is a hard thing to do, but it's almost always the best thing to do.. Perkara paling penting dalam hidup kita ialah kita perlu menerima kenyataan dan takdir bahawa perpisahan telah pun terjadi dan masing-masing sudah ada haluan hidup sendiri.. Memang mudah melafazkan "redha" dan sering kali juga kita ucapkan "aku redha andai ini yang terbaik untukku" tetapi pada hakikatnya hati sendiri yang tahu betapa sussahnya untuk kita redha.. Kadang kala perasaan yang tidak baik sering kali mengganggu perassan kita seperti berputus asa, kesedihan yang terlampau dan ianya sering menganggu perasaan kita untuk move on.. Bila perasaan ini muncul satu saja caranya iaitu beristigfar banyak-banyak agar perasaan sebegitu berlalu dari hati kita.. 

Saat jatuhnya seseorang memang memakan masa untuk bangkit dan bukan senang untuk pulih dalam masa yang terdekat.. Walau sepayah mana pun untuk kita bangun kembali jangan pernah menyerah kalah.. Jatuh dan bangun itu sebahagian dalam perjalanan hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.. Semua yang terjadi ada hikmah yang tersendiri..

Monday, 9 February 2015

Lemahnya imanku kerana CINTA

Ya Allah... Ya tuhanku..

Di saat ini, Pada ketika ini, aku duduk termenung... merenung kembali diri yang mungkin telah semakin jauh dariMu Ya Allah.. Merenung kembali atas kesilapan ku yang lalu... Yang hanya berharap pada CINTA manusia tanpa ku sedar ada CINTA yang lebih berkuasa dan melebihi segala-galanya...

Aku malu pada diriku sendiri yang hanya pandai merungut dan hanya pandai menyalahkan takdir tatkala ujianMu datang menjengah sedangkan selama ini aku sibuk mengatakan bahawa "AKU CINTA PADAMU" tetapi ianya bagai menanam tebu di tepi bibir..

Ya Allah... Baru sedikit Kau uji rasa CINTA ini, aku sudah pun terjelopok menangis, merintih dan mengadu kepadaMU dan ingin mengalah. Diriku terasa lemah... Sedangkan Engkau sentiasa di sisi dan Engkau lebih dekat dan mengenali diri ini daripada si dia.. Tetapi aku redha ya Allah kerana diantara Engaku dan dia, Engkau lah segalanya dan Engkaulah lebih berkuasa.. Ya Allah aku malu pada diriku sendiri.. Iman ku lemah hanya kerana CINTA sedangkan aku tahu Engkau lah pemilik segala rasa CINTA ini.. Ampunkan dosa ku Ya Allah...

Ya Allah ya Tuhanku....

Aku ini seorang yang pemungkir janji!! Seringkali aku ingin bertaubat dari dosa-dosa lampau... Namun seringkali juga aku leka dan lalai di buai bayangan dosa dan tunduk atas kehendak nafsu.. Air mata keinsafan yang dulunya sering membasahi pipi hambamu mengenangkan dosa-dosa yang lalu seakan-akan lenyap dari ingatan.. Ya Allah masih layakkah aku berada di sisi Mu sedangkan aku selalu alpa dan leka dari mengingatimu hanya kerana CINTA??

Allahu ya Rabbi...

Hamba jenis apakah aku ini?? Terkadang melakukan maksiat, melihat maksiat lalu mulut terkunci bagai ada emas, tangan terhenti, hanya hati yang menangis mengenangkan dosa yang telah aku lakukan.. Melihat kekerdilan diri.. Melihat lemahnya imanku.. Tiada siapa yang tahu melainkanMu.. Allah... Hinanya aku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini...

SUBAHANALLAH....

Ya Muhaimin... Aku sedar, Aku pasrah.. Kerana di setiap ujian yang melanda, sudah Engkau ukur tahap kemampuanku.. Aku yakin dengan setiap ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Malah aku lebih yakin di setiap ujian itu tiada yang lebih berat dari kemampuan seseorang hamba.. Sudah Engkau janjikan hikmah yang terselindung di sebalik setiap kejadian, cuma kadangkala aku merungut tanpa menyedari air mata yang hadir adalah membasahkan hatiku yang lagi penuh dengan dosa.. Dan kadangkala ya Allah.. Aku juga terlupa bahawa selepas hujan lebat pasti akan ada pelangi yang indah lagi menanti..

Ya  Allah.. dengarlah rintihan hambamu ini.. Hamba yang lagi lemah imannya hanya kerana hilangnya CINTA pada manusia.. Cekalkanlah hatiku secekal Sumayyah, sucikan lah diriku secuci Maryam.. Kerana ya Allah... Aku gentar andai CINTAMU hilang.. Kerana aku terlalu MENCINTAIMU....

Bab 15: Suratan ataupun kebetulan


Usaha dan pengorbanan Aina selama 3 tahun menunggu Aiman membuahkan hasil. Aiman kembali mencari Aina dan meminangnya seperti yang telah mereka janjikan pada suatu masa dahulu. Mereka berdua seperti tidak percaya akan apa yang jadi di antara mereka. Dua kali berpisah akhirnya di satukan di suatu majlis akad nikah. Hanya sekali lafaz akhirnya Nur Aina Syafina sah menjadi isteri kepada Muhammad fadhlul Aiman.

Mereka bersanding bertemakan garden iaitu cita-cita Aina pada waktu kecil dan dijadikan impian oleh suaminya. Rakan-rakan mereka seperti tidak percaya akan hubungan yang unik diantara Aiman dan Aina. Walaupun telah berpiasah 2 kali tetapi akhirnya di satukan kembali menjadi suami isteri. Aiman dan Aina bagai pinang di belah dua. Mereka sangat serasi dan sangat padan menjadi suami isteri.

Inilah yang dikatakan suratan takdir. Walaupun banyak dugaan di antara mereka tetapi akhirnya mereka di ijab qabul dan sah menjadi suami isteri. Semuanya adalah perancangan daripada Allah dan berkat usaha Aina berdoa siang malam meminta petunjuk daripada Allah akhirnya ianya menjadi kenyataan. Kehidupan Aina dan Aiman lebih bahagia selepas berkahwin dan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Mereka di kurniakan 5 orang anak. 3 lelaki 2 perempuan.




Bab 14: Rapuh


Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan Aina dan Aiman mulai rapuh. Aiman dan Aina sering bergaduh dan salah faham berkaitan masalah yang kecil. Aiman seperti tidak dapat mengawal emosinya terhadap Aina. Lalu dia meminta putus. Hubungan mereka putus di tengah jalan buat kali ke dua. Aina kecewa dengan sikap Aiman yang terburu-buru untuk menamatkan hubungan ini. Dia seolah-olah tidak menyangka bahawa hubungannya dengan Aiman hanya setakat itu. Setelah berbagai-bagai dugaan yang mereka tempuh bersama ianya adalah sia-sia.

Hal ini membuatkan Aina redha dengan ketentuan Ilahi. Aina yakin semua yang jadi ada hikmah disebaliknya. Aina hanya berdoa andai ini adalah ujian buat mereka berdua dia ikhlas, dan andai benar Aiman adalah jodohnya, pertemukan mereka pada masa akan datang.

Aiman yang kini telah pun mempunyai penganti Aina sedikit pun tidak mematahkan semangat Aina untuk terus setia menunggunya. Walaupun sakit untuk menanggung semua penderitaan ini tetapi Aina hanya bergantung dan mengadu semuanya  kepada Allah agar memberinya petunjuk di dalam setiap pekara. Aina juga tidak putus-putus solat istikarah memohon petunjuk daripada Allah tentang masalahnya.


Selepas 3 tahun, Aiman dan Aina masing-masing punyai kehidupan dan kerjaya mereka tersendiri. Aiman yang kini telah pun berjaya menjadi manager Oil and Gas di samping menjadi model sambilan membantu rakannya, manakala Aina pula telah pun Berjaya menjadi Penolong pengarah kewangan di syarikat Petronas.  Kehidupan mereka berdua telah berubah sama sekali. Aiman yang dulunya bahagia bersama pilihan hatinya iaitu Amelia kini telah pun kembali single. Aina pula masih tetap setia menunggu Aiman walaupun ramai yang cuba memikat dan ingin meminangnya tetapi ditolak mentah-mentah. Aina tidak putus-putus memohon kepada Allah memberinya petunjuk adakah benar Aiman itu adalah pilihan yang terbaik buatnya.

Bab 13: Sambung belajar


Setelah tamat pengajiannya di Matrikulasi Banting, Aina di terima masuk untuk menyambung pengajiannya di UiTM Shah Alam dalam bidang Kewangan. Aina berasa sangat gembira kerana diterima masuk UiTM untuk meneruskan pengajiannya. Kerana memang dari dulu lagi cita-citanya untuk masuk UiTM Shah Alam untuk sambung sarjana muda di sana.

Aiman pula di semester 3 pada masa itu. Dan ini tidak merubah apa-apa diantara mereka. Mereka kerap juga berjumpa apabila mereka pulang ke rumah. Dan bukan itu saja, Aiman juga kerap datang ke sana untuk berjuma dan melepaskan rindu pada Aina. Setiap kali Aina bakal menduduki exam final, Aiman yang sering memberi support dan sanggup datang Shah Alam semata-mata untuk meneman Aina study. Ini telah membuktikan kepada yang lain, walaupun mereka saling berpasangan tetapi mereka tidak lupa pada pelajaran. Dan buktinya Aina dan Aiman Dean List setiap semester.

Sedar tak sedar telah 2 tahun setengah Aina dan Aiman menjalinkan hubungan ini. Dan hampir semua rakan di sekolah dulu telah pun mengetahui tentang hubungan ini. Dan bukan itu sahaja, guru-guru yang juga mengenali mereka turut mengetahui tentang hal ini. Pada awalnya, Aiman dan Aina bercadang untuk menjalinkan hubungan secara senyap tanpa memberi tahu pada yang lain. Tetapi ianya hanya bertahan selama 5 bulan saja kerana Aiman inginkan semua orang tahu akan hubungan ini dan tidak mahu ada yang mengangu Aina. Perihal ini sampai ke telinga Fatimah iaitu adiknya dan dia berasa gembira sekali mendengar abangnya telah kembali semula dengan Aina. Kerana Fatimah sangat suka akan Aina dan dia telah mengangap Aina itu sebagai kakaknya sendiri.

Aiman dan Aina dianggap seperti belangkas oleh rakan-rakannya. Kerana kemana saja mereka pergi Aina dan Aiman pasti berdua. Aiman dan Aina juga sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh rakan kelas mereka yang dulu. Mereka sering keluar bersama, beraya bersama, berbuka puasa bersama. Dan disebabkan itu mereka di gelar belangkas. Hubungan mereka sudah semestinya ramai yang cemburu dan tidak dinafikan Aiman dan Aina sering bergaduh akibat salah faham. Tetapi Aina dan Aiman ada cara mereka sendiri untuk memastikan hubungan mereka terus kekal. Sikap toleransi dan jujur dalam hubungan adalah kunci kebahagiaan hubungan mereka selama ini. Aiman dan Aina sangat menyayangi antara satu sama lain. Dan bukan itu saja, Keluarga Aina dan Aiman juga saling mengenali antara satu sama lain. Parents Aina sangat menyayangi Aiman dan telah menganggap Aiman sebagai menantu di dalam keluarganya dan begitu juga sebaliknya.