Sunday, 8 February 2015

Bab 9: Nervous


Sedar tak sedar sudah sebulan lebih Aina belajar di Matrikulasi Banting Selangor. Dan baginya life di sana tidak lah seteruk yang di sangka. Malahan rakan-rakan sekelas dan housematenya juga baik-baik belaka. Aina senang berada di sana. Tambahan pula Aina ada rakan sekelas dengannya semasa di tingkatan 5 iaitu Syazana dan juga Asyikin. Aina juga tidak menyangka dia bakal sekelas dengan mereka berdua. Dan ini membuatkan Aina lagi semangat untuk meneruskan pelajaran di Matrik. Aina di tempatkan di kelas A1T5 iaitu Dewan kuliah 1 dan kelas tutorial 5. Seramai 25 orang pelajar kelasnya yang terdiri daripada 5 lelaki dan 20 perempuan. Kelas Aina juga terdapat 2 orang pelajar India dan ini tidak mematahkan semangatnya untuk belajar kerana mereka berdua juga sering bertanya dan berkongsi ilmu dengan Aina. 

Seperti biasa pada sebelah malam lepas pulang dari masjid, Aina akan duduk di meja belajar dan mengulang kaji pelajaran. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. "tweet" tweet". Aina yang sedang khusyuk belajar pun melihat siapa yang mesejnya malam-malam begini. Aina menjerit seperti tidak percaya Aiman mesej Aina setelah sekian lama tak berhubungan. Dan ini membuatkannya menjadi tidak tentu arah. Aiman mesej dan mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Aina menjadi sangat terharu dan pelik bagaimana Aiman tahu yang hari ini adalah hari jadinya sedangkan mereka sudah putus lebih kurang setahun lebih. Lalu Aina pun membalas dengan hati yang girang. 

Aina   : Wa'alaikumsalam, Terima kasih sebab wish! Btw mana kau tahu hari ini birthday aku?
Aiman: Hahaha aku tahu la lagipun budak kelas kita suruh aku wish dekat kau. Aku malas mulanya. Tapi dah dorang asek paksa je tu aku mesej. Haha
Aina  : Oh budak kelas kita suruh. Patut la pun sebab pelik takkan kau ingat birthday aku sebab kitakan dah lama break. Tambahan pula, kau dah pun ade awek mesti kau ingat birthday awek kau je kan? hehe
Aiman: Wahhh kau perli aku ke ni? Mesti la aku akan ingat birthday awek aku. Lagipun ni budak kelas yang suruh wish tu aku wish. Apa-apa pun Happy Birthday again.

Start dari malam itu Aiman dan Aina kerap berhubung dan boleh dikatakan hari-hari mereka akan mesej dan ianya sudah menjadi rutin mereka untuk terus berhubung. Selang seminggu, Maria mula contact Aina bertanyakan khabar dan berbual. Pada waktu itu Aina di beritahu oleh rakan sekelasnya semasa di tingkatan 5 bahawa Maria itu adalah teman wanita baru Aiman. Bagi Aina, tak pelik kalau mereka boleh bercouple sebabnya Maria dan Aiman memang rapat sejak dari Tingkatan 4 lagi dan mereka memang geng dari dulu lagi, So tidak mustahil jikalau mereka jatuh cinta. Tetapi apa jadi pada bekas teman wanita Aiman yang dulu semasa di sekolah? Soalnya di dalam hati. Semasa Aina dan Maria berhubung Aina menanyakan soalan yang bermain di kepalanya kepada Maria. 

Aina  : Maria, boleh aku tanya sikit? Kau dengan Aiman kan sekarang? Apa jadi dengan awek Aiman yang lama ye? 
Maria: Hahaha haah, aku dengan Aiman sekarang. Aku pun tak sangka aku akan couple dengan dia lagipun kita orang baru lagi. Pasal awek dia yang lama tu aku pun tak pasti sangat. Tapi dengar cerita awek dia curang dengan dia tu yang dia mintak putus dan couple dengan aku. 
Aina : Oh ye ke. Kesiannya dekat dia orang. Sebab tak tahan lama pun hubungannya. Sebab dulu dekat sekolah aku tengok selalu sangat date time rehat, time habis sekolah. Tahu- tahu dah break.
Maria: Hahaha Aku pun tak tahu nak kata apa la Aina. Sebab dari sekolah lagi budak kelas kita tak suka sangat perangai Syarifah tu. Sebab apa aku tak tahu.Last-last tengok dia sendiri yang curang dengan aiman. Tu yang Aiman mintak putus.
Aina: Oh ye ke, yang tu aku tak tahu la pulak sebab aku jenis tak amik kesah sangat pasal orang couple-couple ni. Lagi-lagi Aiman tu. Oh ye apa-apa pun tahniah la sebab kau dah dengan Aiman. Apa-apa pun jaga jelah dia baik-baik ok? hehe aku doakan yang terbaik untuk korang berdua tau!

*Selepas Aina berkata begitu, Maria terus tidak membalas dan senyap sepi. Selang sejam lebih Maria muncul dan mesej Aina semula.

Maria: Ainaaaaa! Sorry, tak balas tadi. Aku pergi basuh baju hehe maaf tau!
Aina : Oh ye ke? sokay la tak apa aku tak marah pun. Tapi kenapa kau basuh baju malam-malam buta ni? kau tak takut ke? hehe
Maria: Hahaha tak ada la, aku dah biasa basuh malam-malam. Lagipun aku memang selalu basuh baju malam-malam sebab sejuk sikit. Oh ye btw pasal tadi aku nak tanya sikit boleh?
Aina : Oh boleh. Tanya je la.
Maria: Kau suka Aiman lagi tak?
Aina : Haa? kenapa kau tanya macam tu pulak?
Maria: Eh tak ada apa-apa saja tanya. Kalau Aiman suka kau lagi macam mana? Kau terima dia balik tak?
Aina : Eh! Maria kau cakap apa ni? Kan kau dengan Aiman sekarang. Kenapa tanya aku soalan macam tu? Kan kau tengah bahagia dengan Aiman sepatutnya soalan tu tak keluar dari mulut kau. Sebab Aiman dah pun pilih kau bukan aku. Lagipun aku tak kisah siapa pun pilihan dia ok?
Maria: So kau dah tak ada apa-apa perassaan langsung la dekat Aiman? Kalau aku cakap dia suka kau lagi macam mana?
Aina  : Eh! Jangan mengarut la Maria. Tak mungkin dia sukakan aku lagi. Sebab dia dah pun ada kau. 
Maria: Hehe tapi kan kau pernah cakap dekat Aiman yang lepas SPM kau nak getback balik kan dengan dia?
Aina  : Haah.. Memang aku ada cakap tapi semua tu sia-sia sebab aku tunggu dia tapi dia dah couple dengan orang lain pun so apa guna aku tunggu dia lagi kan?
Maria: Kalau aku cakap dia tunggu kau balik sekarang ni macam mana?
Aina  : Eh tak mungkin la maria. Sebab dia dah ada kau sekarang dan tak mungkin dia nak balik dekat aku.
Maria: Hehe okay tak apa la kalau kau dah cakap macam tu. Sorry tau aku just tanya je tak ada maksud apa-apa pun hehe. Okay lah "got to go". "Talk to you later". Assalamualaikum.
Aina: Waalaikumusalam. 

Selepas kejadian itu, Aina terus-terusan memikirkan kenapa Maria berkata begitu kepadanya. Dan dia tak bertanyakan hal itu kepada Aiman. Aina layan Aiman seperti biasa tanpa bertanyakan sepatah tentang hal dia dengan Maria dan Aina berpura-pura macam tak ada apa-apa yang jadi. 

Bab 8: Confius

Hari ini shift Aina adalah sebelah pagi pukul 6.30am. Start dari masuk kerja sehingga ke tengah hari Aina seperti tidak ada semangat dan "moody". Dan ini membuatkan semua orang perasan akan sikapnya yang lain daripada yang biasa.

Boss: Aina, awak ok? kenapa saya tengok awak macam tak ceria dan macam bad mood je harini ye? Ada apa-apa masalah ke?
Aina: Eh, tak ada apa-apa la boss. Saya ok cuma saya keliru je sekarang ni.
Boss: Oh, awak keliru pasal apa? cuba cerita mana tahu saya boleh bantu ke?
Aina: Macam ni, saya ada dapat dua tawaran sambung belajar. satu dari UNISEL dan lagi satu Matrikulasi Banting Selangor. Dan sekarang ni saya keliru nak pilih yang mana. Kawan saya cakap Matrikulasi ni susah dan banyak cabarannya. Tu buat saya lagi takut dan keliru.
Boss: Laa pasal tu ke? Saya ingat awak ada masalah apa la tadi. Ok macam ni, semua tempat belajar susah. Dan semua tempat belajar ada cabaran yang tersendiri. Tapi kita sebagai student kena la berusaha dan tak ada yang mustahil kalau berusaha. Semua akan jadi senang. Mula-mula mesti lah kita akan rasa susah. Tapi yakin lah lama-lama bila dah biasa pasti jadi senang. 
Aina: Tu saya tahu boss, tapi saya tak tahu nak pilih yang mana sekarang ni. Saya buntu.
Boss: Aina da bincang dengan parents? dia orang mesti ada pilihan dia orang sendiri ke yang terbaik untuk Aina?
Aina: Dah saya dah bincang dengan mereka. Dan mereka nak saya masuk matrikulasi.
Boss: Haa, kalau macam tu Aina masuk la Matrikulasi macam yang parents Aina nak ok? Kejap Matrik ni dia fast track untuk masuk degree kan?
Aina: Haah, matrik ni setahun dan lepas habis belajar terus masuk degree. Dan tu yang buat saya lagi takut sebab kejap sangat belajarnya mesti susah.
Boss: Hahaha awak ni kelakar la Aina. Tak ada apa awak jangan risau saya yakin awak boleh buat. Lagipun awak kan pandai. Dan matrik ni lagi bagus saya rasa sebab dalam umur yang singkat awak dah boleh dapat masuk degree. Sedangkan dekat luar sana yang nak masuk degree punya la ramai tak dapat dan terpaksa mengangur. So jadikan ini adalah peluang dan rezeki awak ok Aina? Saya yakin awak boleh buat ok?
Aina: Hahaha boss ni cakap sama macam mama papa saya. Ok boss terima kasih atas nasihat boss, InsyaAllah nanti saya fikirkan balik.
Boss: Sama-sama Aina, nanti dah sambung belajar jangan lupa kami dekat sini ok?
Aina: Hehe tu dah semestinya saya tak akan lupa boss. 

Dan selepas itu, Aina pun menyambung kerjanya kembali dengan penuh semangat disebabkan nasihat yang telah diberikan oleh bossnya kepadanya sebentar tadi. Akhirnya Aina memilih untuk ke matrikulasi dan focus pada pelajarannya di sana. Dan baginya apa yang boss dan parentsnya cakap ada benarnya juga dan itu menaikkan semangatnya untuk sambung belajar di Matrikulasi. 

Bab 7: Result


Result SPM dikeluarkan pada hari ini. Aina yang semestinya gementar dan tak senang duduk dek kerana memikirkan apa keputusan SPMnya adakah cemerlang ataupun tidak. Aina bekerja shift pagi hari ini dan dia jadi tak senang duduk kerana memikirkan result yang akan keluar pada jam 10 pagi. rakan sekerja dan bossnya saja menyakat untuk menakut-nakutkan Aina dan membuatkannya lagi bertambah risau. Semua kerja yang dijalankan olehnya jadi tidak menentu. Dan Akhirnya Aina memilih untuk membuat kerja di stor saja untuk menenangkan dirinya tanpa diganggu oleh sesiapa. 

Pada jam 9 pagi, Ayahnya telah pun sampai di kedai untuk menjemputnya pulang ke rumah untuk bersiap-siap mengambil result pada pagi ini. Sesampai saja di rumah Aina pun bersiap-siap dan memakai baju kurung berwarna ungu dan berkasut tutup. Sesampai saja di sekolah, Aina berjumpa teman baiknya iaitu Aimi dan Farah dan hatinya mula berdebar-debar dan rasa tak senang duduk. Rasa seperti jantungnya mahu terkeluar dan tangannya berpeluh-peluh menunggu result yang bakal keluar lagi 5 minit. Seorang demi seorang beratur untuk mengambil result. Di saat itu, Aina tidak lagi menghiraukan siapa di sebelah kanan dan kirinya dia hanya menumpukan sepenuh perhatian pada result yang bakal diambilnya sekejap lagi. Tidak lama selepas itu, Aina pun pergi kedepan untuk mengambil resultnya. Dia menyalam tangan guru kelasnya iaitu Puan Maisarah dan guru kelasnya mengira bilangan "A" yang di perolehi oleh Aina. 

Puan Maisarah: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7A, 2C 
*Aina yang seperti tidak percaya kerana dia hanya menganggarkan dia mendapat 5A saja. 
Puan Maisarah: Ok Aina awak dapat 7A iaitu 5A, 2A-, dan 2C+. Tahniah Aina. 
Aina: Betul ke cikgu?
Puan Maisarah: Ya Aina, betul la awak dapat 7A dan 2C. Ni slip SPM awak ok? apa-apa pun tahniah Aina atas kejayaan awak. 
Aina: Ya Allah, terima kasih cikgu. Terima kasih.

Aina yang terlalu gembira dan tidak menyangka dia akan mendapat 7A tergesa-gesa keluar dewan untuk ke kereta memberitahu ayahnya dalam keadaan menangis kegembiraan. Aina hanya menyangka dia mendapat 5A kerana baginya SPM baru ni lagi susah daripada PRA SPM yang lepas sedangkan PRA SPM yang lepas dia mendapat 6A, 2B, 1C. Dan disebabkan itu dia fikir dia akan dapat lagi kurang daripada itu. Aina yang tidak hiraukan sesiapa belari menuju ke kereta. Dan keluar pagar sekolah rakan kelasnya semasa tingkatan 4 menegurnya.

Rykal: Aina, dah amik result? Dapat berapa?
Aina: Dah baru je ni. aku dapat 7A

Aina dengan muka gembira dan dalam keadaaan menangis terharu teruskan belari ke kereta kerana tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada ayahnya. Rykal serta rakan-rakan yang lain dan Aiman yang juga ada ketika perbualan antara mereka itu pun terkejut mendengar berita gembira tersebut, inikan pula ayah Aina. Masuk saja kereta Aina mengatakan kepada ayahnya.

Aina: Papa! Papa! Ena dapat 7A 2C. Hehe Ena pun tak sangka Ena akan dapat 7A papa.
Papa: Yeke? Alhamdulillah. Tahniah sayang. Tak sia-sia usaha anak papa selama ni. Mama pasti gembira kalau dengar berita ni.

Ayah Aina yang gembira mendengar berita kejayaan anaknya itu terus mencium dahi anak kesayangannya dan terus menelefon isterinya dan memberitahu tentang result anaknya. Sesudah itu, Aina dan ayahnya terus pulang untuk menghantar Aina ke tempat kerjanya memandangkan shift kerjanya belum tamat. Sampai saja di tempat kerja Aina, boss dan rakan sekerjanya menunggu di depan pintu kedai menunggu result Aina. Apabila Aina masuk saja kedai dan belum sempat ke belakang untuk menukar baju kerja telah pun di soal siasat oleh boss dan rakan sekerjanya.

Boss   : So how was your result Aina? Ok tak?
Haikal: Macam mana Aina? Ok tak? Muka happy je?
Aina   : Hahaha korang ni pun belum sempat Aina tuka baju dah soal macam-macam hehe
Haikal: Eh mesti la.. Nak tahu jugak result Aina macam mana gempak tak. Kalau gempak Haikal nak belanja aiskrim memandangkan Aina suka aiskrim hehe sebagai tanda tahniah. So cepatla bagitahu.
Aina   : Hehe wahhh bestnya haha ok Aina dapat 7A 2C. Hehe
Boss   : Wahhh tahniah Aina, saya tau awak mesti berjaya dengan cemerlang punya sebab tu pagi tadi saya saja sakat awak dan takut-takutkan awak sebab nak tengok riaksi awak hehe apa-apa pun tahniah Aina.
Haikal: Tahniah Aina.. Hehe tak sangka Aina berjaya dengan cemerlangnya. Okay cepat pilih nak aiskrim apa Haikal belanja Aina ok?
Aina   : Wahhh terharunya hehe terima kasih Haikal.
Haikal: Hehe sama-sama lagipun bukan selalu Haikal belanja Aina

Aina pun kebelakang menukar baju dan start bekerja semula dengan wajah yang ceria dan hati yang gembira kerana memikirkan resultnya yang cemerlang itu. Start dari Aina masuk kerja selepas mengambil reslut, telefonnya tak henti-henti menerima panggilan dan sms daripada kawannya menanyakan tentang resultnya. 


Bab 6: Dari mata turun ke hati


Aina yang sedang sibuk melayan pelanggan di kaunter tidak perasan akan kedatangan kawan kelasnya untuk membeli minuman di situ. Ketika mereka hendak bayar baru lah Aina perasan. Irfan, Zainal, Maria menegur Aina di kaunter.

Irfan  : Eh Aina khusyuknya kerja sampai tak perasan kita orang datang ni? haha
Maria: Haah la Aina, kau ni pekerja yang dedikasi sangat tau! Haha sampai tak perasan kami datang. Bagus gila..
Aina  : Eh korang sorry sangat.. Serious aku tak perasan pun korang datang. Aku ada customer tadi. Sorry sangat.
Zainal: Haha tak apa la Aina kami gurau je pun hehe saja sakat kau da lama kan kita tak jumpa. Haha
Aina   : Eh korang ni kan buat aku cuak je tau. Ingatkan tacing tadi hehe. Oh ye btw korang dari mana nak ke mana?
Maria : Kita orang baru lepas jalan-jalan sekarang nak balik rumah. Tu ha ada Aiman dalam kereta tapi dia tak nak turun malu katanya hahaha.
Aina   : Oh ye ke? Haha bialah dia. Nanti kirim salam je dekat dia ok?
Irfan  : Ok la Aina, kita orang gerak dulu. Nanti kita jumpa lagi. Kerja elok-elok kawan.
Maria : Haha ok Aina jumpa lagi. Take care.
Aina   : Okay korang pun take care jugak.

Setengah jam kemudian Aina terfikir kembali, kenapa Aiman datang tempat kerjanya? sedangkan banyak lagi kedai lain yang dia boleh pergi. Bukan itu saja, dah datang tapi tak turun. Dan itu yang membuatkan Aina tertanya-tanya di dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kawannya Atirah menegur.

Atirah: Kau borak dengan siapa tadi? Sampai dekat stor aku dengar korang bual. Rancak betul hehe.
Aina  : Oh ye ke? Haha tak ada ni dak kelas aku datang tadi beli air tu yang sempat borak-borak tanya khabar.
Atirah: Ouh ye ke patut la pun.

Perbualan pun tamat di situ dan mereka berdua meneruskan kerja mereka. Manakala Aina masih memikirkan tentang Aiman tadi. Atirah dan Aina telah pun berbaik-baik dan melupakan apa yang pernah terjadi di antara mereka dan mereka telah kembali rapat seperti dulu. Mereka juga sering keluar makan dan rehat bersama. Malah setiap kali Aina kerja lebih masa dia akan mengajak Atirah bersama. Dan bermula dari itu tidak ada lagi salah faham mahupun perbalahan antara mereka dan staff yang lain. Aina telah pun memaafkan semua orang dan dia juga meminta maaf jika semua itu adalah berpunca daripadanya yang menyebabkan perbalahan di antara mereka berlaku.