Thursday, 5 February 2015

siapa itu PEREMPUAN

Assalamualaikum...

Okay hari ni sis nak update pasal PEREMPUAN.. Kita as orang perempuan selalu sangat di cop sebagai cerewet, menyusahkan dan macam-macam lagi.. And kalau korang nak tahu perempuan ni sebenarnya unik, menarik, dan ada daya tarikan tersendiri..

dekat sini sis akan kongsikan serba sedikit tentang perempuan yang sis dah buat kajian dan sis sendiri dah alami.. Dan ini semua adalah FAKTA bukan AUTA hokeyh ! :)


  • PEREMPUAN bila dia cakap dia sayangkan seseorang tu, Dia memang betul-betul maksudkannya. Even though da putus pun dia tetap akan sayang.
  • Ego PEREMPUAN memang tinggi, bila dia merajuk dia takkan sms or call. Tapi hakikatnya dia masih menunggu sms or call dari orang yang dia sayang.
  • Apabila PEREMPUAN cakap "k bye" "Fine", lelaki ego akan cakap "k bye", tetapi lelaki yang pandai akan cakap "why dear, did i do something wrong?"
  • PEREMPUAN nakkan lelaki yang boleh bimbing dia, sayang dia dengan hati yang ikhlas dan terima kelemahan dia seadanya, terima dia dengan hati yang terbuka.
  • Mula-mula break memang kita akan menangis sebab dia, tetapi bila dah lama-lama kita akan menangis lagi tapi bukan sebab dia, tapi sebab kenangan diantara kita. 
  • PEREMPUAN kalau dapat mesej/call daripada bf dia, dialah orang yang paling happy, tapi bila dah break dialah orang yang paling sedih.
  • PEREMPUAN cuma akan manja dan tunjuk perangai kebudakan bila dia dengan orang yang dia sayang je.
  • PEREMPUAN boleh bertukar menjadi HANTU kalau dapat tahu bf dia masih contact Ex. 
  • PEREMPUAN kalau reply text panjang-panjang means dia tengah happy, tapi kalau dia reply pendek means ada yang tak kena.
  • PEREMPUAN bila kena tengking dengan orang yang dia sayang automatik air mata akan mengalir walaupun dah cuba tahan.
  • Bagi mereka, melupakan wajah bekas kekasih itu adalah sukar, namun lebih sukar lagi melupakan kenangan terindah yang tercipta bersama mereka.
  • Bila dah sayang, susah nak buang perasaan tu. walaupun dia mintak kita lupakan dia, tapi hakikat sebenar semakin kita rindu dia.
  • kekadang kita susah untuk melepaskan orang yang kita sayang walaupun dia buakn milik kita lagi.
  • Wahai kaum lelaki, PEREMPUAN tak suka lihat bf mereka dekat dengan perempuan lain, walaupun mereka sahabat, kerana rasa cemburu itu tetap ada !
  • PEREMPUAN bila rindu mesti akan tidur dan lepas itu air mata pasti mengalir tanpa kita sedar.
  • Seseorang yang istimewa bukanlah yang selalu ada di depan mata, bukan pula yang selalu ada disisi kita. Tapi dia yang setia di hati kita.
  • Jangan ucap putus kalau masih sayang dan jangan ucap sayang kalau sudah putus !
  • PEREMPUAN tak kisah dia orang keberapa dalam hati awak, tapi mereka berharap mereka orang TERAKHIR dalam hati awak.
  • The good things about women, kalau kecewa dia akan pendam. Biar dia je yang tahu dan selagi boleh senyum mereka akan tetap tersenyum. 
  • PEREMPUAN apabila bersendirian pasti akan mencari sebuah lagu yang mengambarkan perasaannya ketika itu. 
  • PEREMPUAN memang cerewet, bising, suka marah. Semua tu sebab anda couple dengannya. Dia takut kehilangan orang yang dia sayang dan dia nak anda jadikan dia yang sah. 
  • Bila awak selalu buat dia gelak, dia mula sukakan awak. tapi apabila dia menangis kerana awak, means dia memang sayangkan awak sepenuh hatinya. 
  • Kadang-kadang hati masih sayang, tapi sebab ego kita sanggup lepaskan orang yang kita sayang. 
So tu jelah yang sis boleh share dengan korang apa yang sis tahu and apa yang sis alami sendiri.. Lastly, PEREMPUAN cemburu tanda SAYANG, PEREMPUAN marah tanda SAYANG, dan PEREMPUAN merajuk tanda SAYANG.. So, awak kena faham. :)

BERCINTA selepas nikah

Assalamualaikum...

Cinta itu indah.. semua orang mahukan cinta dan semua orang mahukan kebahagiaan dalam diri bukan? tapi sedarkah kita samada cinta itu benar-benar tulus mahupun mainan semata-mata? Bercinta lah andai anda betul-betul sudah bersedia, iaitu cinta selepas nikah.. CINTA ini lebih indah daripada cinta sebelum nikah. kerana manisnya sebuah percintaan dapat dirasa selepas ijab dan qabul. Semua yang halal dapat dilakukan selepas nikah.. Jikalau kita bercinta sebelum nikah ianya akan menambahkan dosa saja bukan? sebagai contoh jikalau kita keluar date dengan pasangan dan berpegangan tangan dengan bukan mahram, itu dah dikira dosa. Kerana ianya belum halal lagi.. Tapi jikalau kita bercinta selepas nikah, semua benda yang kita lakukan seiring dengan syarak akan dikira pahala.. tengok manisnya CINTA selepas nikah bukan?

Pada mereka yang belum berkahwin, segeralah halalkan hubungan kalian.. tak salah pun jika kita bernikah awal kerana ini akan mengurangkan dosa dan menghindar kita daripada fitnah.. Jangan risau jika tidak mampu.. Buat lah sekadar mampu dan ala kadar. Yang penting nikah dulu, sanding kemudian pun it's okay.. Ingatlah bahawa REZEKI selepas nikah akan dilipat gandakan dan akan bertambah-tambah.. Jadi tak perlu risau andai bernikah sekarang akan mengurangkan rezeki anda, kerana rezeki anda pada masa akan datnag akan bertambah-tambah.. Tapi perlu kita ingat, nikah ini bukan benda yang mudah dan senang.. Kita perlu teliti dan pelajari macam-macam benda untuk membuat persediaan selepas nikah.. Kerana tugas dan tanggungjawab suami isteri selepas nikah ni adalah lebih berat.. Tetapi ianya akan menjadi senang dan happy jikalau ada sifat toleransi dan bantu membantu antara satu sama lain dalam usaha mengecapi keluarga yang bahagia dan mencari keredhaan Allah.. Jikalau suami ada yang kurang, si isteri perlu lah bantu si suami dan ajarkan mana yang mampu.. Begitu juga pada si isteri, jikalau ada yang kurang, si suami perlu lah ajar dan tunjuk mana yang mampu.. Ingatlah wahai suami, anda merupakan ketua keluarga.. Anda yang mencorakkan bagaimana kehidupan keluarga anda.. Jaga dan sayangilah isteri anda dengan penuh kasih sayang kerana isteri adalah anugerah yang terindah daripada Allah buat si suami..

Akhir kata, BERCINTA selepas nikah ni indah dan romantis bukan?? :)

SINGLE

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni kalau kita lihat ramai yang sudah ada pasangan, malah ramai juga yang telah mendirikan rumah tangga. Tapi jangan bersedih pada mereka yang belum berpunya kerana kita masih ada Allah yang selalu dengan kita. Ingat lah bahawa tidak ada istilah SINGLE dalam hidup kita jikalau kiri kanan kita masih ada malaikat, malahan pula jangan lah kita berbangga dengan COUPLE jikalau hubungan itu tidak di sucikan dengan IJAB dan QABUL

Pada mereka yang SINGLE, jangan lah bersedih andai hari ini dia tinggalkan kita dan kita menangis, kerana suatu hari nanti  orang yang dia sayang pula akan tinggalkan dia.. Apa yang dia buat, dia akan rasa kembali. what he gives he will get back ! Ingat hidup kita tak selalunya indah dan juga tak selalunya muram. kita yang mencorakkan hidup kita, jadi kita berhak untuk mengecapi kebahagiaan. Hidup single ni banayk dugaannya, contoh kita akan mula di hantui dan dibelengu oleh perasaan rindu dan sayang pada EX kita. Tapi itu semua perlulah dikawal kerana kalau betul dia masih sayang pada kita dia takkan jadi EX kita.. Jadi STOP rindukan EX ! STOP ingat EX ! STOP cintakan EX ! STOP stalk EX ! kerana ini semua akan buat hati kita lagi sakit dan sedih.. life must go on with or without him.. Jangan jadikan hanya sebab mereka kita kaum wanita menjadi lemah dan tak bermaya.. Berpeganglah pada prinsip "Wanita yang baik adalah diciptakan untuk Lelaki yang baik, malah Wanita yang jahat adalah untuk Lelaki yang jahat".. Jikalau kita inginkan jodoh yang baik maka ubahlah diri kita menjadi yang baik dan dekatkan diri dengan Pencipta.. InsyaAllah kalau dah jodoh takkan kemana dan kalau dah tertulis dia untuk kita, takkan tertuka tulang rusuk kiri itu !

Bergembiralah andai diri kita telah putus cinta dan ucapkan lah ALHAMDULILLAH kerana Allah telah menjauhkan kita dari orang yang tidak pandai MENGHARGAI.. Kepada mereka yang telah putus cinta itu katakan lah pada EX anda bahawa anda tak pernah menyesal ditinggalkan mereka. sikit pun tak.. sebab anda lebih menyesal kerana tak tinggalkan mereka awal-awal lagi.. sekarang baru anda sedar bahagianya hidup anda tanpa mereka ! hal ini akan membuatkan mereka menyesal kerana telah meningalkan anda..
Pada mereka yang first time merasa SINGLE memang bosan dan sedih kerana kita akan mula rasa ingin dicintai, disayangi, dibelai dan lain-lain.. Tapi kena ingat semua itu hanyalah mainan syaitan untuk lihat kita hancur dan terus melakukan maksiat.. YA tak di nafikan kekadang kita rasa rindu tapi terpaksa pendam, sebab kita tahu dia tak pernah rindu kita malah jemu dengan kita, sedangkan kita tak pernah jemu mengingati dia.. sakit bukan? tapi ingat lah setiap benda pasti ada jalannya.. Jika benar rindu sucikan dengan doa, salurkan dengan doa.. mudah-mudahan dia juga merasakan apa yang kita rasa..Lelaki yang kuat imannya tak akan ajak perempuan yang dia sayangi untuk BERCOUPLE sebaliknya berdoa kepada Allah supaya wanita itu menjadi halal buatnya. CINTA itu datang dari Allah, RINDU juga datang dari Allah.. Benda itu adalah fitrah, setiap manusia pasti merasa tapi kita perlu sucikan itu semua dengan cara berdoa kepada Allah..

JODOH dan PERTEMUAN kita dengan seseorang adalah rancangan daripada Allah.. Allah telah susun kisah PERTEMUAN kita dengan si dia dan kisah PERPISAHAN  kita dengan si dia sejak kita di dalam perut ibu lagi.. Tapi satu je, kita perlu redha dengan setiap yang terjadi kerana setiap kejadian pasti ade hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Maka bersangka baiklah pada ujian Allah untuk kita. Tak mustahil jikalau hari ini kita putus dengan si dia, nanti Allah pulangkan kembali si dia pada kita? mana kita tahu kan? so bersangka baiklah pada setiap yang jadi. Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah untuk menguji sejauh mana sayang kita pada Allah, malah Allah sengaja menarik orang yang kita sayang kerana Allah rindu pada kita.. Allah rindu tangisan dan keluhan kita minta pertolongan daripada-NYA.. Kita mesti ingat kasih sayang pada manusia akan pudar dan padam pada bila-bila masa.. Tetapi kasih sayang Allah tak kan pernah luntur dan padam sampai kita mati.. 
Tanda manusia SAYANG dia kan memberikan sepenuh perhatian pada kita, tetapi tanda Allah SAYANG kita Dia kirimkan ujian buat kita untuk menguji sejauh mana kita ingat Dia dan sejauh mana kita sayangkan-NYA.. Ingatlah sejauh mana pun kita pergi pasti akan ada dugaan dan ujian.. Jika hari ini kita diuji dengan hilangnya orang yang kita sayang, maka bersyukurlah kerana Allah hendak tunjukkan dia bukan yang terbaik untuk kita.. Ada yang lebih baik untuk kita di luar sana sedang menanti.. Dan tunjukkan lah pada EX anda bahawa anda berjaya hidup tanpa mereka, dan buktikan pada mereka tanpa mereka anda masih boleh berjaya dalam hidup dan kerjaya !