Ya Allah... Ya tuhanku..
Di saat ini, Pada ketika ini, aku duduk termenung... merenung kembali diri yang mungkin telah semakin jauh dariMu Ya Allah.. Merenung kembali atas kesilapan ku yang lalu... Yang hanya berharap pada CINTA manusia tanpa ku sedar ada CINTA yang lebih berkuasa dan melebihi segala-galanya...
Aku malu pada diriku sendiri yang hanya pandai merungut dan hanya pandai menyalahkan takdir tatkala ujianMu datang menjengah sedangkan selama ini aku sibuk mengatakan bahawa "AKU CINTA PADAMU" tetapi ianya bagai menanam tebu di tepi bibir..
Ya Allah... Baru sedikit Kau uji rasa CINTA ini, aku sudah pun terjelopok menangis, merintih dan mengadu kepadaMU dan ingin mengalah. Diriku terasa lemah... Sedangkan Engkau sentiasa di sisi dan Engkau lebih dekat dan mengenali diri ini daripada si dia.. Tetapi aku redha ya Allah kerana diantara Engaku dan dia, Engkau lah segalanya dan Engkaulah lebih berkuasa.. Ya Allah aku malu pada diriku sendiri.. Iman ku lemah hanya kerana CINTA sedangkan aku tahu Engkau lah pemilik segala rasa CINTA ini.. Ampunkan dosa ku Ya Allah...
Ya Allah ya Tuhanku....
Aku ini seorang yang pemungkir janji!! Seringkali aku ingin bertaubat dari dosa-dosa lampau... Namun seringkali juga aku leka dan lalai di buai bayangan dosa dan tunduk atas kehendak nafsu.. Air mata keinsafan yang dulunya sering membasahi pipi hambamu mengenangkan dosa-dosa yang lalu seakan-akan lenyap dari ingatan.. Ya Allah masih layakkah aku berada di sisi Mu sedangkan aku selalu alpa dan leka dari mengingatimu hanya kerana CINTA??
Allahu ya Rabbi...
Hamba jenis apakah aku ini?? Terkadang melakukan maksiat, melihat maksiat lalu mulut terkunci bagai ada emas, tangan terhenti, hanya hati yang menangis mengenangkan dosa yang telah aku lakukan.. Melihat kekerdilan diri.. Melihat lemahnya imanku.. Tiada siapa yang tahu melainkanMu.. Allah... Hinanya aku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini...
SUBAHANALLAH....
Ya Muhaimin... Aku sedar, Aku pasrah.. Kerana di setiap ujian yang melanda, sudah Engkau ukur tahap kemampuanku.. Aku yakin dengan setiap ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Malah aku lebih yakin di setiap ujian itu tiada yang lebih berat dari kemampuan seseorang hamba.. Sudah Engkau janjikan hikmah yang terselindung di sebalik setiap kejadian, cuma kadangkala aku merungut tanpa menyedari air mata yang hadir adalah membasahkan hatiku yang lagi penuh dengan dosa.. Dan kadangkala ya Allah.. Aku juga terlupa bahawa selepas hujan lebat pasti akan ada pelangi yang indah lagi menanti..
Ya Allah.. dengarlah rintihan hambamu ini.. Hamba yang lagi lemah imannya hanya kerana hilangnya CINTA pada manusia.. Cekalkanlah hatiku secekal Sumayyah, sucikan lah diriku secuci Maryam.. Kerana ya Allah... Aku gentar andai CINTAMU hilang.. Kerana aku terlalu MENCINTAIMU....
Monday, 9 February 2015
Bab 15: Suratan ataupun kebetulan
Usaha dan pengorbanan Aina
selama 3 tahun menunggu Aiman membuahkan hasil. Aiman kembali mencari Aina dan
meminangnya seperti yang telah mereka janjikan pada suatu masa dahulu. Mereka
berdua seperti tidak percaya akan apa yang jadi di antara mereka. Dua kali
berpisah akhirnya di satukan di suatu majlis akad nikah. Hanya sekali lafaz
akhirnya Nur Aina Syafina sah menjadi isteri kepada Muhammad fadhlul Aiman.
Mereka bersanding bertemakan
garden iaitu cita-cita Aina pada waktu kecil dan dijadikan impian oleh
suaminya. Rakan-rakan mereka seperti tidak percaya akan hubungan yang unik
diantara Aiman dan Aina. Walaupun telah berpiasah 2 kali tetapi akhirnya di
satukan kembali menjadi suami isteri. Aiman dan Aina bagai pinang di belah dua.
Mereka sangat serasi dan sangat padan menjadi suami isteri.
Inilah yang dikatakan
suratan takdir. Walaupun banyak dugaan di antara mereka tetapi akhirnya mereka
di ijab qabul dan sah menjadi suami isteri. Semuanya adalah perancangan
daripada Allah dan berkat usaha Aina berdoa siang malam meminta petunjuk
daripada Allah akhirnya ianya menjadi kenyataan. Kehidupan Aina dan Aiman lebih
bahagia selepas berkahwin dan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Mereka di
kurniakan 5 orang anak. 3 lelaki 2 perempuan.
Bab 14: Rapuh
Di sangkakan panas hingga ke
petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan Aina dan Aiman mulai rapuh.
Aiman dan Aina sering bergaduh dan salah faham berkaitan masalah yang kecil.
Aiman seperti tidak dapat mengawal emosinya terhadap Aina. Lalu dia meminta
putus. Hubungan mereka putus di tengah jalan buat kali ke dua. Aina kecewa
dengan sikap Aiman yang terburu-buru untuk menamatkan hubungan ini. Dia
seolah-olah tidak menyangka bahawa hubungannya dengan Aiman hanya setakat itu. Setelah
berbagai-bagai dugaan yang mereka tempuh bersama ianya adalah sia-sia.
Hal ini membuatkan Aina
redha dengan ketentuan Ilahi. Aina yakin semua yang jadi ada hikmah
disebaliknya. Aina hanya berdoa andai ini adalah ujian buat mereka berdua dia
ikhlas, dan andai benar Aiman adalah jodohnya, pertemukan mereka pada masa akan
datang.
Aiman yang kini telah pun
mempunyai penganti Aina sedikit pun tidak mematahkan semangat Aina untuk terus setia
menunggunya. Walaupun sakit untuk menanggung semua penderitaan ini tetapi Aina
hanya bergantung dan mengadu semuanya kepada Allah agar memberinya petunjuk di dalam
setiap pekara. Aina juga tidak putus-putus solat istikarah memohon petunjuk
daripada Allah tentang masalahnya.
Selepas 3 tahun, Aiman dan
Aina masing-masing punyai kehidupan dan kerjaya mereka tersendiri. Aiman yang
kini telah pun berjaya menjadi manager Oil and Gas di samping menjadi model
sambilan membantu rakannya, manakala Aina pula telah pun Berjaya menjadi
Penolong pengarah kewangan di syarikat Petronas. Kehidupan mereka berdua telah berubah sama
sekali. Aiman yang dulunya bahagia bersama pilihan hatinya iaitu Amelia kini
telah pun kembali single. Aina pula masih tetap setia menunggu Aiman walaupun
ramai yang cuba memikat dan ingin meminangnya tetapi ditolak mentah-mentah.
Aina tidak putus-putus memohon kepada Allah memberinya petunjuk adakah benar
Aiman itu adalah pilihan yang terbaik buatnya.
Bab 13: Sambung belajar
Setelah tamat pengajiannya di
Matrikulasi Banting, Aina di terima masuk untuk menyambung pengajiannya di UiTM
Shah Alam dalam bidang Kewangan. Aina berasa sangat gembira kerana diterima
masuk UiTM untuk meneruskan pengajiannya. Kerana memang dari dulu lagi
cita-citanya untuk masuk UiTM Shah Alam untuk sambung sarjana muda di sana.
Aiman pula di semester 3
pada masa itu. Dan ini tidak merubah apa-apa diantara mereka. Mereka kerap juga
berjumpa apabila mereka pulang ke rumah. Dan bukan itu saja, Aiman juga kerap
datang ke sana untuk berjuma dan melepaskan rindu pada Aina. Setiap kali Aina
bakal menduduki exam final, Aiman yang sering memberi support dan sanggup
datang Shah Alam semata-mata untuk meneman Aina study. Ini telah membuktikan
kepada yang lain, walaupun mereka saling berpasangan tetapi mereka tidak lupa
pada pelajaran. Dan buktinya Aina dan Aiman Dean List setiap semester.
Sedar tak sedar telah 2
tahun setengah Aina dan Aiman menjalinkan hubungan ini. Dan hampir semua rakan
di sekolah dulu telah pun mengetahui tentang hubungan ini. Dan bukan itu
sahaja, guru-guru yang juga mengenali mereka turut mengetahui tentang hal ini.
Pada awalnya, Aiman dan Aina bercadang untuk menjalinkan hubungan secara senyap
tanpa memberi tahu pada yang lain. Tetapi ianya hanya bertahan selama 5 bulan
saja kerana Aiman inginkan semua orang tahu akan hubungan ini dan tidak mahu
ada yang mengangu Aina. Perihal ini sampai ke telinga Fatimah iaitu adiknya dan
dia berasa gembira sekali mendengar abangnya telah kembali semula dengan Aina.
Kerana Fatimah sangat suka akan Aina dan dia telah mengangap Aina itu sebagai
kakaknya sendiri.
Aiman dan Aina dianggap
seperti belangkas oleh rakan-rakannya. Kerana kemana saja mereka pergi Aina dan
Aiman pasti berdua. Aiman dan Aina juga sering mengikuti aktiviti yang
dianjurkan oleh rakan kelas mereka yang dulu. Mereka sering keluar bersama,
beraya bersama, berbuka puasa bersama. Dan disebabkan itu mereka di gelar
belangkas. Hubungan mereka sudah semestinya ramai yang cemburu dan tidak
dinafikan Aiman dan Aina sering bergaduh akibat salah faham. Tetapi Aina dan
Aiman ada cara mereka sendiri untuk memastikan hubungan mereka terus kekal.
Sikap toleransi dan jujur dalam hubungan adalah kunci kebahagiaan hubungan
mereka selama ini. Aiman dan Aina sangat menyayangi antara satu sama lain. Dan
bukan itu saja, Keluarga Aina dan Aiman juga saling mengenali antara satu sama
lain. Parents Aina sangat menyayangi Aiman dan telah menganggap Aiman sebagai
menantu di dalam keluarganya dan begitu juga sebaliknya.
Bab 12: Propose
Setelah hampir 10 bulan Aina
dan Aiman sering berhubungan dan akhirnya Aiman menyatakan hasratnya untuk
menjadikan Aina sebagai teman wanitanya kembali. Aina yang juga pada awalnya
telah pun menyimpan perasaan kepada Aiman akhirnya bersetuju untuk bersama.
Mereka memulakan hubungan baru semasa Aina di semester 2 sebulan sebelum dia
final. Manakala Aiman juga di semester 2. Sepanjang Aina final exam, Aiman la
yang banyak memberi semangat dan dorongan untuknya menjawab final. Bukan itu
saja, Aiman juga menjaga Aina dengan baik dan sentiasa mengingatkan nya untuk
solat awal waktu, belajar dan makan ikut waktu. Aiman begitu menyayangi Aina.
Sehinggakan Aina terfikir untuk bertanyakan kepada Aiman apa yang membuatkannya
untuk menerimanya kembali sedangkan waktu sekolah dulu Aiman seorang yang nakal
dan sangat benci kepada Aina selepas Aina membuat keputusan untuk meninggalkan
Aiman untuk focus pada SPM.
Aina : Awak… Boleh tak kalau saya
nak tanya sikit?
Aiman:
Boleh.. Tanya la
Aina : Apa yang membuatkan awak
nak dekat saya balik eh?
Aiman: Emm
entah laa.. Saya pun tak tahu sebab perasaan tu datang dengan sendirinya. Saya
pun tak tahu nak cakap macam mana.
Aina : Emm ye ke tapi saya pelik
la sebab dulu dekat sekolah awak bukan main benci lagi dekat saya dan suka
kacau saya dalam kelas dan buat saya marah dekat awak. Tapi sekarang kita dah
couple dah pun.
Aiman:
Hehe oh pasal tu ke? Ok la saya mintak maaf sebab dulu nakal suka sakat dan
kacau awak dalam kelas. Ya, memang pada awal tahun masa tingkatan 5 tu saya
benci gila tengok muka awak. Dan rasa nak marah je bila jumpa awak. Sebab hati
saya sakit sangat bila awak buat keputusan untuk putus hanya disebabkan nak
focus SPM.. Sedangkan awak boleh bagi tahu supaya jangan ganggu awak buat
sementara waktu sehingga tamat SPM. Sebab tu saya geram dan saja sakat awak
untuk buat awak marah. Hehe maafkan saya.. Saya buat macam tu sebab saya suka
lihat awak marah. Awak Nampak comel sangat.
Aina : Hmm awak ni tak baik tau
buat macam tu.. Saya tahu la saya salah tapi jangan la buat macam tu dekat
saya. Kejam sangat tahu tak!! Saya rasa dulu macam nak jumpa awak depan-depan
dan tumbuk muka awak biar awak rasa apa yang saya rasa.
Aiman:
Ishhh garangnya.. Yela-yela saya mengaku saya salah maafkan saya k? Dah la tak
payah ungkit cerita yang dah lepas ok? Sekarang kita buka buku baru dan
teruskan hidup yang baru ok?
Aina : Hmm ok.. Tapi saya ada
benda lagi nak tanya dekat awak. Boleh?
Aiman: Haa
tanya la apa dia?
Aina : Hmm apa jadi ya antara awak
dengan Syarifah ex awak yang dulu? Sebab setahu saya awak tak akan couple balik
bila da putus. Tapi dengan saya awak terima saya balik. Dan apa jadi sebenarnya
antara awak dengan dia?
Aiman: Emm
pasal tu ke? Sebenarnya saya dengan dia just macam adik beradik angkat je tapi
sebab dia mengaku sukakan saya dan sayang saya sebab tu saya terima dia. Dan
kalau awak nak tahu saya terima dia hanya sebab kesian sebab dia sering
mendesak saya. Ya memang kalau boleh saya tak nak couple balik dengan EX saya
tapi awak ni lain daripada yang lain saya pun tak tahu nak cakap macam mana.
Aina : Lain daripada yang lain?
Maksud awak? Lain macam mana?
Aiman: Hmm
macam mana nak cakap eh? Senang cerita, awak ni memang lain la daripada ex saya
yang lain. Awak ni baik, setia, carring dan banyak lagi la saya pun tak tahu
nak describe macam mana lagi. Tapi bila dengan awak saya rasa lain dan tak
macam ex saya yang sebelum-sebelum ni. Lagi pula, kan awak da janji lepas SPM
nak getback balik. Tu yang saya tunggu awak.
Aina : Tunggu awak cakp?? Awak dah
pun couple dengan dua orang lepas saya. Tunggu apa macam tu?? Mula-mula dengan
Syarifah lepas tu dengan Maria. Hmm saya ni yela setia tunggu awak tahu.
Aiman: Hmm
kalau awak nak tahu saya dengan Syarifah tu tak ada rasa sayang pun. Just rasa
sayang sebagai abang dan adik. Dan saya dengan dia pun just nak balas dendam
dekat awak je dan buat awak cemburu tu je. Tapi lepas tu saya dapat tahu dia
curang tu yang saya minta putus. Dan maria pulak saya dengan dia tak ada
apa-apa pun. Kami cuma kawan rapat dan tak pernah lebih.
Aina : Hmm tipu la saya tak
percaya. Sebab Maria sendiri yang mengaku dulu dia couple dengan awak.
Aiman:
Hahaha ok macam ni, sebenarnya saya yang suruh maria cakap macam tu dan saya
yang suruh dia tanya awak soalan yang dia pernah tanya awak dulu sebab saya nak
tahu perasaan awak dekat saya macam mana. Dan awak ingat tak masa awak dengan
Maria mesej dan tiba-tiba dia hilang dan muncul lepas berapa jam dengan alasan
pergi basuh baju?
Aina : Haa.. Ingat.. So apa
kaitannya dengan masalah kita?
Aiman:
Hahahaha masa tu dia mesej saya dan cari saya untuk tanya macam mana sebab awak
cakap awak tak nak dekat saya sebab masa tu saya dengan Maria. Dan masa tu saya
dengan dia berbincang untuk kenakan awak.
Aina : Hmm awak niiii!!!!!! Jahat
laa… suka tau buat macam tu.. Saya mati-mati ingat awak dengan Maria memang ada
apa-apa tapi saya pelik bila dia tanya soalan macam tu rupanya ada udang
disebalik batu. Patutla pun.. Hmm jahat sangat la korang berdua ni!!
Aiman:
Hahaha saya mintak maaf.. Ni jela caranya untuk tahu hati awak macam mana dekat
saya. Dan terbukti awak masih tunggu saya dan buktinya sekarang kita dah pun
bersama kan? Hehe dah la jangan marah lagi.. Saya mintak maaf dan harap awak
lupakan apa yang jadi k?
Selepas daripada malam itu,
hubungan mereka pun kembali akrab seperti dulu. Mereka sering bertolak ansur
dan saling bantu-membantu, support antara satu sama lain di saat yang lain di
timpa masalah. Aina dan Aiman semakin sayang pada hubungan yang baru ini dan
mereka mula mengambil serious untuk membawa hubungan ini menjadi yang halal
pada masa akan datang.
Bab 11: Belajar kereta
Selepas daripada mereka
keluar bersama tempoh hari, Aina dan Aiman menjadi semakin rapat. Mereka pun
tidak menyangka hubungan mereka serapat itu sedangkan Aina tahu yang Aiman
sudah bercouple tetapi Aina tidak tahu kenapa dengan Aiman dia merasakan
seperti ada suatu perasaan yang aneh muncul seperti rasa sayang dan senang bila
bersama dengan Aiman. Tetapi Aina cuma mengangap itu hanya lah mainan perasaan
dan tidak sepatutnya di ambil berat. Aina tetap berhubungan dengan Aiman
seperti selalu. Dan kali ini dia mengemukakan niat nya untuk belajar kereta.
Dan Aiman dengan suka rela menawarkan dirinya untuk mengajar Aina memandu. Ini
membuatkan Aina semakin suka dan senang dengan Aiman kerana apa yang dia inginkan
Aiman akan cuba sedaya upaya untuk membantu.
Selang dua minggu cuti
semester 1 telah pun bermula. Aina mula menuntut janji yang telah Aiman beri
kepadanya untuk mengajarnya memandu pada cuti semester. Aiman yang juga sedang
cuti semester 1 di kolejnya iaitu Politeknik Johor Pasir Gudang yang mengambil
jurusan Engeenering electrical control pun bersetuju untuk mengajar Aina
memandu. Bagi Aiman ini adalah sekadar basic bagi Aina bagaimana cara memandu
kereta supaya senang baginya untuk mengambil lessen kelak.
Aina belajar kereta selama
seminggu bersama Aiman daripada yang basic kepada tahap yang sukar. Dan Aina
berasa sangat seronok kerana ada kawan yang selalu membantunya. Bagi Aiman
pertolongannya itu apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan benda lain.
Lagi pula, Aiman senang membantu Aina yang lagi memerlukan pertolongan.
Teringat akan semua
jasa-jasa Aiman kepada Aina, dia mula memikirkan tentang hubungan Aiman dengan
Maria. Dia mulai risau jikalau disebabkannya nanti Aiman dan Maria berbalah. Lalu,
Aina pun mula menyakan soal itu kepada Aiman.
Aina : Aiman, Aku nak tanya sikit
boleh? Kau jangan marah tau!
Aiman:
Tanya la apa dia?
Aina : Kau dengan Maria apa cerita
eh? Senyap je. Korang ok?
Aiman: Oh
aku dengan dia ok je. Lagi pun kita orang dah break lah. Kau tak tahu ke?
Aina : Oh ye ke? Sorry aku tak
tahu pulak. Sebab tak ada siapa bagi tahu pun?
Aiman:
Hahaha dah kecoh la satu kelas hari tu kau je yang tak tahu. Maklum lah budak pandai.
Ulat buku mana nak ambil tahu hal macam ini.
Aina : Ishh kau ni.. Mana ada la
aku serious tak tahu apa-apa.
Sejak daripada perbualan
itu, Aina mulai bimbang kalau-kalau hubungan Aiman dan Maria berantakan akibat
dia rapat dengan Aiman. Dan selepas di tanya Aiman berkali-kali punca mereka
berpisah akhirnya Aina mulai lega. Dan ini membuatkan Aina semakin memberi
ruang buat hatinya untuk menerima Aiman semula dalam hidupnya. Manakala Aiman
pula seolah-olah member hint kepada Aina bahawa dia mulai jatuh hati kepada
Aina. Tetapi Aina seperti tidak mengerti.
Dari hari ke hari, sikap
Aiman kepada Aina mula berubah. Dia seolah-olah telah mengangap Aina itu adalah
miliknya. Dia memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada Aina serta
support semua keputusan yang Aina lakukan. Malah bukan itu saja, mereka juga
sering keluar bersama berdua apabila Aina dan Aiman free. Dan ini membuatkan
Aina tertanya-tanya mengapa Aiman berlainan sikap kepadanya tidak seperti dulu.
Kalau dulu mereka berdua sering bergaduh macam ada saja yang tak kena. Tetapi
lately ini Aiman seperti orang lain yang telah berubah sikap.
Bab 10: Hangout
Hari ini pelajar Matrik mulai cuti
pertengahan semseter. Aina telah pun ada perancangannya yang tersendiri apa
yang nak dibuat untuk cuti seminggu ini. Sesampai saja di rumah Aina menelefon
kawan baiknya dari darjah 6 yang merupakan jiran tamannya untuk mengajaknya
keluar memandangkan mereka sama matrik dan cuti yang sama.
Aina: Assalamualaikum Najwa! Nak tanya ni kau
ada pergi mana-mana tak cuti pertengahan semester ni?
Najwa: Waalaikumusalam. Oh aku ada planning nak
keluar dengan Hazman dan syira dan pakwe dia syed. Kau nak join tak?
Aina: Oh ye ke. Boleh jugak lagipun aku tak ada
buat apa-apa dekat rumah ni hehe
Najwa: Ok set. Masa dan tarikh nanti aku mesej
kau balik boleh?
Aina: Ok boleh je, tapi korang nak pergi mana?
Najwa: Hahaha aku plan nak pergi Zoo
Negara saja-saja je. Kau rasa?
Aina: Oh aku ok je tak kesah mana-mana boleh.
Tapi boleh tak kalau aku bawa someone?
Najwa: Boleh je tapi kau nak bawa siapa? Pakwe
ke?
Aina: Eh! tak la kawan je. Aku bawak Aiman
boleh?
Najwa: Aiman??? Kau dengan dia balik ke? Tak
cerita pun dekat aku???? Sampai hati kau!!
Aina: Eh tak la kita orang kawan je. Nanti aku
cerita k? Eh k la aku ada kerja sikit nanti aku mesej k. take care.
Assalamualaikum
Najwa: Ok ok. Waalaikumusalam.
Aina pun dengan sepantas kilat mencapai
telefonnya untuk mesej Aiman menanyakan tentang hal itu samada dia bersetuju
untuk mengikutnya atau pun tidak.
Aina : Aiman, aku nak tanya ni. Kau nak ikut aku tak pergi Zoo Negara
nanti?
Aiman: Haa?? Zoo negara? Hahaha macam budak
tadika la kau ni haha. Tak ada tempat lain ke nak bawak aku?
Aina : Eh bukan aku la. Najwa yang ajak. Aku ikut je. Tu ingat nak ajak
kau sekali teman aku sebabnya Najwa bawak pakwe dia Hazman, dan ada lagi sorang
budak sekolah kita Syira dengan pakwe dia jugak Syed. Tu aku ajak kau nak suruh
teman kalau tak aku jadi macam tunggul pulak sebab dorang dating nanti aku
sorang-sorang. Kau nak ikut tak?
Aiman: Oh time-time macam ni la baru nak ingat
aku kan?? Bila nak pergi?
Aina : Hehe alaaa bukan selalu pun sekali sekala je hahaha. Hmm pasal tu
aku pun tak sure lagi sebab Najwa cakap nanti dia bagi tahu balik masa dengan
tarikh ok?
Aiman: Ok apa-apa update aku sebab aku takut
nanti tiba-tiba ada hal ke apa susah pula. Kesian kau nanti jadi tunggul kat
situ boleh kawan dengan binatang dekat sana kalau bosan hahaha
Aina : Jahat la kau ni suka kenakan aku tau!! Erghh!! Ok nanti aku bagi
tahu kau balik.
Aiman: Hahaha bukan selalu sakat kau ni hahaha
Keesokkannya Najwa menelefon Aina untuk
memberitahu tarikh dan masa untuk ke Zoo negara.
Najwa: Aina, eh kita orang plan nak pergi esok
la pukul 10 macam tu. Kau free tak? Aiman?
Aina : Oh aku ok je boleh tak ada hal. Aiman aku tak sure nanti aku
tanya dia balik k. Apa-apa aku inform dekat kau. Oh ye btw kita pergi naik apa
ni?
Najwa: Oh pasal tu kau tak perlu risau sebab
kita orang bawa 2 kereta. Hazman 1 kereta, Syed 1 kereta. So sok kau naik
dengan aku la. Aiman nanti aku cakap dengan Syira suruh Syed jemput dia dekat
rumah sebab Syed tahu rumah dia kan?
Aina : Oh ok ok boleh juga.. Haah tak silap aku dia tahu sebab dia orang
kan dah lama kawan. So esok pukul 10 la kan?
Najwa: Haah esok pukul 10 Hazman jemput kita. Oh
ye nanti kau bagi tahu Aiman sekali pasal ni k yang Syira dengan Syed jemput
dia dekat rumah. Then nanti kita tunggu dia orang jela k.
Aina : Ok beres. Jumpa esok!
Keesokkannya mereka semua
bergerak ke Zoo Negara. Aina terlalu excited untuk keluar dengan kawan-kawannya
memandangkan mereka telah lama tidak keluar bersama. Dan di sana mereka
bergerak dalam kumpulan dan tidak berpecah walaupun mereka datang bersama.
Mereka berjalan-jalan dan bergambar bersama. Dan ini membuatkan persaan Aina
menjadi tidak keruan. Dia seperti telah jatuh hati kepada Aiman tetapi dia
mengetepikan perasaan itu dan berlagak seperti tidak ada apa yang jadi. Selepas
bersiar-siar di Zoo Negara, Mereka berenam mencari kedai makan yang berhampiran
dengan Zoo Negara. Dan mereka memilih untuk ke KFC.
Aina dan Aiman seperti biasa tidak sudah-sudah dengan pergaduhan mereka dan ini membuatkan yang lain turut persaan jikalau mereka ni ada hubungan yang special ataupun tidak. Setelah kenyang makan, mereka pergi solat dan terus ke Mid Valley pula untuk menghabiskan Voucher buku di MPH yang baru mereka dapat. Di sana mereka semua berpecah dalam pasangan. Aiman dan Aina terpinga-pinga. Mereka pun berpecah mencari barangan mereka sendiri. Dan Akhirnya mereka bertemu di tempat yang sama iaitu sudut novel. Dan di situ Aina dan Aiman tetap bergaduh dan menyalahkan diri masing-masing kerana sibuk mengikut kemana saja pergi.
Aina dan Aiman seperti biasa tidak sudah-sudah dengan pergaduhan mereka dan ini membuatkan yang lain turut persaan jikalau mereka ni ada hubungan yang special ataupun tidak. Setelah kenyang makan, mereka pergi solat dan terus ke Mid Valley pula untuk menghabiskan Voucher buku di MPH yang baru mereka dapat. Di sana mereka semua berpecah dalam pasangan. Aiman dan Aina terpinga-pinga. Mereka pun berpecah mencari barangan mereka sendiri. Dan Akhirnya mereka bertemu di tempat yang sama iaitu sudut novel. Dan di situ Aina dan Aiman tetap bergaduh dan menyalahkan diri masing-masing kerana sibuk mengikut kemana saja pergi.
Sesampai saja di rumah Aina
terus baring di atas katilnya yang empuk dan tanpa disedari dia telah pun
terlena akibat kepenatan seharian suntuk keluar berjalan. Aina dikejutkan
emaknya untuk bangun mandi dan solat. Setelah selesai semua itu, Aina yang lagi
sedang baring di atas katilnya mencapai telefon untuk mesej Aiman mengucapkan
terima kasih menemannya pada hari ini walaupun pada dasarnya dia geram dengan
sikap Aiman yang seharian suntuk asyik mencari gaduh dengannya tetapi dalam
masa yang sama dia berfikir kalau Aiman tak teman dia hari ini mesti dia akan
rasa awkward sangat bila keluar dengan orang yang bercouple ni.
Subscribe to:
Comments (Atom)