Monday, 9 February 2015

Lemahnya imanku kerana CINTA

Ya Allah... Ya tuhanku..

Di saat ini, Pada ketika ini, aku duduk termenung... merenung kembali diri yang mungkin telah semakin jauh dariMu Ya Allah.. Merenung kembali atas kesilapan ku yang lalu... Yang hanya berharap pada CINTA manusia tanpa ku sedar ada CINTA yang lebih berkuasa dan melebihi segala-galanya...

Aku malu pada diriku sendiri yang hanya pandai merungut dan hanya pandai menyalahkan takdir tatkala ujianMu datang menjengah sedangkan selama ini aku sibuk mengatakan bahawa "AKU CINTA PADAMU" tetapi ianya bagai menanam tebu di tepi bibir..

Ya Allah... Baru sedikit Kau uji rasa CINTA ini, aku sudah pun terjelopok menangis, merintih dan mengadu kepadaMU dan ingin mengalah. Diriku terasa lemah... Sedangkan Engkau sentiasa di sisi dan Engkau lebih dekat dan mengenali diri ini daripada si dia.. Tetapi aku redha ya Allah kerana diantara Engaku dan dia, Engkau lah segalanya dan Engkaulah lebih berkuasa.. Ya Allah aku malu pada diriku sendiri.. Iman ku lemah hanya kerana CINTA sedangkan aku tahu Engkau lah pemilik segala rasa CINTA ini.. Ampunkan dosa ku Ya Allah...

Ya Allah ya Tuhanku....

Aku ini seorang yang pemungkir janji!! Seringkali aku ingin bertaubat dari dosa-dosa lampau... Namun seringkali juga aku leka dan lalai di buai bayangan dosa dan tunduk atas kehendak nafsu.. Air mata keinsafan yang dulunya sering membasahi pipi hambamu mengenangkan dosa-dosa yang lalu seakan-akan lenyap dari ingatan.. Ya Allah masih layakkah aku berada di sisi Mu sedangkan aku selalu alpa dan leka dari mengingatimu hanya kerana CINTA??

Allahu ya Rabbi...

Hamba jenis apakah aku ini?? Terkadang melakukan maksiat, melihat maksiat lalu mulut terkunci bagai ada emas, tangan terhenti, hanya hati yang menangis mengenangkan dosa yang telah aku lakukan.. Melihat kekerdilan diri.. Melihat lemahnya imanku.. Tiada siapa yang tahu melainkanMu.. Allah... Hinanya aku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini...

SUBAHANALLAH....

Ya Muhaimin... Aku sedar, Aku pasrah.. Kerana di setiap ujian yang melanda, sudah Engkau ukur tahap kemampuanku.. Aku yakin dengan setiap ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Malah aku lebih yakin di setiap ujian itu tiada yang lebih berat dari kemampuan seseorang hamba.. Sudah Engkau janjikan hikmah yang terselindung di sebalik setiap kejadian, cuma kadangkala aku merungut tanpa menyedari air mata yang hadir adalah membasahkan hatiku yang lagi penuh dengan dosa.. Dan kadangkala ya Allah.. Aku juga terlupa bahawa selepas hujan lebat pasti akan ada pelangi yang indah lagi menanti..

Ya  Allah.. dengarlah rintihan hambamu ini.. Hamba yang lagi lemah imannya hanya kerana hilangnya CINTA pada manusia.. Cekalkanlah hatiku secekal Sumayyah, sucikan lah diriku secuci Maryam.. Kerana ya Allah... Aku gentar andai CINTAMU hilang.. Kerana aku terlalu MENCINTAIMU....

No comments:

Post a Comment