Usaha dan pengorbanan Aina
selama 3 tahun menunggu Aiman membuahkan hasil. Aiman kembali mencari Aina dan
meminangnya seperti yang telah mereka janjikan pada suatu masa dahulu. Mereka
berdua seperti tidak percaya akan apa yang jadi di antara mereka. Dua kali
berpisah akhirnya di satukan di suatu majlis akad nikah. Hanya sekali lafaz
akhirnya Nur Aina Syafina sah menjadi isteri kepada Muhammad fadhlul Aiman.
Mereka bersanding bertemakan
garden iaitu cita-cita Aina pada waktu kecil dan dijadikan impian oleh
suaminya. Rakan-rakan mereka seperti tidak percaya akan hubungan yang unik
diantara Aiman dan Aina. Walaupun telah berpiasah 2 kali tetapi akhirnya di
satukan kembali menjadi suami isteri. Aiman dan Aina bagai pinang di belah dua.
Mereka sangat serasi dan sangat padan menjadi suami isteri.
Inilah yang dikatakan
suratan takdir. Walaupun banyak dugaan di antara mereka tetapi akhirnya mereka
di ijab qabul dan sah menjadi suami isteri. Semuanya adalah perancangan
daripada Allah dan berkat usaha Aina berdoa siang malam meminta petunjuk
daripada Allah akhirnya ianya menjadi kenyataan. Kehidupan Aina dan Aiman lebih
bahagia selepas berkahwin dan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Mereka di
kurniakan 5 orang anak. 3 lelaki 2 perempuan.
No comments:
Post a Comment