Monday, 9 February 2015

Bab 14: Rapuh


Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan Aina dan Aiman mulai rapuh. Aiman dan Aina sering bergaduh dan salah faham berkaitan masalah yang kecil. Aiman seperti tidak dapat mengawal emosinya terhadap Aina. Lalu dia meminta putus. Hubungan mereka putus di tengah jalan buat kali ke dua. Aina kecewa dengan sikap Aiman yang terburu-buru untuk menamatkan hubungan ini. Dia seolah-olah tidak menyangka bahawa hubungannya dengan Aiman hanya setakat itu. Setelah berbagai-bagai dugaan yang mereka tempuh bersama ianya adalah sia-sia.

Hal ini membuatkan Aina redha dengan ketentuan Ilahi. Aina yakin semua yang jadi ada hikmah disebaliknya. Aina hanya berdoa andai ini adalah ujian buat mereka berdua dia ikhlas, dan andai benar Aiman adalah jodohnya, pertemukan mereka pada masa akan datang.

Aiman yang kini telah pun mempunyai penganti Aina sedikit pun tidak mematahkan semangat Aina untuk terus setia menunggunya. Walaupun sakit untuk menanggung semua penderitaan ini tetapi Aina hanya bergantung dan mengadu semuanya  kepada Allah agar memberinya petunjuk di dalam setiap pekara. Aina juga tidak putus-putus solat istikarah memohon petunjuk daripada Allah tentang masalahnya.


Selepas 3 tahun, Aiman dan Aina masing-masing punyai kehidupan dan kerjaya mereka tersendiri. Aiman yang kini telah pun berjaya menjadi manager Oil and Gas di samping menjadi model sambilan membantu rakannya, manakala Aina pula telah pun Berjaya menjadi Penolong pengarah kewangan di syarikat Petronas.  Kehidupan mereka berdua telah berubah sama sekali. Aiman yang dulunya bahagia bersama pilihan hatinya iaitu Amelia kini telah pun kembali single. Aina pula masih tetap setia menunggu Aiman walaupun ramai yang cuba memikat dan ingin meminangnya tetapi ditolak mentah-mentah. Aina tidak putus-putus memohon kepada Allah memberinya petunjuk adakah benar Aiman itu adalah pilihan yang terbaik buatnya.

No comments:

Post a Comment