Result SPM dikeluarkan pada hari ini. Aina yang semestinya gementar dan tak senang duduk dek kerana memikirkan apa keputusan SPMnya adakah cemerlang ataupun tidak. Aina bekerja shift pagi hari ini dan dia jadi tak senang duduk kerana memikirkan result yang akan keluar pada jam 10 pagi. rakan sekerja dan bossnya saja menyakat untuk menakut-nakutkan Aina dan membuatkannya lagi bertambah risau. Semua kerja yang dijalankan olehnya jadi tidak menentu. Dan Akhirnya Aina memilih untuk membuat kerja di stor saja untuk menenangkan dirinya tanpa diganggu oleh sesiapa.
Pada jam 9 pagi, Ayahnya telah pun sampai di kedai untuk menjemputnya pulang ke rumah untuk bersiap-siap mengambil result pada pagi ini. Sesampai saja di rumah Aina pun bersiap-siap dan memakai baju kurung berwarna ungu dan berkasut tutup. Sesampai saja di sekolah, Aina berjumpa teman baiknya iaitu Aimi dan Farah dan hatinya mula berdebar-debar dan rasa tak senang duduk. Rasa seperti jantungnya mahu terkeluar dan tangannya berpeluh-peluh menunggu result yang bakal keluar lagi 5 minit. Seorang demi seorang beratur untuk mengambil result. Di saat itu, Aina tidak lagi menghiraukan siapa di sebelah kanan dan kirinya dia hanya menumpukan sepenuh perhatian pada result yang bakal diambilnya sekejap lagi. Tidak lama selepas itu, Aina pun pergi kedepan untuk mengambil resultnya. Dia menyalam tangan guru kelasnya iaitu Puan Maisarah dan guru kelasnya mengira bilangan "A" yang di perolehi oleh Aina.
Puan Maisarah: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7A, 2C
*Aina yang seperti tidak percaya kerana dia hanya menganggarkan dia mendapat 5A saja.
Puan Maisarah: Ok Aina awak dapat 7A iaitu 5A, 2A-, dan 2C+. Tahniah Aina.
Aina: Betul ke cikgu?
Puan Maisarah: Ya Aina, betul la awak dapat 7A dan 2C. Ni slip SPM awak ok? apa-apa pun tahniah Aina atas kejayaan awak.
Aina: Ya Allah, terima kasih cikgu. Terima kasih.
Aina yang terlalu gembira dan tidak menyangka dia akan mendapat 7A tergesa-gesa keluar dewan untuk ke kereta memberitahu ayahnya dalam keadaan menangis kegembiraan. Aina hanya menyangka dia mendapat 5A kerana baginya SPM baru ni lagi susah daripada PRA SPM yang lepas sedangkan PRA SPM yang lepas dia mendapat 6A, 2B, 1C. Dan disebabkan itu dia fikir dia akan dapat lagi kurang daripada itu. Aina yang tidak hiraukan sesiapa belari menuju ke kereta. Dan keluar pagar sekolah rakan kelasnya semasa tingkatan 4 menegurnya.
Rykal: Aina, dah amik result? Dapat berapa?
Aina: Dah baru je ni. aku dapat 7A
Aina dengan muka gembira dan dalam keadaaan menangis terharu teruskan belari ke kereta kerana tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada ayahnya. Rykal serta rakan-rakan yang lain dan Aiman yang juga ada ketika perbualan antara mereka itu pun terkejut mendengar berita gembira tersebut, inikan pula ayah Aina. Masuk saja kereta Aina mengatakan kepada ayahnya.
Aina: Papa! Papa! Ena dapat 7A 2C. Hehe Ena pun tak sangka Ena akan dapat 7A papa.
Papa: Yeke? Alhamdulillah. Tahniah sayang. Tak sia-sia usaha anak papa selama ni. Mama pasti gembira kalau dengar berita ni.
Ayah Aina yang gembira mendengar berita kejayaan anaknya itu terus mencium dahi anak kesayangannya dan terus menelefon isterinya dan memberitahu tentang result anaknya. Sesudah itu, Aina dan ayahnya terus pulang untuk menghantar Aina ke tempat kerjanya memandangkan shift kerjanya belum tamat. Sampai saja di tempat kerja Aina, boss dan rakan sekerjanya menunggu di depan pintu kedai menunggu result Aina. Apabila Aina masuk saja kedai dan belum sempat ke belakang untuk menukar baju kerja telah pun di soal siasat oleh boss dan rakan sekerjanya.
Boss : So how was your result Aina? Ok tak?
Haikal: Macam mana Aina? Ok tak? Muka happy je?
Aina : Hahaha korang ni pun belum sempat Aina tuka baju dah soal macam-macam hehe
Haikal: Eh mesti la.. Nak tahu jugak result Aina macam mana gempak tak. Kalau gempak Haikal nak belanja aiskrim memandangkan Aina suka aiskrim hehe sebagai tanda tahniah. So cepatla bagitahu.
Aina : Hehe wahhh bestnya haha ok Aina dapat 7A 2C. Hehe
Boss : Wahhh tahniah Aina, saya tau awak mesti berjaya dengan cemerlang punya sebab tu pagi tadi saya saja sakat awak dan takut-takutkan awak sebab nak tengok riaksi awak hehe apa-apa pun tahniah Aina.
Haikal: Tahniah Aina.. Hehe tak sangka Aina berjaya dengan cemerlangnya. Okay cepat pilih nak aiskrim apa Haikal belanja Aina ok?
Aina : Wahhh terharunya hehe terima kasih Haikal.
Haikal: Hehe sama-sama lagipun bukan selalu Haikal belanja Aina
Aina pun kebelakang menukar baju dan start bekerja semula dengan wajah yang ceria dan hati yang gembira kerana memikirkan resultnya yang cemerlang itu. Start dari Aina masuk kerja selepas mengambil reslut, telefonnya tak henti-henti menerima panggilan dan sms daripada kawannya menanyakan tentang resultnya.
No comments:
Post a Comment