Sunday, 8 February 2015

Bab 8: Confius

Hari ini shift Aina adalah sebelah pagi pukul 6.30am. Start dari masuk kerja sehingga ke tengah hari Aina seperti tidak ada semangat dan "moody". Dan ini membuatkan semua orang perasan akan sikapnya yang lain daripada yang biasa.

Boss: Aina, awak ok? kenapa saya tengok awak macam tak ceria dan macam bad mood je harini ye? Ada apa-apa masalah ke?
Aina: Eh, tak ada apa-apa la boss. Saya ok cuma saya keliru je sekarang ni.
Boss: Oh, awak keliru pasal apa? cuba cerita mana tahu saya boleh bantu ke?
Aina: Macam ni, saya ada dapat dua tawaran sambung belajar. satu dari UNISEL dan lagi satu Matrikulasi Banting Selangor. Dan sekarang ni saya keliru nak pilih yang mana. Kawan saya cakap Matrikulasi ni susah dan banyak cabarannya. Tu buat saya lagi takut dan keliru.
Boss: Laa pasal tu ke? Saya ingat awak ada masalah apa la tadi. Ok macam ni, semua tempat belajar susah. Dan semua tempat belajar ada cabaran yang tersendiri. Tapi kita sebagai student kena la berusaha dan tak ada yang mustahil kalau berusaha. Semua akan jadi senang. Mula-mula mesti lah kita akan rasa susah. Tapi yakin lah lama-lama bila dah biasa pasti jadi senang. 
Aina: Tu saya tahu boss, tapi saya tak tahu nak pilih yang mana sekarang ni. Saya buntu.
Boss: Aina da bincang dengan parents? dia orang mesti ada pilihan dia orang sendiri ke yang terbaik untuk Aina?
Aina: Dah saya dah bincang dengan mereka. Dan mereka nak saya masuk matrikulasi.
Boss: Haa, kalau macam tu Aina masuk la Matrikulasi macam yang parents Aina nak ok? Kejap Matrik ni dia fast track untuk masuk degree kan?
Aina: Haah, matrik ni setahun dan lepas habis belajar terus masuk degree. Dan tu yang buat saya lagi takut sebab kejap sangat belajarnya mesti susah.
Boss: Hahaha awak ni kelakar la Aina. Tak ada apa awak jangan risau saya yakin awak boleh buat. Lagipun awak kan pandai. Dan matrik ni lagi bagus saya rasa sebab dalam umur yang singkat awak dah boleh dapat masuk degree. Sedangkan dekat luar sana yang nak masuk degree punya la ramai tak dapat dan terpaksa mengangur. So jadikan ini adalah peluang dan rezeki awak ok Aina? Saya yakin awak boleh buat ok?
Aina: Hahaha boss ni cakap sama macam mama papa saya. Ok boss terima kasih atas nasihat boss, InsyaAllah nanti saya fikirkan balik.
Boss: Sama-sama Aina, nanti dah sambung belajar jangan lupa kami dekat sini ok?
Aina: Hehe tu dah semestinya saya tak akan lupa boss. 

Dan selepas itu, Aina pun menyambung kerjanya kembali dengan penuh semangat disebabkan nasihat yang telah diberikan oleh bossnya kepadanya sebentar tadi. Akhirnya Aina memilih untuk ke matrikulasi dan focus pada pelajarannya di sana. Dan baginya apa yang boss dan parentsnya cakap ada benarnya juga dan itu menaikkan semangatnya untuk sambung belajar di Matrikulasi. 

No comments:

Post a Comment