Sedar tak sedar sudah sebulan lebih Aina belajar di Matrikulasi Banting Selangor. Dan baginya life di sana tidak lah seteruk yang di sangka. Malahan rakan-rakan sekelas dan housematenya juga baik-baik belaka. Aina senang berada di sana. Tambahan pula Aina ada rakan sekelas dengannya semasa di tingkatan 5 iaitu Syazana dan juga Asyikin. Aina juga tidak menyangka dia bakal sekelas dengan mereka berdua. Dan ini membuatkan Aina lagi semangat untuk meneruskan pelajaran di Matrik. Aina di tempatkan di kelas A1T5 iaitu Dewan kuliah 1 dan kelas tutorial 5. Seramai 25 orang pelajar kelasnya yang terdiri daripada 5 lelaki dan 20 perempuan. Kelas Aina juga terdapat 2 orang pelajar India dan ini tidak mematahkan semangatnya untuk belajar kerana mereka berdua juga sering bertanya dan berkongsi ilmu dengan Aina.
Seperti biasa pada sebelah malam lepas pulang dari masjid, Aina akan duduk di meja belajar dan mengulang kaji pelajaran. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. "tweet" tweet". Aina yang sedang khusyuk belajar pun melihat siapa yang mesejnya malam-malam begini. Aina menjerit seperti tidak percaya Aiman mesej Aina setelah sekian lama tak berhubungan. Dan ini membuatkannya menjadi tidak tentu arah. Aiman mesej dan mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Aina menjadi sangat terharu dan pelik bagaimana Aiman tahu yang hari ini adalah hari jadinya sedangkan mereka sudah putus lebih kurang setahun lebih. Lalu Aina pun membalas dengan hati yang girang.
Aina : Wa'alaikumsalam, Terima kasih sebab wish! Btw mana kau tahu hari ini birthday aku?
Aiman: Hahaha aku tahu la lagipun budak kelas kita suruh aku wish dekat kau. Aku malas mulanya. Tapi dah dorang asek paksa je tu aku mesej. Haha
Aina : Oh budak kelas kita suruh. Patut la pun sebab pelik takkan kau ingat birthday aku sebab kitakan dah lama break. Tambahan pula, kau dah pun ade awek mesti kau ingat birthday awek kau je kan? hehe
Aiman: Wahhh kau perli aku ke ni? Mesti la aku akan ingat birthday awek aku. Lagipun ni budak kelas yang suruh wish tu aku wish. Apa-apa pun Happy Birthday again.
Start dari malam itu Aiman dan Aina kerap berhubung dan boleh dikatakan hari-hari mereka akan mesej dan ianya sudah menjadi rutin mereka untuk terus berhubung. Selang seminggu, Maria mula contact Aina bertanyakan khabar dan berbual. Pada waktu itu Aina di beritahu oleh rakan sekelasnya semasa di tingkatan 5 bahawa Maria itu adalah teman wanita baru Aiman. Bagi Aina, tak pelik kalau mereka boleh bercouple sebabnya Maria dan Aiman memang rapat sejak dari Tingkatan 4 lagi dan mereka memang geng dari dulu lagi, So tidak mustahil jikalau mereka jatuh cinta. Tetapi apa jadi pada bekas teman wanita Aiman yang dulu semasa di sekolah? Soalnya di dalam hati. Semasa Aina dan Maria berhubung Aina menanyakan soalan yang bermain di kepalanya kepada Maria.
Aina : Maria, boleh aku tanya sikit? Kau dengan Aiman kan sekarang? Apa jadi dengan awek Aiman yang lama ye?
Maria: Hahaha haah, aku dengan Aiman sekarang. Aku pun tak sangka aku akan couple dengan dia lagipun kita orang baru lagi. Pasal awek dia yang lama tu aku pun tak pasti sangat. Tapi dengar cerita awek dia curang dengan dia tu yang dia mintak putus dan couple dengan aku.
Aina : Oh ye ke. Kesiannya dekat dia orang. Sebab tak tahan lama pun hubungannya. Sebab dulu dekat sekolah aku tengok selalu sangat date time rehat, time habis sekolah. Tahu- tahu dah break.
Maria: Hahaha Aku pun tak tahu nak kata apa la Aina. Sebab dari sekolah lagi budak kelas kita tak suka sangat perangai Syarifah tu. Sebab apa aku tak tahu.Last-last tengok dia sendiri yang curang dengan aiman. Tu yang Aiman mintak putus.
Aina: Oh ye ke, yang tu aku tak tahu la pulak sebab aku jenis tak amik kesah sangat pasal orang couple-couple ni. Lagi-lagi Aiman tu. Oh ye apa-apa pun tahniah la sebab kau dah dengan Aiman. Apa-apa pun jaga jelah dia baik-baik ok? hehe aku doakan yang terbaik untuk korang berdua tau!
*Selepas Aina berkata begitu, Maria terus tidak membalas dan senyap sepi. Selang sejam lebih Maria muncul dan mesej Aina semula.
Maria: Ainaaaaa! Sorry, tak balas tadi. Aku pergi basuh baju hehe maaf tau!
Aina : Oh ye ke? sokay la tak apa aku tak marah pun. Tapi kenapa kau basuh baju malam-malam buta ni? kau tak takut ke? hehe
Maria: Hahaha tak ada la, aku dah biasa basuh malam-malam. Lagipun aku memang selalu basuh baju malam-malam sebab sejuk sikit. Oh ye btw pasal tadi aku nak tanya sikit boleh?
Aina : Oh boleh. Tanya je la.
Maria: Kau suka Aiman lagi tak?
Aina : Haa? kenapa kau tanya macam tu pulak?
Maria: Eh tak ada apa-apa saja tanya. Kalau Aiman suka kau lagi macam mana? Kau terima dia balik tak?
Aina : Eh! Maria kau cakap apa ni? Kan kau dengan Aiman sekarang. Kenapa tanya aku soalan macam tu? Kan kau tengah bahagia dengan Aiman sepatutnya soalan tu tak keluar dari mulut kau. Sebab Aiman dah pun pilih kau bukan aku. Lagipun aku tak kisah siapa pun pilihan dia ok?
Maria: So kau dah tak ada apa-apa perassaan langsung la dekat Aiman? Kalau aku cakap dia suka kau lagi macam mana?
Aina : Eh! Jangan mengarut la Maria. Tak mungkin dia sukakan aku lagi. Sebab dia dah pun ada kau.
Maria: Hehe tapi kan kau pernah cakap dekat Aiman yang lepas SPM kau nak getback balik kan dengan dia?
Aina : Haah.. Memang aku ada cakap tapi semua tu sia-sia sebab aku tunggu dia tapi dia dah couple dengan orang lain pun so apa guna aku tunggu dia lagi kan?
Maria: Kalau aku cakap dia tunggu kau balik sekarang ni macam mana?
Aina : Eh tak mungkin la maria. Sebab dia dah ada kau sekarang dan tak mungkin dia nak balik dekat aku.
Maria: Hehe okay tak apa la kalau kau dah cakap macam tu. Sorry tau aku just tanya je tak ada maksud apa-apa pun hehe. Okay lah "got to go". "Talk to you later". Assalamualaikum.
Aina: Waalaikumusalam.
Selepas kejadian itu, Aina terus-terusan memikirkan kenapa Maria berkata begitu kepadanya. Dan dia tak bertanyakan hal itu kepada Aiman. Aina layan Aiman seperti biasa tanpa bertanyakan sepatah tentang hal dia dengan Maria dan Aina berpura-pura macam tak ada apa-apa yang jadi.
No comments:
Post a Comment