Thursday, 5 February 2015

BERCINTA selepas nikah

Assalamualaikum...

Cinta itu indah.. semua orang mahukan cinta dan semua orang mahukan kebahagiaan dalam diri bukan? tapi sedarkah kita samada cinta itu benar-benar tulus mahupun mainan semata-mata? Bercinta lah andai anda betul-betul sudah bersedia, iaitu cinta selepas nikah.. CINTA ini lebih indah daripada cinta sebelum nikah. kerana manisnya sebuah percintaan dapat dirasa selepas ijab dan qabul. Semua yang halal dapat dilakukan selepas nikah.. Jikalau kita bercinta sebelum nikah ianya akan menambahkan dosa saja bukan? sebagai contoh jikalau kita keluar date dengan pasangan dan berpegangan tangan dengan bukan mahram, itu dah dikira dosa. Kerana ianya belum halal lagi.. Tapi jikalau kita bercinta selepas nikah, semua benda yang kita lakukan seiring dengan syarak akan dikira pahala.. tengok manisnya CINTA selepas nikah bukan?

Pada mereka yang belum berkahwin, segeralah halalkan hubungan kalian.. tak salah pun jika kita bernikah awal kerana ini akan mengurangkan dosa dan menghindar kita daripada fitnah.. Jangan risau jika tidak mampu.. Buat lah sekadar mampu dan ala kadar. Yang penting nikah dulu, sanding kemudian pun it's okay.. Ingatlah bahawa REZEKI selepas nikah akan dilipat gandakan dan akan bertambah-tambah.. Jadi tak perlu risau andai bernikah sekarang akan mengurangkan rezeki anda, kerana rezeki anda pada masa akan datnag akan bertambah-tambah.. Tapi perlu kita ingat, nikah ini bukan benda yang mudah dan senang.. Kita perlu teliti dan pelajari macam-macam benda untuk membuat persediaan selepas nikah.. Kerana tugas dan tanggungjawab suami isteri selepas nikah ni adalah lebih berat.. Tetapi ianya akan menjadi senang dan happy jikalau ada sifat toleransi dan bantu membantu antara satu sama lain dalam usaha mengecapi keluarga yang bahagia dan mencari keredhaan Allah.. Jikalau suami ada yang kurang, si isteri perlu lah bantu si suami dan ajarkan mana yang mampu.. Begitu juga pada si isteri, jikalau ada yang kurang, si suami perlu lah ajar dan tunjuk mana yang mampu.. Ingatlah wahai suami, anda merupakan ketua keluarga.. Anda yang mencorakkan bagaimana kehidupan keluarga anda.. Jaga dan sayangilah isteri anda dengan penuh kasih sayang kerana isteri adalah anugerah yang terindah daripada Allah buat si suami..

Akhir kata, BERCINTA selepas nikah ni indah dan romantis bukan?? :)

No comments:

Post a Comment