Okay hari ni sis nak update pasal PEREMPUAN.. Kita as orang perempuan selalu sangat di cop sebagai cerewet, menyusahkan dan macam-macam lagi.. And kalau korang nak tahu perempuan ni sebenarnya unik, menarik, dan ada daya tarikan tersendiri..
dekat sini sis akan kongsikan serba sedikit tentang perempuan yang sis dah buat kajian dan sis sendiri dah alami.. Dan ini semua adalah FAKTA bukan AUTA hokeyh ! :)
- PEREMPUAN bila dia cakap dia sayangkan seseorang tu, Dia memang betul-betul maksudkannya. Even though da putus pun dia tetap akan sayang.
- Ego PEREMPUAN memang tinggi, bila dia merajuk dia takkan sms or call. Tapi hakikatnya dia masih menunggu sms or call dari orang yang dia sayang.
- Apabila PEREMPUAN cakap "k bye" "Fine", lelaki ego akan cakap "k bye", tetapi lelaki yang pandai akan cakap "why dear, did i do something wrong?"
- PEREMPUAN nakkan lelaki yang boleh bimbing dia, sayang dia dengan hati yang ikhlas dan terima kelemahan dia seadanya, terima dia dengan hati yang terbuka.
- Mula-mula break memang kita akan menangis sebab dia, tetapi bila dah lama-lama kita akan menangis lagi tapi bukan sebab dia, tapi sebab kenangan diantara kita.
- PEREMPUAN kalau dapat mesej/call daripada bf dia, dialah orang yang paling happy, tapi bila dah break dialah orang yang paling sedih.
- PEREMPUAN cuma akan manja dan tunjuk perangai kebudakan bila dia dengan orang yang dia sayang je.
- PEREMPUAN boleh bertukar menjadi HANTU kalau dapat tahu bf dia masih contact Ex.
- PEREMPUAN kalau reply text panjang-panjang means dia tengah happy, tapi kalau dia reply pendek means ada yang tak kena.
- PEREMPUAN bila kena tengking dengan orang yang dia sayang automatik air mata akan mengalir walaupun dah cuba tahan.
- Bagi mereka, melupakan wajah bekas kekasih itu adalah sukar, namun lebih sukar lagi melupakan kenangan terindah yang tercipta bersama mereka.
- Bila dah sayang, susah nak buang perasaan tu. walaupun dia mintak kita lupakan dia, tapi hakikat sebenar semakin kita rindu dia.
- kekadang kita susah untuk melepaskan orang yang kita sayang walaupun dia buakn milik kita lagi.
- Wahai kaum lelaki, PEREMPUAN tak suka lihat bf mereka dekat dengan perempuan lain, walaupun mereka sahabat, kerana rasa cemburu itu tetap ada !
- PEREMPUAN bila rindu mesti akan tidur dan lepas itu air mata pasti mengalir tanpa kita sedar.
- Seseorang yang istimewa bukanlah yang selalu ada di depan mata, bukan pula yang selalu ada disisi kita. Tapi dia yang setia di hati kita.
- Jangan ucap putus kalau masih sayang dan jangan ucap sayang kalau sudah putus !
- PEREMPUAN tak kisah dia orang keberapa dalam hati awak, tapi mereka berharap mereka orang TERAKHIR dalam hati awak.
- The good things about women, kalau kecewa dia akan pendam. Biar dia je yang tahu dan selagi boleh senyum mereka akan tetap tersenyum.
- PEREMPUAN apabila bersendirian pasti akan mencari sebuah lagu yang mengambarkan perasaannya ketika itu.
- PEREMPUAN memang cerewet, bising, suka marah. Semua tu sebab anda couple dengannya. Dia takut kehilangan orang yang dia sayang dan dia nak anda jadikan dia yang sah.
- Bila awak selalu buat dia gelak, dia mula sukakan awak. tapi apabila dia menangis kerana awak, means dia memang sayangkan awak sepenuh hatinya.
- Kadang-kadang hati masih sayang, tapi sebab ego kita sanggup lepaskan orang yang kita sayang.
So tu jelah yang sis boleh share dengan korang apa yang sis tahu and apa yang sis alami sendiri.. Lastly, PEREMPUAN cemburu tanda SAYANG, PEREMPUAN marah tanda SAYANG, dan PEREMPUAN merajuk tanda SAYANG.. So, awak kena faham. :)
No comments:
Post a Comment