Thursday, 5 February 2015

SINGLE

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni kalau kita lihat ramai yang sudah ada pasangan, malah ramai juga yang telah mendirikan rumah tangga. Tapi jangan bersedih pada mereka yang belum berpunya kerana kita masih ada Allah yang selalu dengan kita. Ingat lah bahawa tidak ada istilah SINGLE dalam hidup kita jikalau kiri kanan kita masih ada malaikat, malahan pula jangan lah kita berbangga dengan COUPLE jikalau hubungan itu tidak di sucikan dengan IJAB dan QABUL

Pada mereka yang SINGLE, jangan lah bersedih andai hari ini dia tinggalkan kita dan kita menangis, kerana suatu hari nanti  orang yang dia sayang pula akan tinggalkan dia.. Apa yang dia buat, dia akan rasa kembali. what he gives he will get back ! Ingat hidup kita tak selalunya indah dan juga tak selalunya muram. kita yang mencorakkan hidup kita, jadi kita berhak untuk mengecapi kebahagiaan. Hidup single ni banayk dugaannya, contoh kita akan mula di hantui dan dibelengu oleh perasaan rindu dan sayang pada EX kita. Tapi itu semua perlulah dikawal kerana kalau betul dia masih sayang pada kita dia takkan jadi EX kita.. Jadi STOP rindukan EX ! STOP ingat EX ! STOP cintakan EX ! STOP stalk EX ! kerana ini semua akan buat hati kita lagi sakit dan sedih.. life must go on with or without him.. Jangan jadikan hanya sebab mereka kita kaum wanita menjadi lemah dan tak bermaya.. Berpeganglah pada prinsip "Wanita yang baik adalah diciptakan untuk Lelaki yang baik, malah Wanita yang jahat adalah untuk Lelaki yang jahat".. Jikalau kita inginkan jodoh yang baik maka ubahlah diri kita menjadi yang baik dan dekatkan diri dengan Pencipta.. InsyaAllah kalau dah jodoh takkan kemana dan kalau dah tertulis dia untuk kita, takkan tertuka tulang rusuk kiri itu !

Bergembiralah andai diri kita telah putus cinta dan ucapkan lah ALHAMDULILLAH kerana Allah telah menjauhkan kita dari orang yang tidak pandai MENGHARGAI.. Kepada mereka yang telah putus cinta itu katakan lah pada EX anda bahawa anda tak pernah menyesal ditinggalkan mereka. sikit pun tak.. sebab anda lebih menyesal kerana tak tinggalkan mereka awal-awal lagi.. sekarang baru anda sedar bahagianya hidup anda tanpa mereka ! hal ini akan membuatkan mereka menyesal kerana telah meningalkan anda..
Pada mereka yang first time merasa SINGLE memang bosan dan sedih kerana kita akan mula rasa ingin dicintai, disayangi, dibelai dan lain-lain.. Tapi kena ingat semua itu hanyalah mainan syaitan untuk lihat kita hancur dan terus melakukan maksiat.. YA tak di nafikan kekadang kita rasa rindu tapi terpaksa pendam, sebab kita tahu dia tak pernah rindu kita malah jemu dengan kita, sedangkan kita tak pernah jemu mengingati dia.. sakit bukan? tapi ingat lah setiap benda pasti ada jalannya.. Jika benar rindu sucikan dengan doa, salurkan dengan doa.. mudah-mudahan dia juga merasakan apa yang kita rasa..Lelaki yang kuat imannya tak akan ajak perempuan yang dia sayangi untuk BERCOUPLE sebaliknya berdoa kepada Allah supaya wanita itu menjadi halal buatnya. CINTA itu datang dari Allah, RINDU juga datang dari Allah.. Benda itu adalah fitrah, setiap manusia pasti merasa tapi kita perlu sucikan itu semua dengan cara berdoa kepada Allah..

JODOH dan PERTEMUAN kita dengan seseorang adalah rancangan daripada Allah.. Allah telah susun kisah PERTEMUAN kita dengan si dia dan kisah PERPISAHAN  kita dengan si dia sejak kita di dalam perut ibu lagi.. Tapi satu je, kita perlu redha dengan setiap yang terjadi kerana setiap kejadian pasti ade hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Maka bersangka baiklah pada ujian Allah untuk kita. Tak mustahil jikalau hari ini kita putus dengan si dia, nanti Allah pulangkan kembali si dia pada kita? mana kita tahu kan? so bersangka baiklah pada setiap yang jadi. Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah untuk menguji sejauh mana sayang kita pada Allah, malah Allah sengaja menarik orang yang kita sayang kerana Allah rindu pada kita.. Allah rindu tangisan dan keluhan kita minta pertolongan daripada-NYA.. Kita mesti ingat kasih sayang pada manusia akan pudar dan padam pada bila-bila masa.. Tetapi kasih sayang Allah tak kan pernah luntur dan padam sampai kita mati.. 
Tanda manusia SAYANG dia kan memberikan sepenuh perhatian pada kita, tetapi tanda Allah SAYANG kita Dia kirimkan ujian buat kita untuk menguji sejauh mana kita ingat Dia dan sejauh mana kita sayangkan-NYA.. Ingatlah sejauh mana pun kita pergi pasti akan ada dugaan dan ujian.. Jika hari ini kita diuji dengan hilangnya orang yang kita sayang, maka bersyukurlah kerana Allah hendak tunjukkan dia bukan yang terbaik untuk kita.. Ada yang lebih baik untuk kita di luar sana sedang menanti.. Dan tunjukkan lah pada EX anda bahawa anda berjaya hidup tanpa mereka, dan buktikan pada mereka tanpa mereka anda masih boleh berjaya dalam hidup dan kerjaya ! 


No comments:

Post a Comment