Hari ini pelajar Matrik mulai cuti
pertengahan semseter. Aina telah pun ada perancangannya yang tersendiri apa
yang nak dibuat untuk cuti seminggu ini. Sesampai saja di rumah Aina menelefon
kawan baiknya dari darjah 6 yang merupakan jiran tamannya untuk mengajaknya
keluar memandangkan mereka sama matrik dan cuti yang sama.
Aina: Assalamualaikum Najwa! Nak tanya ni kau
ada pergi mana-mana tak cuti pertengahan semester ni?
Najwa: Waalaikumusalam. Oh aku ada planning nak
keluar dengan Hazman dan syira dan pakwe dia syed. Kau nak join tak?
Aina: Oh ye ke. Boleh jugak lagipun aku tak ada
buat apa-apa dekat rumah ni hehe
Najwa: Ok set. Masa dan tarikh nanti aku mesej
kau balik boleh?
Aina: Ok boleh je, tapi korang nak pergi mana?
Najwa: Hahaha aku plan nak pergi Zoo
Negara saja-saja je. Kau rasa?
Aina: Oh aku ok je tak kesah mana-mana boleh.
Tapi boleh tak kalau aku bawa someone?
Najwa: Boleh je tapi kau nak bawa siapa? Pakwe
ke?
Aina: Eh! tak la kawan je. Aku bawak Aiman
boleh?
Najwa: Aiman??? Kau dengan dia balik ke? Tak
cerita pun dekat aku???? Sampai hati kau!!
Aina: Eh tak la kita orang kawan je. Nanti aku
cerita k? Eh k la aku ada kerja sikit nanti aku mesej k. take care.
Assalamualaikum
Najwa: Ok ok. Waalaikumusalam.
Aina pun dengan sepantas kilat mencapai
telefonnya untuk mesej Aiman menanyakan tentang hal itu samada dia bersetuju
untuk mengikutnya atau pun tidak.
Aina : Aiman, aku nak tanya ni. Kau nak ikut aku tak pergi Zoo Negara
nanti?
Aiman: Haa?? Zoo negara? Hahaha macam budak
tadika la kau ni haha. Tak ada tempat lain ke nak bawak aku?
Aina : Eh bukan aku la. Najwa yang ajak. Aku ikut je. Tu ingat nak ajak
kau sekali teman aku sebabnya Najwa bawak pakwe dia Hazman, dan ada lagi sorang
budak sekolah kita Syira dengan pakwe dia jugak Syed. Tu aku ajak kau nak suruh
teman kalau tak aku jadi macam tunggul pulak sebab dorang dating nanti aku
sorang-sorang. Kau nak ikut tak?
Aiman: Oh time-time macam ni la baru nak ingat
aku kan?? Bila nak pergi?
Aina : Hehe alaaa bukan selalu pun sekali sekala je hahaha. Hmm pasal tu
aku pun tak sure lagi sebab Najwa cakap nanti dia bagi tahu balik masa dengan
tarikh ok?
Aiman: Ok apa-apa update aku sebab aku takut
nanti tiba-tiba ada hal ke apa susah pula. Kesian kau nanti jadi tunggul kat
situ boleh kawan dengan binatang dekat sana kalau bosan hahaha
Aina : Jahat la kau ni suka kenakan aku tau!! Erghh!! Ok nanti aku bagi
tahu kau balik.
Aiman: Hahaha bukan selalu sakat kau ni hahaha
Keesokkannya Najwa menelefon Aina untuk
memberitahu tarikh dan masa untuk ke Zoo negara.
Najwa: Aina, eh kita orang plan nak pergi esok
la pukul 10 macam tu. Kau free tak? Aiman?
Aina : Oh aku ok je boleh tak ada hal. Aiman aku tak sure nanti aku
tanya dia balik k. Apa-apa aku inform dekat kau. Oh ye btw kita pergi naik apa
ni?
Najwa: Oh pasal tu kau tak perlu risau sebab
kita orang bawa 2 kereta. Hazman 1 kereta, Syed 1 kereta. So sok kau naik
dengan aku la. Aiman nanti aku cakap dengan Syira suruh Syed jemput dia dekat
rumah sebab Syed tahu rumah dia kan?
Aina : Oh ok ok boleh juga.. Haah tak silap aku dia tahu sebab dia orang
kan dah lama kawan. So esok pukul 10 la kan?
Najwa: Haah esok pukul 10 Hazman jemput kita. Oh
ye nanti kau bagi tahu Aiman sekali pasal ni k yang Syira dengan Syed jemput
dia dekat rumah. Then nanti kita tunggu dia orang jela k.
Aina : Ok beres. Jumpa esok!
Keesokkannya mereka semua
bergerak ke Zoo Negara. Aina terlalu excited untuk keluar dengan kawan-kawannya
memandangkan mereka telah lama tidak keluar bersama. Dan di sana mereka
bergerak dalam kumpulan dan tidak berpecah walaupun mereka datang bersama.
Mereka berjalan-jalan dan bergambar bersama. Dan ini membuatkan persaan Aina
menjadi tidak keruan. Dia seperti telah jatuh hati kepada Aiman tetapi dia
mengetepikan perasaan itu dan berlagak seperti tidak ada apa yang jadi. Selepas
bersiar-siar di Zoo Negara, Mereka berenam mencari kedai makan yang berhampiran
dengan Zoo Negara. Dan mereka memilih untuk ke KFC.
Aina dan Aiman seperti biasa tidak sudah-sudah dengan pergaduhan mereka dan ini membuatkan yang lain turut persaan jikalau mereka ni ada hubungan yang special ataupun tidak. Setelah kenyang makan, mereka pergi solat dan terus ke Mid Valley pula untuk menghabiskan Voucher buku di MPH yang baru mereka dapat. Di sana mereka semua berpecah dalam pasangan. Aiman dan Aina terpinga-pinga. Mereka pun berpecah mencari barangan mereka sendiri. Dan Akhirnya mereka bertemu di tempat yang sama iaitu sudut novel. Dan di situ Aina dan Aiman tetap bergaduh dan menyalahkan diri masing-masing kerana sibuk mengikut kemana saja pergi.
Aina dan Aiman seperti biasa tidak sudah-sudah dengan pergaduhan mereka dan ini membuatkan yang lain turut persaan jikalau mereka ni ada hubungan yang special ataupun tidak. Setelah kenyang makan, mereka pergi solat dan terus ke Mid Valley pula untuk menghabiskan Voucher buku di MPH yang baru mereka dapat. Di sana mereka semua berpecah dalam pasangan. Aiman dan Aina terpinga-pinga. Mereka pun berpecah mencari barangan mereka sendiri. Dan Akhirnya mereka bertemu di tempat yang sama iaitu sudut novel. Dan di situ Aina dan Aiman tetap bergaduh dan menyalahkan diri masing-masing kerana sibuk mengikut kemana saja pergi.
Sesampai saja di rumah Aina
terus baring di atas katilnya yang empuk dan tanpa disedari dia telah pun
terlena akibat kepenatan seharian suntuk keluar berjalan. Aina dikejutkan
emaknya untuk bangun mandi dan solat. Setelah selesai semua itu, Aina yang lagi
sedang baring di atas katilnya mencapai telefon untuk mesej Aiman mengucapkan
terima kasih menemannya pada hari ini walaupun pada dasarnya dia geram dengan
sikap Aiman yang seharian suntuk asyik mencari gaduh dengannya tetapi dalam
masa yang sama dia berfikir kalau Aiman tak teman dia hari ini mesti dia akan
rasa awkward sangat bila keluar dengan orang yang bercouple ni.
No comments:
Post a Comment