Selang seminggu lepas pergi Langkawi dengan budak sekolah, now kita pergi bercuti dengan family pula ya.. hehe actually tak pergi bercuti sangat pun.. Ayah ada meeting dekat sini so anak dia sorang ni sibuk nak ngikut memandangkan sekarang tengah cuti sem so daripada tak baut pape dekat rumah better kita ikot kan hahaha =D
Okay la nak cakap sikit, dekat Cameron highland ni banyak tempat sebenarnya yang korang boleh pergi.. Contohnya, strawberry farm, Bee farm, Bharat tea, Stesen Mardi, pasar malam dan macam-macam lagi.. Ada 1 tempat ni nama dia Cameron Lavender haa dekat sini korang boleh petik strawberry and bunga yang korang nak.. Harga tiket sekali masuk RM5.. dekat dalam tu besar gila.. macam-macam ada.. Kalau berminat korang boleh petik bunga yang korang nak.. Sebatang RM2 kalau 6 batang RM10.. Dan untuk strwaberry pula, dia boleh masuk 2 orang dan diberi bakul untuk korang petik.. Petik la banyak mana yang korang nak okay ! dan tak silap harga dia 200gm RM10.. Dan bukan tu je dalam tu macam-macam game ada yang korang nak boleh main.. Dia ala-ala macam dekat fun fair jugak ada mainan yang tembak botol dll..




Kalau nak pergi Stesen Mardi pula ianya terletak di Tanah Rata dan korang akan dikena kan bayaran sekali masuk.. Tapi bagi staf dan kakitangan Mardi free of charge.. Dan memandangkan ayah kerja Mardi so dapat la melawat free of charge.. Ala-ala lawatan sambil belajar jugak la hehe.. Kalau tak silap la untuk dewasa RM3 sekali masuk dan budak-budak free.. Okay dekat dalam ni macam-macam ada and korang boleh lihat.. Semua jenis tumbuhan, pokok bunga, buah-buahan, sayuran, teh dan macam-macam lagi lah.. Dan kalau ada peluang korang boleh lihat sendiri macam mana teh diproses daripada daun menjadi serbuk dekat kilang proses teh mardi..

Then lets move to the Bharat tea.. haa dekat sini lagi best pemandangan dia kalau korang nak tau !! salu yang dalam tv or drama tu yang buat shooting semua dekat sini laa.. Seriously cantik gila view dia.. Sangat rugi siapa yang tak datang lawat sini !! Kalau korang perasan cerita ombak rindu, Vanila coklat shoot dekat sini laa.. =D
Now lets move to the pasar malam.. Kalau tak silap pasar malam ni setiap hari Jumaat, Sabtu.. Dekat pasar malam ni pula korang boleh beli macam-macam.. Dia lebih kurang sama macam dekat sini je pasar malamnya.. Yang menjadikan ianya unik sebab dia jual bunga, strawberry fresh, strawberry kering, teh, dan macam-macam lagi.. Soal harga, jangan risau kerana harganya berpatutan dan sangat berbaloi.. Teh sekotak kecik yang serbuk RM3 kalau beli 4 RM11.. Manakala bagi teh yang sederhana pula 2 RM10.. Dan lastly kalau yang besar RM9.50 dan beli 3 RM27..Teh dia tak payah cakap la macam-macam jenis ada dan macam-macam jenis perisa ada !! kalau strawberry pula ada yang 1 RM10 bagi yang pack besar.. Tapi sis suggestkan kalau nak banyak choice better pergi dekat "Kia farm".. haa dekat sini lagi banyak choice dan berbaloi-baloi punya ! hehe have a try.. :)















.jpg)








No comments:
Post a Comment