Friday, 6 February 2015

Hari Kedua di Pulau Langkawi...

Assalamualaikum...

Hari kedua - 21 Jan 2015
Okay untuk hari kedua pula kami teruskan dengan aktiviti Island Hopping.. Kami sewa 1 boat untuk kami sekelas.. Cost untuk seorang RM23.. Di Island Hopping kami pergi 3 Tempat iaitu pulau Beras Basah, Pulau Helang iaitu bagi helang makan, dan lastly is Pulau Dayang Bunting.. Aktiviti kali ni sangat menyeronokkan sebab kami 1 kelas menaiki boat untuk ke Pulau tersebut dan perjalan lebih kurang dalam 30minit.. Mula-mula kami ke Pulau Beras basah.. Disini, permandangannya cukup cantik dan indah sekali.. Sesiapa yang pergi pasti akan terpegun dengan keunikan dan kecantikan di Pulau tersebut.. Tambahan pula air lautnya yang berwarna hijau yang sungguh mengasyikkan ! hehe sastera sangat bahasa nak mengambarkan kecantikan di Pulau tersebut..

                                 

                                   \

                                         











Setelah selesai bermandi-manda di Pulau Beras Basah kami teruskan perjalan ke pulau Helang pula.. Di sana kita boleh melihat dengan mata sendiri di mana Helang-helang tersebut makan malah kita juga boleh memberikan makanan kepada mereka.. Mengikut orang yang membawa kami itu, beliau mengatakan yang helang-helang itu memakan kulit ayam KFC.. haha unik bukan?? benar atau tidak kami pun tak pasti..





Setelah selesai di pulau Helang, kami meneruskan perjalan ke Pulau Dayang Bunting.. Sepanjang perjalanan ke sana, korang dapat melihat pulau kasut, pulau dayang bunting, pulau singa dan macam-macam lagi.. Pulau-pulau tersebut memang menyerupai seperti yang dinyatakan.. Dan dengar cerita Di Pulau Dayang Bunting itu, ada sejarah yang tersendiri di mana ada seorang dayang yang mati ketika anak di dalam kandungan beliau lagi.. malah ada juga yang mengatakan sesiapa yang mandi ataupun minum air tasik dayang bunting akan mendapat anak setelah berkahwin.. Benar atau tidak waallahualam.. Tapi, Pulau Dayang Bunting memang seronok.. Rugi sangat sesiapa yang tak mandi dekat sana.. Dan untuk pengetahuan korang juga sesiapa yang tak pandai berenang boleh sewa life jacket RM5 je.. Okay bukan tu saja, sesiapa yang tak pandai berenang ada kolam kanak-kanak disediakan dekat situ korang boleh mandi-mandi juga.. Dan di sana ada juga disediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang seperti kayak dan macam-macam lagi.. :)

                         
                                                  
                                              


Okay done aktiviti Island hopping.. Ouh ya, korang juga boleh beli pinggan Island hopping yang ada gambar korang okay.. Harga dia RM10 je.. murah je kan? hehe.. Okay lepas aktiviti Island hopping kami pun pulang ke Hotel dan tunggu untuk aktiviti seterusnya iaitu Mangrove pada belah petang.. Kalau korang nak tahu Mangrove ni lebih kurang je macam Island hopping cuma beza dia santai cikit tak ada mandi-manda.. Dia just pusing-pusing pulau tengok keindahan pulau.. Kami sewa 1 boat untuk 1 kelas dan cost untuk 2 jam bagi Seorang ialah RM33.. If you tooked 1 hour only it's just RM22 but if it's 2 hours it will be double which is RM33.. And kalau korang nak tahu, kalau 1 jam dia just pergi 3 tempat je.. Tapi kalau 2 jam dia pergi 6 tempat.. Gua kelawar, Gua buaya, Gua langsir, pulau helang, kedai atas air dan lastly Kilim geoforest park.. 

Okay dekat Gua kelawar, sesiapa yang nak sewa touchlight pun boleh RM1 je and koramg boleh suluh la apa yang koramg nak dalam gua tu okay :)  jangan suluh benda lain sudah ler hehe.. Yang bestnya korang akan lihat banyak gila habitat kelawar dalam gua tersebut.. Maklum lah nama pun Gua Kelawar mesti la Habitat kelawa ye ke idok?? hehe okay then kami ke pulau helang iaitu bagi helang makan sama seperti Island Hopping tadi.. Dan selepas itu kami ke Restaurant atas air.. Dekat sini koramg boleh pilih ikan apa yang korang nak makan.. Dia fresh-fresh lagi.. Dan akan dimasak upon request.. Ada macam-macam jenis ikan yang korang boleh pilih.. Bukan setakat ikan je, udang, ketam, belangkas semua koramg boleh mintak.. Harga dia based on per kg.. Kalau dekat sini nak makan better share ramai-ramai jimat cikit.. kalau korang sorang nak makan memang pokai jawab dia haha =D
Dan orang yang bawak korang tu akan pergi kedai atas air ni dulu then baru sambung tempat lain, sebabnya korang kena pilih and order nak makan apa then habis pusing baru korang datang balik kedai tu untuk makan.. Best kan?? 

Okay sambung lagi, lepas korang da pergi kedai tu, korang akan di bawa ke gua buaya, gua kelawar dan Kilim Geoforest park.. Gua buaya tu bukan lah maksudnya ada buaya dekat situ, ianya just gambaran dan ukiran gua tersebut seperti mulut buaya dan gigi buaya.. manakala Gua langsir kami tak dapat pergi sebab air tak pasang lagi.. Dan yang menariknya trip Mangrove ni, orang boat yang bawa kami ni umur dia 21 tahun dan yang lebih menarik ialah dia dah berkahwin dan mempunyai anak sorang haha best gila kan? umur 21 dah khawin.. Kami yang 22 tahun ni pun tak khawin-khawin.. Tu la dia kalau dah jodoh dan rezeki tak kemana hahaha.. Btw orang boat ni baik gila dan layan kami special haha dan if kami nak pergi lagi boleh deal dengannya dia bagi harga kawan okay :)

















Lepas aktiviti mangrove kami ke pantai Chenang di hotel kami untuk aktiviti santai.. Kami bergambar sambil melihat sunshine pada waktu petang di tepi pantai.. 








Okay setel.. tu sajalah aktiviti kami untuk hari kedua.. Pada belah malam pula kami just buat aktiviti bebas.. Bersambung di bahagian ketiga..:)

No comments:

Post a Comment