Friday, 6 February 2015

Pulau Langkawi

Assalamualaikum...

Okay hari ni nak cerita pasal Pulau Langkawi pula.. hehe almaklum lah baru balik dari reunion trip kelas SMKBBB 5 AMANAH baru-baru ni.. Tu yang excited terlebih nak menulis tentang pengalaman dengan kawan-kawan dekat sana.. Okay first of all, siapa yang tak tahu tentang Pulau Langkawi yang sangat terkenal dengan pelbagai tarikan pelancong, sejarah, pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi.. Memang rugi siapa yang tak pernah pergi sana lagi..

Kami bercuti 1 kelas selama 3 hari 2 malam seramai 11 orang.. Pada asalnya, seramai 19 orang yang nak join trip kelas kali ni tapi desebabkan hal yang tak dapat dielakkan ramai yang terpaksa tarik diri.. kalau korang nak tahu, kami dah booked tiket flight nak pergi Langkawi ni dari tahun lepas lagi bulan 8 tak silap.. Tapi due kami bercuti pada 20hb-22hb January 2015.. hehe lama kan? sebab time tu kami check harga tiket flight murah just RM100 for pergi balik..

Okay now lets start with the tentative..

Day 1 - 20 Jan 2015

6.30am: berkumpul di KLIA 2
10am: arrived langkawi dan check in kereta sewa
11am: breakfast + lunch di chenang
12pm: check in hotel
2pm: trip keTelaga Tujuh
7-10pm: aktiviti bebas + dinner

Day 2 - 21 Jan 2015 

8am: berkumpul dan breakfast
11am: Island Hopping
3pm: Mangrove
7pm: Dinner
9pm: aktiviti bebas

Day 3 - 22 Jan 2015

aktiviti bebas sampai tengahari
12pm: shopping
3pm: lunch
5pm: bergerak ke airport

Okay now lets start with day 1 - 20 Jan 2015..
 Kami bergerak dari rumah pukul 4 pagi gerak ke KLIA EXPRESS dekat putrajaya.. Maklumlah pagi-pagi buta parents semua tak boleh hantar so, kami decide pergi sendiri ke KLIA 2.. Kami park kereta dekat sana dan terus naik KLIA EXPRESS.. Okay kalau korang nak tahu, jimat sangat naik KLIA EXPRESS sebabnya tambang just RM6.20 dan perjalanan just makan masa 28minit.. cepat dan jimat bukan? hehe.. Okay sampai saja dekat sana dah pukul 5 lebih dan kami terus check in dan solat subuh dekat sana.. Ada yang sempat bersarapan dan ada diantara kami yang tengah tunggu nak depart.. Sebab 4 orang dari kami flight diorang pukul 7.50pagi, manakala selebihnya pukul 8.30pagi..








Okay dalam masa 45minit pejalanan kami, akhirnya sampai lah kami di Pulau Langkawi.. Seriously muka kami semua teruja sangat !! Tak tahu nak gambarkan macam mana lagi.. Almaklumlah trip dengan kawan-kawan mesti la happening dan meriah gila kan hehe.. Sampai saja di Airport, ada sorang pakcik yang kami sewa kereta tu tunggu kami dekat pintu airport, then kami naik van untuk pergi tempat sewa kereta.. Kami booked 3 viva.. Siapa-siapa yang ada lesen boleh drive viva tersebut.. Tapi disebabkan ramai yang malas nak drive dan penat semua so kami decide yang drive pudin, aimi, and my self.. Lepas setel urusan kereta sewa kami terus ke pantai Chenang untuk check in hotel, tapi sebelum check in kami have a lunch dulu dekat KFC .. haa cakap pasal KFC, time kami sampai dah pukul 11.50am, so alang-alang dah nak dekat pukul 12 so kami pun tunggu la waktu lunch date yang harga murah tu untuk makan hehe :)

Then, lepas kenyang makan kami terus Check in hotel iaitu AB Motel dan terus masuk bilik.. Kami dapat package bilik family punya yang boleh bukak pintu dekat tengah tu hehe best gila.. 1 bilik lelaki dan 1 bilik perempuan.. Kami berehat dan solat.. Tepat pukul 2pm kami bergerak ke Telaga Tujuh untuk aktiviti seterusnya.. Dekat sana siapa yang hati kental dan sanggup je boleh naik.. Seriously tinggi gila dan sanggat mencabar kekuatan mental dan fizikal.. Tapi tu semua membuahkan hasil yang lumayan sebab Telaga Tujuh tersebut sangat cantik !! rugi sangat kalau tak jejakkan kaki ke sana.. 

                                  


















                                      



Setelah selesai aktiviti mandi-manda di Telaga tujuh, then kami pun teruskan dengan aktiviti makan-makan.. Kami makan di tepi airport.. Dekat situ ada 1 gerai berhadapan pantai yang menjual pelbagai makan yang enak dan berpatutan harganya.. Setelah selesai makan malam kami pun terus pulang ke hotel. Pada belah malam pula kami bersia-sia dan mengadakan BBQ di pantai Rhu..







bersambung di bahagian kedua...:)


No comments:

Post a Comment