Assalamualaikum....
Okay hari ni dek disebabkan terlalu banyak sangat mainan persaan dan kenangan lampau yang bermain di minda, so scroll FB then jumpa la ayat-ayat ni.. Nak kata motivasi pun boleh jadi dan nak kata nasihat untuk diri sendiri pun boleh jadi.. Walaupun dah lama berlalu, dan walaupun dah lama dilepaskan tapi kenangan dan wajah masih ada dalam ingatan.. Hmm tu la dia susah bila terlalu sayang dan terlalu berharap ni.. Sebabnya yang terlalu dan sangat ni yang akan sakitkan diri kita.. Tu la orang tua-tua cakap kalau SAYANG berpada-pada, kalau SUKA beringat-ingat sentiasa.. Sebabnya, kalau TERLUKA tak lah merana... Hmm tapi pape pun, doakan jelah kebaikan untuk si dia dengan teman barunya.. InsyaAllah kalau ada jodoh tak kemana.. Dan kalau jodoh dia dengan orang lain terima lah dengan hati yang terbuka.. Mudah-Mudahan jodoh kita yang terbaik sedang menanti di luar sana.. Btw be strong !! Jika benar kita mahukan dia, minta pada Allah.. Usaha dan doa.. Andai dia yang terbaik moga Allah dekatkan dia dengan kita, Andai dia bukan untuk kita moga Allah tutup hati kita buat dia dan jauhkan dia dari kita.. Cinta itu memang BUTA, bukan tu saja cinta juga mampu membuatkan seseorang tu hilang arah dan lupa diri dek kerana khayal dan mabuk cinta.. Betapa kuatnya kuasa CINTA.. Kalau salah jalan cinta mampu membunuh kita, dan Jika kita pandai menguasainya Cinta mampu membentuk diri kita dan memperbaiki diri kita.. Dan ianya bergantung pada siapa kita bercinta dan berbagi cinta..
Okay tu jelah serba sedikit yang boleh dikongsikan bersama.. Cinta ni ibarat makan sambal belacan.. Walau pedas ditelan juga.. walau apa pun hargailah cinta yang hadir dihadapan anda.. Kalau ianya benar ikhlas dan tulus membawa kita kejalan Allah redhai maka teruskan dan gengamlah ia dengan kuat.. Jikalau ianya membawa kita ke jurang maksiat maka lepaskan lah ia dan redha dengan apa yang jadi.. La Tahzan !! Pasti ada yang lebih baik menanti.. Kita harus ingat.. Cinta tak semstinyanya MEMILIKI dan CINTA itu tiada nilai harga yang mampu dibeli untuk sesebuah kebahgiaan dalam hubungan.. Ianya datang dan mengalir dengan tulus dan ikhlas di dalam sesebuah hubungan..Cinta hanya akan hadir disaat kita berhenti mengejar nya..:)
























































No comments:
Post a Comment