"Bangun!! Selamat pagi Cikgu" Ucapan selamat pagi daripa ketua kelas 5 Amanah iaitu Azhar. "Okay kelas harini saya nak pulangkan kertas ujian Pra SPM kamu minggu lepas" kata Puan Zawiyah kepada anak muridnya. seorang demi seorang nama dipanggilnya untuk datang ke depan dan mengambil kertas ujian. "Ok seperti biasa markah paling tinggi di dalam kelas dengan markah 85% ialah Aina" Kata puan Zawiyah.. Aina pun kedepan dan mengambil kertas ujiannya dan seperti biasa pasti akan ada mulut yang tidak puas hati dengannya dan orang yang sama seperti biasa iaitu Aiman. Sambil berjalan ke depan dia sempat memandang Aiman yang duduk di bahagian depan sekali dengan menjeling sambil mendengus dan mengabaikan apa yang diperkatakan Aiman.. Aiman seperti biasa ayat tidak puas hatinya "Anak murid kesayangan tu asyik dapat markah tinggi je dalam kelas sambil ketawa terbahak-bahak" Kata Aiman kepada kawan disebelahnya Irfan.
Aina kembali ke tempat duduknya dan berkata kepada kawan baiknya Aimi "ishhh sakit hati betul aku dengan dia tu lah, aku belajar aku ulang kaji so aku layak dapat markah tinggi! yang dia nak ejek aku anak murid kesayangan dah kenapa?! geram betul lah!"
"Alaaa, Aina kau buat tak tahu je nanti dia penat tau la dia senyap. Lagipun dia kan memang macam tu suka sakat kau dari awal tahun lagi. Kau pun sabar jela k? tak payah amik hati sangat. Eh! tah-tah dia suka kau lagi kot.. Tu yang dia asyik sakat kau je. Orang lain tak ada pun? hehe" Kata Aimi dengan nada bergurau. "Eh!! tak ada maknanya la. Kau jangan nak macam-macam Aimi. Kalau betul dia suka aku lagi bukan macam ni caranya. Ni da macam musuh dah aku rasa dia layan aku" Balas Aina kepada Aimi..
"kringgggggg" Loceng waktu rehat pun berbunyi. "Bangun! Terima Kasih cikgu" ucapan terima kasih daripada ketua kelas kepada puan Zawiyah. "Eh, Aina kau bawak bekal apa kali ni?" Tanya Aimi kepada Aina. "Alaaa, Aimi kau bukan tak tahu Aina ni kan selalu rehat bawak biksut kering dia tu hahaha" kata Farah kepada Aimi "Eh, haah laa aku pun lupa haha yela maksud aku dia bawak biskut perisa apa kali ni hehe" Kata Aimi kepada farah sambil tergelak. "Amboi korang ni perli aku ke ape? suka korang membahan aku kan? aku macam biasa la biskut Lexus perisa sayur hehe korang macam tak tahu aku kan vegitarian hahaha" Balas Aina kepada kawannya. "hahaha padan la kau ni kurus kering kau tau tak Aina. Dan hari-hari makan biskut je. Sampai kita orang pun terikut perangai kau pergi sekolah bawak bekal. haha tu la dia dah kawan dengan orang yang suka bawak bekal aku pun terikut sama" Kata Farah. Sepanjang waktu rehat Aina dan kawannya berborak-borak sambil menikmati bekalan yang di bawa mereka di tepi kolam ikan sebelah bilik guru.
"Eh! jum la kita masuk kelas, loceng pun da bunyi tu." Kata Aina kepada kawannya. "Okay jum!" balas Aimi dan Farah.. 5 minit kemudian, "Bangun! selamat pagi Cikgu Hasnah" "Selamat pagi Cikgu Hasnah" Jawab pelajar kelas 5 Amanah kepada cikgu mata pelajaran Sejarah. "Okay duduk!" Kata Puan Hasnah. "Ok kelas, hari ni saya nak buat ulang kaji semperna peperiksaan spm kamu.Saya nak kamu semua buat latihan dalam buku teks muka surat 110 dan 111 dari soalan no 1 sehingga 6. Ada yang tak paham boleh tanya saya dan kalau dah siap hantar depan" Kata Puan Hasnah. Aina, Aimi, Farah, Balqis mereka berempat buat bersama dan bincang mencari jawapan. Manakala Aiman, Irfan, Haikal masing-masing buat hal sendiri berborak sambil membuat latihan yang diberikan.
Setengah jam kemudian, "krikkkk" Bunyi kerusi Aina yang mahu kedepan menghantar tugasan yang diberikan dan diikuti yang lain-lainnya.. Aiman memandang Ainan dengan pandangan yang sinis dan Aina menjeling Aiman. "Ok, ada sesiapa lagi yang tak hantar?" tanya Puan Hasnah kepada muridnya. "Tak ada cikgu" jawab pelajar 5 Amanah.
Seperti biasa pada hari jumaat pelajar sekolah akan pulang awal pada pukul 12.30 untuk membolehkan pelajar lelaki menunaikan solat jumaat. Selesai saja kelas Sejarah masing-masing mula mengemas barang untuk pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment