Saturday, 7 February 2015

Bab 1: Study group


Aina mula membersihkan dan menyusun buku-buku di perpustakaan seperti hari-hari biasa. 
Tak lama kemudian kedengan bunyi loceng tamat waktu rehat "kringgggg", lalu dia pun bergegas ke muka pintu memakai kasut dan terus ke kelas. Sewaktu hendak ke kelas Prinsip akaun, Aina ternampak Aiman bersama teman wanitanya "berdating" di kolam ikan berdekatan tapak perhimpunan, lalu Aina mengalihkan pandangannya dan terus ke kelas.

Sepanjang kelas Prinsip Perakaunan, Aina akan menjadi pelajar aktif kerana dia sering memberikan jawapan yang ditanya oleh "Encik Wong" guru matapelajaran berikut. Dan ini membuatkan perangai aiman seprti biasa dengan sikapnya yang nakal dan annoying suka menyakat aina. Tiap kali aina menjawab pasti  dia dengan ayatnya, "haa, tak dengar tak dengar", "asyik suara dia je, tak ada orang lain ke?" sambil tangan menutup kedua belah telinganya. Dan itu telah pun lali di pelusuk telinga Aina. Kerana baginya Aiman itu ibarat budak mentah dan tak matang yang suka menyakat kawan sekelas, walaupun sebelum ini mereka pernah menjalinkan hubungan ketika di tingkatan 4 tetapi dek kerana Aina ingin meneruskan cita-citanya untuk membuktikan dia boleh berjaya dengan cemerlang untuk SPM 2010 maka hubungan mereka setakat itu saja, lalu diabaikan setiap yang dilakukan oleh Aiman kepadanya. 

"Kringgggggg" loceng pun kedengaran. Maka tamat lah kelas Prinsip Perakaunan. Dan diteruskan pula kelas berikutnya iaitu kelas Ekonomi. Selang 2 minit, Puan Zawiyah pun masuk ke kelas 5 Amanah. Seperti biasa pabila kelas Ekonomi pasti ramai yang bakal duduk diluar kelas gara-gara kerja yang diberikan tak siap, dan bukan itu saja malah ada yang sangup menawarkan diri untuk duduk diluar bersama yang lain kerana malas belajar. Dan seperti biasa jugalah Aina sering menjadi anak murid kesayangan setiap cikgu. 

"Aina, tolong saya salin latihan ni di papan putih" kata Puan Zawiyah kepada Aina. "krikkk" bunyi kerusi yang ditolak Aina untuk bangun dan pergi kedepan. "Semua ini ke cikgu?" kata Aina bertanya kepada Puan Zawiyah. "Ya Aina, dan nanti kamu salin daripada kawan kamu ok?" balas puan Zawiyah kepadanya. "Baiklah cikgu" kata Aina kepada Puan Zawiyah dengan penuh sopan.

Setelah setengah jam Aina menulis di hadapan, maka dia pun pulang duduk ditempat duduknya dan diperhatikan Aiman yang duduk diluar sedang memerhatikannya. Dan tak lama lepas itu kelas Ekonomi pun tamat. "kringgggggg" tanda waktu persekolahan sebelah pagi telah pun tamat. Aina seperti biasa dia akan "stayback" sampai petang untuk menunggu ayahnya menjemputnya pulang. Dan dalam masa yang sama dia akan mengulang kaji pelajaran sambil menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu. Sedang dia tekun membuat kerja rumah, "Aina.... nak ikot kita orang beli makanan tak dekat kedai depan?" tanya Aimi kawan baiknya kepada dia yang lagi sedang tekun membuat kerja rumah. "haa..nakk!! korang nak beli sekarang ke?" tanya Aina kepada kawannya Aimi. "haah, kita orang da lapar sangat ni lepas makan nak pergi solat zuhur terus dekat surau. Nak ikot tak?" balas Aimi.. "Nak..nakkk!! tunggu kejap!" kata Aina.

Kedai makcik depan sekolah tu selalu menjadi tempat lepak pelajar-pelajar dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah Bandar Baru Bangi ini kerana disana ada menjual pelbagai jenis makanan, air, mahupun jajan. Sedang Aina berborak dengan Aimi, tiba-tiba dia terlihat Aiman sedang "berdating" dengan teman wanitanya yang dilihat pagi tadi ditempat yang sama. Aina meneruskan langah tanpa menghiraukan kewujudan mereka disana. Tetapi mata kanannya terpandang Aiman dan dia perasan Aiman juga sedang memerhatikannya dan bukan itu saja, Aina juga perasan awek Aiman sedang bermanja-manja memegang tangannya. Aina dengan slumbernya mengatakan "eeiii, geli la aku tengok Aiman tu dengan awek dia! megada-ngada nak manja-manja dalam kawasan sekolah. Dia tak tahu ke dalam sekolah mana boleh buat macam tu!! huhhh.." kata Aina kepada Aimi dengan keadaan marah. "Alaaa, bia jela dia nak buat apa pun. kau bukan dengan dia lagi tak payah la jealous" Balas Aimi kepada Aina. "Hmm memang la aku dah tak ada pape dengan dia, tapi aku menyampah tengok dia tegedik-gedik manja-manja macam tu dalam kawasan sekolah. Dia tak tahu ke SPM dah nak dekat? Daripada dia "dating" 24jam lebih baik dia pergi belajar ulang kaji ke ada juga faedahnya" kata Aina kepada Aimi dengan nada yang geram. Aimi berdiam diri dan tidak membalas sepatah pun apa yang di katakan oleh Aina kerana bimbang kalau-kalau dia pula yang bakal dimarahi. 

Setelah selesai makan Aina dan Aimi terus ke surau untuk solat Zuhur. Selepas 15minit mereka kembali pulang ke kelas untuk sambung belajar. Aina mula mengajar kawan-kawannya yang tidak berapa faham akan pelajaran yang dipelajari mereka tadi. Seperti biasa setiap kali "stayback" Aina akan menjadi guru tutor dalam "study group" dan kawan-kawannya lebih senang belajar dengannya kerana apa yang di ajar lagi senang faham dan senang ingat. 

"kringggggggg" waktu rehat belah petang telah pun berbunyi dan mereka masih tekun belajar dan mengulang kaji pelajaran untuk persiapan SPM.. Tiba-tiba kedengaran suara orang sedang berborak menuju ke kelas 5 Amanah. Aina pun menoleh dah melihat geng-geng Aiman sedang menuju ke kelas. Aina meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan mereka. Geng-geng Aiman pun masuk ke kelas untuk mengulang kaji pelajaran bersama guru tutor mereka iaitu Maria. Sepanjang waktu itu Aiman senyap dan diam seribu bahasa. Langsung tidak menyakat ataupun mencari gaduh dengan Aina. Sedar tak sedar dah pukul 5 petang, Aina dan lain-lain mengemas barang untuk pulang.

No comments:

Post a Comment