Saturday, 7 February 2015

Bab 5: Iri hati

Setelah tamat belajar dan habis paper SPM, Aina dan rakan sekolahnya iaitu Atirah telah bekerja di sebuah syarikat yang berhampiran dengan rumahnya. Mereka telah bekerja selama 5 bulan lebih sehingga kan boss ditempat kerja mereka sangat senang dengan Aina kerana sikapnya yang rajin dan ikhlas dalam membuat kerja. Tidak curi tulang seperti pekerja yang lain. Dan ini menimbulkan sifat iri hati dan cemburu kepada Atirah iaitu kawannya yang mengajak dia bekerja disitu. Aina jenis cepat tangkap dan ada sifat ingin belajar. Oleh sebab itu, boss lebih suka akan satff seperti Aina.

Oleh kerana iri hati, Atirah telah menceritakan tentang Aina kepada rakan-rakan sekerja yang lain. Mereka mengatakan yang Aina "kipas boss" iaitu kaki bodek. Sebab itu boss baik dengannya. Tapi Aina hanya menjalankan kerja dan pekakkan telinga. Kerana baginya dia datang kerja untuk cari rezeki sampingan untuk kumpul duit sebelum masuk belajar dan bukan mereka yang bayar gajinya. Kenapa nak kena hirau apa orang kata tentangnya. Sebab dalam dunia ni kawan sendiri boleh tikam belakang dan tak semua orang sukakan kita. Kata Aina di dalam hati. 

Pekerja di situ tak sukakan Aina kerana sifat rajinnya dan sifat ingin belajarnya membuatkan mereka menyampah dengannya. Tambahan pula, gaji Aina sering melebihi gaji staff yang lain malah Aina juga rajin buat "over time" dan adakalanya gaji "over time" itu melebihi gaji basic nya. Ini lagi satu punca mengapa staff yang lain tak suka dengan Aina. Boss syarikat itu pernah berkata kepada Aina yang dia lebih percaya Aina buat kerja lebih masa berbanding staff yang lain kerana boss memerhati di CCTV dan ramai yang curi tulang ketika kerja lebih masa. Dan disebabkan itu juga Aina di cop sebagai kaki kipas dan kaki bodek. Sehinggakan ramai staff yang tak suka Aina. Tetapi itu tak mematahkan semangatnya untuk terus bekerja. 

Dan kadang-kala Aina sering di pelawa oleh boss nya untuk makan bersama di kedai berhampiran dengan syarikat itu. Tapi disebabkan tak sampai hati untuk menolak ajakan boss nya maka dia pun setuju untuk meneman boss nya makan. Malah bukan Aina seorang saja yang sering dipelawa, staff yang lain juga sering dipelawa boss untuk makan bersama. Bukan itu saja, Aina juga sering di panggil Robot dan machine kerana bekerja tak pernah nak rehat dan bercuti. Ada kalanya Aina sering menawarkan diri untuk kerja lebih masa apabila staff tak cukup. Dan pernah juga Aina masuk kerja 6.30am dan balik pukul 12am. Dan diulangi rutin itu gara-gara tak cukup staff. Tapi itu tak memberi sebarang alasan mahupun ungutan daripada Aina kerana dia yang suka rela menawarkan diri untuk bekerja lebih masa. Bagi Aina dia happy dan senang bekerja di situ dan itu membuatkannya tak kisah untuk kerja seharian suntuk. Dan itu menyebabkan boss nya memangil dia "robot". Walaupun Aina masuk kerja pagi-pagi dan balik tengah malam tetapi rekod kedatangannya tak pernah teruk. 

Aina juga di beri kepercayaan oleh boss nya untuk melakukan kerja boss di pejabat hanya disebabkan sikap Aina yang suka belajar dan sifat ingin tahu dia, boss memberi kepercayaan untuknya melakukan kerja yang berat. Dan bukan itu saja, Aina juga seorang yang super boleh. Semua kerja lelaki di tempat kerjanya dia boleh lakukan. Dan ini adalah bonus kepadanya atas sikapnya yang suka belajar. Kerana diantara staff yang lain Aina saja staff yang boleh buat semua kerja in case staff lelaki tak ada. Dan disebabkan itu juga dia disayangi oleh bossnya.

No comments:

Post a Comment