Saturday, 7 February 2015

Bab 3: Waktu Rehat

*Di rumah Aina*

"Mama, boleh tak esok pagi-pagi mama masakkan Ena nasi goreng or anythings jela yang boleh Ena bawak pergi sekolah esok??" Tanya Aina kepada Emaknya.

"Eh, kenapa pulak ni? kenapa Ena tak beli dekat kantin sekolah je sayang? Esok mama busy nak kena kena pergi office awal." Balas emaknya.

"Alaaaa, boleh la mama.. Please.... Sebab start besok sampai minggu depan kantin sekolah tutup sebab tender contract dengan sekolah dah habis. Ini pun pengetua yang bagi tahu masa perhimpunan pagi tadi.. Boleh la mama... Please...." Rayu Aina pada emaknya dengan nada kesian.

"Okay la esok mama masakkan ok? esok mama masak lebih sikit so nanti Ena boleh bagi kawan-kawan ynag lain makan sama ok sayang?" Kata emaknya kepada anaknya

"hehe okay mama.. Thank you! sayang mama.. Oh ya mama, nanti mama kena masakkan Ena sarapan start dari esok sampai minguu depan ok? hehe Muahhh " Balas Ena kepada emaknya sambil memeluk dan mencium pipi emak kesayangannya.



*Keesokkannya*


"Ena, ni mama da siapkan bekal untuk ena. Mama buatkan nasi goreng dan bekalkan sekali dengan air teh untuk Ena ok?" Kata emak kepada Aina.

"Ok mama.. Thanks! sayang mama.. Mama!! Papa!! Ena pergi sekolah dulu ya. Bas da sampai. Assalamualaikum.." Balas Aina sambil menyalam tangan kedua orang tuanya sambil belari ke muka pintu untuk menaiki bas.


*Di sekolah*


Masing-masing duduk mengulang kaji pelajaran semperna peperiksaan besar spm lagi 2 minggu dan ada juga yang duduk berbual kosong. *kringgggggggg* Loceng rehat telah pun berbunyi. Kelas 5 amanah mula riuh dengan suara pelajar kelas tersebut. 

Farah : Aina, Aimi korang bawak bekal apa harini? Mak aku masakkan untuk kita semua  nugget.
Aina   : Mama aku masakkan nasi goreng untuk kita makan sesama.. Ada air teh jugak kalau   korang nak k? hehe
Aimi  : Wahhhh banyaknya makanan kita harini... Ibu aku masakan kita semua mee goreng.  Nanti boleh la kita share-share bagi dekat kawan-kawan yang lain sikit k?
Sarah : Eh korang, meh la letak depan makan korang boleh bagi yang lain rasa. Lagipun kita orang ada bawak makanan kita orang sendiri. 
Azhar : Wahhhh, da macam open house pulak aku rasa banyak sangat makan ni ha nak makan hahaha
Ahmad : Korang, ni mak aku sponser air untuk kita semua.. okay?
*pelajar lain* : wahhhhh bestnya rehat macam ni kalau dari awal macam ni kan best hahaha 


*kringgggg* Loceng waktu rehat telah pun habis. Aina, Aimi, Farah ke tandas untuk basuh bekal yang meraka bawa tadi. Manakala Aiman pula mengambil kesempatan untuk duduk di tempat Aina kerana dia telah pun diajak "Betting" oleh kawan-kawannya untuk duduk di tempat Aina dan membuatkan Aina marah. Pada asalnya pertaruhan itu, mereka menyuruh Aiman untuk menyorokkan beg Aina supaya Aina menjadi lagi marah. Tapi disebabkan Aiman tidak sampai hati maka dia menukar pertaruhan itu dengan duduk di tempat Aina. Kerana dia tahu yang Aina paling tidak suka kalau lelaki duduk di tempatnya. Lagi-lagi kalau lelaki itu adalah Aiman. Setelah Aina, Aimi, Farah pulang dari tandas, Aina mula bengang apabila masuk-masuk pintu kelas mendapati Aiman duduk di tempatnya. Aina pun bergegas ke tempat duduknya. Belum sempat dia nak marah, Aiman dengan sendirinya bangun dan bergegas ke tempat duduknya sambil tergelak-gelak menahan ketakutan. 

Irfan   : Eh Aiman! cakap berani sangat?? Mana kau punya berani tu ha? belagak je lebih.. Hahaha 
Aiman: Eh kau gila ke apa? kau tak nampak muka dia yang macam singa tu? hahaha selamat aku sempat bangun sebelum dia marah. Aku sendiri pun takut tengok muka dia yang garang tu hahaha
Aidil  : Eleh.. Aiman kau takut cakap takut tak payah cover-cover bagai la hahaha tapi apa-apa pun kau win!! kau berjaya buat dia marah dekat kau hahaha patutnya lagi happening kalau kau duduk je situ bia dia marah baru best weh.. Ni sebelum dia marah kau dah lari apa laa haha
Aiman: hahaha tak berani aku weh.. Tengok muka dia je pun aku da gerun. ni kan nak tunggu dia bukak mulut nak marah aku lagi la aku tak berani baik aku cabut hahahaha

Terdengar akan perbualan tadi Aina ketawa dengan sendirinya dan berkata di dalam hati *takut jugak budak ni dengan aku rupanya. Ingatkan berani la sangat hahaha* Tanpa di sedari Aimi menyingul lengan Aina. "Eh Aina kau dah kenapa gelak sorang-sorang?" Tanya Aimi kepada Aina. "Haha tak ada apa aku kelakar tengok Aiman tu. Tak tahu pun yang dia tu penakut jugak orangnya. Aku belum sempat bukak mulut da cabut" Balas Aina. "Hahaha aku rasa bukan Aiman jela yang takut. Budak lelaki kelas kita semua takut dengan kau. Dia orang cakap kau memang garang kalau marah. tu yang tak ada siapa berani buat kau marah. Tapi aku pelik dengan Aiman sebab dia berani buat kau marah" Kata Aimi kepada Aina dengan nada hairan. "hahaha entah la Aimi, aku pun tak paham dengan dia tu. Dah kenapa tah tiba-tiba nak duduk tempat aku bagai. Pelik gila. Tempat sendiri ada duduk jela situ sibuk nak duduk tempat orang" Balas Aina. "Hahaha kau pelik aku lagi pelik hahaha" Jawab Aimi kepada kawannya.










No comments:

Post a Comment