Saturday, 7 February 2015

Bab 4: Peperiksaan

*Dalam dewan exam*

Aina yang sedang sibuk menulis nama di kertas Prinsip Perakaunan iaitu kertas terakhir untuk SPM, tidak menyedari bahawa nombor angka gilirannya adalah bersebelah dengan Aiman manakala depan Aiman adalah Azhar dan belakangnya adalah Irfan. Aina punya terkejut macam nampak hantu kerana dia tidak menyangka bahawa pada last paper SPM dia ditempatkan bersebelahan dengan bekas teman lelakinya. Tapi dek kerana malas nak berfikir banyak Aina terus menumpukan perhatiannya untuk menjawab paper last SPM tersebut.

*Ok masa di peruntukan untuk kamu menjawab kertas prinsip perakaunan ialah 2 jam setengah dan anda boleh mula menjawab* Taklimat daripada ketua pengawas yang bertugas untuk memberikan taklimat tentang kertas tersebut. Selepas tamat 2 jam setengah

*Ok, masa menjawab telah pun tamat. Anda semua di kehendaki berhenti menjawab dan letakkan pen anda. Sila pastikan nombor angka giliran telah pun ditulis. Pengawas akan mula mengutip kertas jawapan* Dewan peperiksaan mulai riuh oleh kerana SPM telah pun tamat. Aina yang masih kaku dan diam membisu ditempatnya itu terdengar akan perbualan antara Aiman dan Azhar. "Eh Aiman, apa lagi exam dah habis. Cakap lepas SPM nak getback? haha" Tanya Azhar kepada Aiman sambil memandang kepada Aina. "Asal aku pulak?? Siapa yang cakap nak getback balik? Aku tunggu je ni ha kalau berani la hahaha" Balas Aiman sambil menunding jari ke arah Aina. "Eh Aina, exam dah habis ni..So apa tunggu lagi? cakap lepas SPM nak getback balik?" Tanya Azhar kepada Aina. "Eh asal aku pulak? lagi pun dia dah ada yang lain kenapa aku nak getback balik" Jawab Aina dengan slumber sambil bangun menolak kerusi dan terus keluar dewan.

Di luar dewan Aina, Aimi, Farah dan yang lain-lain masing-masing sedang sibuk berbincang tentang kertas yang baru mereka jawab sebentar tadi. Sedang khusyuk mereka berbincang Aimi menegur "Eh Aina, kau tau tak dari tadi aku perasan yang Aiman tu asek pandang kau je dari tadi. Dah kenapa weh? Macam ada benda dia nak tanya kau je?"
"Haa? oh ye ke? bia jela dia tu. Tak ada pape kot dia saja pandang. Dia kan tak betul sikit. hahaha" Jawab Aina dengan slumber dan terus berjalan untuk pulang.

Aiman dan rakan-rakan yang lain pun meneruskan langkah untuk pulang sambil membaling-baling tepung yang dibawa rakan-rakan yang lain tanda meraikan kemenangan di hari last paper SPM mereka.

No comments:

Post a Comment