Selepas daripada mereka
keluar bersama tempoh hari, Aina dan Aiman menjadi semakin rapat. Mereka pun
tidak menyangka hubungan mereka serapat itu sedangkan Aina tahu yang Aiman
sudah bercouple tetapi Aina tidak tahu kenapa dengan Aiman dia merasakan
seperti ada suatu perasaan yang aneh muncul seperti rasa sayang dan senang bila
bersama dengan Aiman. Tetapi Aina cuma mengangap itu hanya lah mainan perasaan
dan tidak sepatutnya di ambil berat. Aina tetap berhubungan dengan Aiman
seperti selalu. Dan kali ini dia mengemukakan niat nya untuk belajar kereta.
Dan Aiman dengan suka rela menawarkan dirinya untuk mengajar Aina memandu. Ini
membuatkan Aina semakin suka dan senang dengan Aiman kerana apa yang dia inginkan
Aiman akan cuba sedaya upaya untuk membantu.
Selang dua minggu cuti
semester 1 telah pun bermula. Aina mula menuntut janji yang telah Aiman beri
kepadanya untuk mengajarnya memandu pada cuti semester. Aiman yang juga sedang
cuti semester 1 di kolejnya iaitu Politeknik Johor Pasir Gudang yang mengambil
jurusan Engeenering electrical control pun bersetuju untuk mengajar Aina
memandu. Bagi Aiman ini adalah sekadar basic bagi Aina bagaimana cara memandu
kereta supaya senang baginya untuk mengambil lessen kelak.
Aina belajar kereta selama
seminggu bersama Aiman daripada yang basic kepada tahap yang sukar. Dan Aina
berasa sangat seronok kerana ada kawan yang selalu membantunya. Bagi Aiman
pertolongannya itu apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan benda lain.
Lagi pula, Aiman senang membantu Aina yang lagi memerlukan pertolongan.
Teringat akan semua
jasa-jasa Aiman kepada Aina, dia mula memikirkan tentang hubungan Aiman dengan
Maria. Dia mulai risau jikalau disebabkannya nanti Aiman dan Maria berbalah. Lalu,
Aina pun mula menyakan soal itu kepada Aiman.
Aina : Aiman, Aku nak tanya sikit
boleh? Kau jangan marah tau!
Aiman:
Tanya la apa dia?
Aina : Kau dengan Maria apa cerita
eh? Senyap je. Korang ok?
Aiman: Oh
aku dengan dia ok je. Lagi pun kita orang dah break lah. Kau tak tahu ke?
Aina : Oh ye ke? Sorry aku tak
tahu pulak. Sebab tak ada siapa bagi tahu pun?
Aiman:
Hahaha dah kecoh la satu kelas hari tu kau je yang tak tahu. Maklum lah budak pandai.
Ulat buku mana nak ambil tahu hal macam ini.
Aina : Ishh kau ni.. Mana ada la
aku serious tak tahu apa-apa.
Sejak daripada perbualan
itu, Aina mulai bimbang kalau-kalau hubungan Aiman dan Maria berantakan akibat
dia rapat dengan Aiman. Dan selepas di tanya Aiman berkali-kali punca mereka
berpisah akhirnya Aina mulai lega. Dan ini membuatkan Aina semakin memberi
ruang buat hatinya untuk menerima Aiman semula dalam hidupnya. Manakala Aiman
pula seolah-olah member hint kepada Aina bahawa dia mulai jatuh hati kepada
Aina. Tetapi Aina seperti tidak mengerti.
Dari hari ke hari, sikap
Aiman kepada Aina mula berubah. Dia seolah-olah telah mengangap Aina itu adalah
miliknya. Dia memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada Aina serta
support semua keputusan yang Aina lakukan. Malah bukan itu saja, mereka juga
sering keluar bersama berdua apabila Aina dan Aiman free. Dan ini membuatkan
Aina tertanya-tanya mengapa Aiman berlainan sikap kepadanya tidak seperti dulu.
Kalau dulu mereka berdua sering bergaduh macam ada saja yang tak kena. Tetapi
lately ini Aiman seperti orang lain yang telah berubah sikap.
No comments:
Post a Comment