Setelah hampir 10 bulan Aina
dan Aiman sering berhubungan dan akhirnya Aiman menyatakan hasratnya untuk
menjadikan Aina sebagai teman wanitanya kembali. Aina yang juga pada awalnya
telah pun menyimpan perasaan kepada Aiman akhirnya bersetuju untuk bersama.
Mereka memulakan hubungan baru semasa Aina di semester 2 sebulan sebelum dia
final. Manakala Aiman juga di semester 2. Sepanjang Aina final exam, Aiman la
yang banyak memberi semangat dan dorongan untuknya menjawab final. Bukan itu
saja, Aiman juga menjaga Aina dengan baik dan sentiasa mengingatkan nya untuk
solat awal waktu, belajar dan makan ikut waktu. Aiman begitu menyayangi Aina.
Sehinggakan Aina terfikir untuk bertanyakan kepada Aiman apa yang membuatkannya
untuk menerimanya kembali sedangkan waktu sekolah dulu Aiman seorang yang nakal
dan sangat benci kepada Aina selepas Aina membuat keputusan untuk meninggalkan
Aiman untuk focus pada SPM.
Aina : Awak… Boleh tak kalau saya
nak tanya sikit?
Aiman:
Boleh.. Tanya la
Aina : Apa yang membuatkan awak
nak dekat saya balik eh?
Aiman: Emm
entah laa.. Saya pun tak tahu sebab perasaan tu datang dengan sendirinya. Saya
pun tak tahu nak cakap macam mana.
Aina : Emm ye ke tapi saya pelik
la sebab dulu dekat sekolah awak bukan main benci lagi dekat saya dan suka
kacau saya dalam kelas dan buat saya marah dekat awak. Tapi sekarang kita dah
couple dah pun.
Aiman:
Hehe oh pasal tu ke? Ok la saya mintak maaf sebab dulu nakal suka sakat dan
kacau awak dalam kelas. Ya, memang pada awal tahun masa tingkatan 5 tu saya
benci gila tengok muka awak. Dan rasa nak marah je bila jumpa awak. Sebab hati
saya sakit sangat bila awak buat keputusan untuk putus hanya disebabkan nak
focus SPM.. Sedangkan awak boleh bagi tahu supaya jangan ganggu awak buat
sementara waktu sehingga tamat SPM. Sebab tu saya geram dan saja sakat awak
untuk buat awak marah. Hehe maafkan saya.. Saya buat macam tu sebab saya suka
lihat awak marah. Awak Nampak comel sangat.
Aina : Hmm awak ni tak baik tau
buat macam tu.. Saya tahu la saya salah tapi jangan la buat macam tu dekat
saya. Kejam sangat tahu tak!! Saya rasa dulu macam nak jumpa awak depan-depan
dan tumbuk muka awak biar awak rasa apa yang saya rasa.
Aiman:
Ishhh garangnya.. Yela-yela saya mengaku saya salah maafkan saya k? Dah la tak
payah ungkit cerita yang dah lepas ok? Sekarang kita buka buku baru dan
teruskan hidup yang baru ok?
Aina : Hmm ok.. Tapi saya ada
benda lagi nak tanya dekat awak. Boleh?
Aiman: Haa
tanya la apa dia?
Aina : Hmm apa jadi ya antara awak
dengan Syarifah ex awak yang dulu? Sebab setahu saya awak tak akan couple balik
bila da putus. Tapi dengan saya awak terima saya balik. Dan apa jadi sebenarnya
antara awak dengan dia?
Aiman: Emm
pasal tu ke? Sebenarnya saya dengan dia just macam adik beradik angkat je tapi
sebab dia mengaku sukakan saya dan sayang saya sebab tu saya terima dia. Dan
kalau awak nak tahu saya terima dia hanya sebab kesian sebab dia sering
mendesak saya. Ya memang kalau boleh saya tak nak couple balik dengan EX saya
tapi awak ni lain daripada yang lain saya pun tak tahu nak cakap macam mana.
Aina : Lain daripada yang lain?
Maksud awak? Lain macam mana?
Aiman: Hmm
macam mana nak cakap eh? Senang cerita, awak ni memang lain la daripada ex saya
yang lain. Awak ni baik, setia, carring dan banyak lagi la saya pun tak tahu
nak describe macam mana lagi. Tapi bila dengan awak saya rasa lain dan tak
macam ex saya yang sebelum-sebelum ni. Lagi pula, kan awak da janji lepas SPM
nak getback balik. Tu yang saya tunggu awak.
Aina : Tunggu awak cakp?? Awak dah
pun couple dengan dua orang lepas saya. Tunggu apa macam tu?? Mula-mula dengan
Syarifah lepas tu dengan Maria. Hmm saya ni yela setia tunggu awak tahu.
Aiman: Hmm
kalau awak nak tahu saya dengan Syarifah tu tak ada rasa sayang pun. Just rasa
sayang sebagai abang dan adik. Dan saya dengan dia pun just nak balas dendam
dekat awak je dan buat awak cemburu tu je. Tapi lepas tu saya dapat tahu dia
curang tu yang saya minta putus. Dan maria pulak saya dengan dia tak ada
apa-apa pun. Kami cuma kawan rapat dan tak pernah lebih.
Aina : Hmm tipu la saya tak
percaya. Sebab Maria sendiri yang mengaku dulu dia couple dengan awak.
Aiman:
Hahaha ok macam ni, sebenarnya saya yang suruh maria cakap macam tu dan saya
yang suruh dia tanya awak soalan yang dia pernah tanya awak dulu sebab saya nak
tahu perasaan awak dekat saya macam mana. Dan awak ingat tak masa awak dengan
Maria mesej dan tiba-tiba dia hilang dan muncul lepas berapa jam dengan alasan
pergi basuh baju?
Aina : Haa.. Ingat.. So apa
kaitannya dengan masalah kita?
Aiman:
Hahahaha masa tu dia mesej saya dan cari saya untuk tanya macam mana sebab awak
cakap awak tak nak dekat saya sebab masa tu saya dengan Maria. Dan masa tu saya
dengan dia berbincang untuk kenakan awak.
Aina : Hmm awak niiii!!!!!! Jahat
laa… suka tau buat macam tu.. Saya mati-mati ingat awak dengan Maria memang ada
apa-apa tapi saya pelik bila dia tanya soalan macam tu rupanya ada udang
disebalik batu. Patutla pun.. Hmm jahat sangat la korang berdua ni!!
Aiman:
Hahaha saya mintak maaf.. Ni jela caranya untuk tahu hati awak macam mana dekat
saya. Dan terbukti awak masih tunggu saya dan buktinya sekarang kita dah pun
bersama kan? Hehe dah la jangan marah lagi.. Saya mintak maaf dan harap awak
lupakan apa yang jadi k?
Selepas daripada malam itu,
hubungan mereka pun kembali akrab seperti dulu. Mereka sering bertolak ansur
dan saling bantu-membantu, support antara satu sama lain di saat yang lain di
timpa masalah. Aina dan Aiman semakin sayang pada hubungan yang baru ini dan
mereka mula mengambil serious untuk membawa hubungan ini menjadi yang halal
pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment