Thursday, 12 February 2015

Penantian suatu Penyeksaan

Assalamualaikum...

Hari ni student degree UiTM bakal menghadapi hari yang paling mengerunkan.. Mereka akan menunggu sesuatu yang jauh lebih berharga daripada emas mahupun wang ringgit.. Bagi pelajar UiTM mereka akan faham apa yang di maksudkan dengan menunggu sesuatu yang jauh lebih berharga.. Semua yang di pelajari selama satu sem selama empat bulan setengah akan di buktikan pada hari ini sama ada cemerlang mahupun tidak..

Ini semua adalah bukti bagi diri sendiri tentang pencapaian selama belajar di UiTM.. Tetapi Bagi mereka di tahun akhir di semester akhir mereka lagi khuatir dan nervous kerana ini yang akan menentukan hidup mereka samada berjaya praktikal mahupun tidak.. Penat lelah kita menjadi pelajar di UiTM belajar siang malam dan berusaha keras untuk pastikan berjaya dan tidak sangkut semuanya akan di buktikan pada hari ini.. 

Pada mereka yang sudah mendapat result big congratulation for you guys.. Tahniah di atas pencapaian kalian.. Baik dan buruk itu adalah ketentuan Allah.. Ada hikmah di sebalik kejayaan dan kegagalan seseorang.. Maka bersangka baik di atas semuanya.. Dan ia juga melibatkan usaha seseorang.. Andai bagus keputusannya maka dia telah berusaha keras dan tekun dalam membuktikan hidupnya berjaya selama belaja di UiTM.. Malah Andai kata tidak berjaya banyakkan beristigfar dan renung-renungkan kembali kenapa keputusannya tidak memberangsangkan..

Pada mereka yang belum semak keputusan itu banyak-banyakkan bersabar.. InsyaAllah ade hikmah kenapa result lambat keluar.. Dan bersangka baik juga lah pada setiap yang terjadi.. Sebelum semak keputusan tu banyak-banyakkan selawat dan berdoa moga dipermudahkan segalanya.. Good luck guys siapa yang tak semak lagi tu.. InsyaAllah semuanya ok.. 



melepaskan tidak semudah melupakan

Assalamualaikum..

Kita boleh menipu semua orang dengan mengatakan kita "okay" padahal setiap malam kita akan menangis mengenang nasib hidup kita.. Mulut memang padai menipu tetapi hati? tak siapa yang tahu.. Memang susah bagi seseorang untuk move on dan melupakan kisah silam dalam hidup mereka, kisah lampau yang banyak menghancurkan hati dan menguris jiwa kita.. Tapi hidup mesti diteruskan.. Memang sakit bagi mereka yang pertama kali merasa ditinggalkan dan hatinya hancur berkecai setelah dikecewakan.. Ianya ibarat terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang sukar untuk dilupakan..

Memadam wajah-wajah dan watak-watak yang pernah hadir dalam hidup amatlah sukar bagi seseorang yang hatinya telah remuk di kecewakan oleh orang yang dicintainya.. Ianya seperti meninggalkan parut yang tidak akan pernah hilang walau dirawat.. Sama juga seperti apabila kita dikhianati oleh seseorang.. Memaafkan perbuatan seseorang memang mudah dan simple like ABC tetapi untuk mempercayai dan mendekati mereka seperti dulu adalah sesuatu yang sukar dan tak mungkin terjadi.. So, begitu juga dengan hati yang telah dikecewakan.. Untuk merawat memang mudah, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghiburkan hati yang lara tetapi untuk merawat luka dan parut yang tinggal tak kan pernah hilang.. Ianya akan kekal didalam hati..

Memang lumrah hidup manusia ini adalah makhluk yang lemah, sehingga membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.. Tetapi itu tidak mematahkan semangat bagi seseorang untuk move on.. Dengan sedikit usaha dan berlalunya masa kita masih boleh membina kekuatan hati malah jauh lebih kuat dari sebelumnya..Dengan syarat jangan pernah berputus asa!! keep moving.. Look forward.. Let the past being the past!! If you love something let it go.. If it comes back to you its yours forever..

Moving on is a hard thing to do, but it's almost always the best thing to do.. Perkara paling penting dalam hidup kita ialah kita perlu menerima kenyataan dan takdir bahawa perpisahan telah pun terjadi dan masing-masing sudah ada haluan hidup sendiri.. Memang mudah melafazkan "redha" dan sering kali juga kita ucapkan "aku redha andai ini yang terbaik untukku" tetapi pada hakikatnya hati sendiri yang tahu betapa sussahnya untuk kita redha.. Kadang kala perasaan yang tidak baik sering kali mengganggu perassan kita seperti berputus asa, kesedihan yang terlampau dan ianya sering menganggu perasaan kita untuk move on.. Bila perasaan ini muncul satu saja caranya iaitu beristigfar banyak-banyak agar perasaan sebegitu berlalu dari hati kita.. 

Saat jatuhnya seseorang memang memakan masa untuk bangkit dan bukan senang untuk pulih dalam masa yang terdekat.. Walau sepayah mana pun untuk kita bangun kembali jangan pernah menyerah kalah.. Jatuh dan bangun itu sebahagian dalam perjalanan hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.. Semua yang terjadi ada hikmah yang tersendiri..

Monday, 9 February 2015

Lemahnya imanku kerana CINTA

Ya Allah... Ya tuhanku..

Di saat ini, Pada ketika ini, aku duduk termenung... merenung kembali diri yang mungkin telah semakin jauh dariMu Ya Allah.. Merenung kembali atas kesilapan ku yang lalu... Yang hanya berharap pada CINTA manusia tanpa ku sedar ada CINTA yang lebih berkuasa dan melebihi segala-galanya...

Aku malu pada diriku sendiri yang hanya pandai merungut dan hanya pandai menyalahkan takdir tatkala ujianMu datang menjengah sedangkan selama ini aku sibuk mengatakan bahawa "AKU CINTA PADAMU" tetapi ianya bagai menanam tebu di tepi bibir..

Ya Allah... Baru sedikit Kau uji rasa CINTA ini, aku sudah pun terjelopok menangis, merintih dan mengadu kepadaMU dan ingin mengalah. Diriku terasa lemah... Sedangkan Engkau sentiasa di sisi dan Engkau lebih dekat dan mengenali diri ini daripada si dia.. Tetapi aku redha ya Allah kerana diantara Engaku dan dia, Engkau lah segalanya dan Engkaulah lebih berkuasa.. Ya Allah aku malu pada diriku sendiri.. Iman ku lemah hanya kerana CINTA sedangkan aku tahu Engkau lah pemilik segala rasa CINTA ini.. Ampunkan dosa ku Ya Allah...

Ya Allah ya Tuhanku....

Aku ini seorang yang pemungkir janji!! Seringkali aku ingin bertaubat dari dosa-dosa lampau... Namun seringkali juga aku leka dan lalai di buai bayangan dosa dan tunduk atas kehendak nafsu.. Air mata keinsafan yang dulunya sering membasahi pipi hambamu mengenangkan dosa-dosa yang lalu seakan-akan lenyap dari ingatan.. Ya Allah masih layakkah aku berada di sisi Mu sedangkan aku selalu alpa dan leka dari mengingatimu hanya kerana CINTA??

Allahu ya Rabbi...

Hamba jenis apakah aku ini?? Terkadang melakukan maksiat, melihat maksiat lalu mulut terkunci bagai ada emas, tangan terhenti, hanya hati yang menangis mengenangkan dosa yang telah aku lakukan.. Melihat kekerdilan diri.. Melihat lemahnya imanku.. Tiada siapa yang tahu melainkanMu.. Allah... Hinanya aku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini...

SUBAHANALLAH....

Ya Muhaimin... Aku sedar, Aku pasrah.. Kerana di setiap ujian yang melanda, sudah Engkau ukur tahap kemampuanku.. Aku yakin dengan setiap ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Malah aku lebih yakin di setiap ujian itu tiada yang lebih berat dari kemampuan seseorang hamba.. Sudah Engkau janjikan hikmah yang terselindung di sebalik setiap kejadian, cuma kadangkala aku merungut tanpa menyedari air mata yang hadir adalah membasahkan hatiku yang lagi penuh dengan dosa.. Dan kadangkala ya Allah.. Aku juga terlupa bahawa selepas hujan lebat pasti akan ada pelangi yang indah lagi menanti..

Ya  Allah.. dengarlah rintihan hambamu ini.. Hamba yang lagi lemah imannya hanya kerana hilangnya CINTA pada manusia.. Cekalkanlah hatiku secekal Sumayyah, sucikan lah diriku secuci Maryam.. Kerana ya Allah... Aku gentar andai CINTAMU hilang.. Kerana aku terlalu MENCINTAIMU....

Bab 15: Suratan ataupun kebetulan


Usaha dan pengorbanan Aina selama 3 tahun menunggu Aiman membuahkan hasil. Aiman kembali mencari Aina dan meminangnya seperti yang telah mereka janjikan pada suatu masa dahulu. Mereka berdua seperti tidak percaya akan apa yang jadi di antara mereka. Dua kali berpisah akhirnya di satukan di suatu majlis akad nikah. Hanya sekali lafaz akhirnya Nur Aina Syafina sah menjadi isteri kepada Muhammad fadhlul Aiman.

Mereka bersanding bertemakan garden iaitu cita-cita Aina pada waktu kecil dan dijadikan impian oleh suaminya. Rakan-rakan mereka seperti tidak percaya akan hubungan yang unik diantara Aiman dan Aina. Walaupun telah berpiasah 2 kali tetapi akhirnya di satukan kembali menjadi suami isteri. Aiman dan Aina bagai pinang di belah dua. Mereka sangat serasi dan sangat padan menjadi suami isteri.

Inilah yang dikatakan suratan takdir. Walaupun banyak dugaan di antara mereka tetapi akhirnya mereka di ijab qabul dan sah menjadi suami isteri. Semuanya adalah perancangan daripada Allah dan berkat usaha Aina berdoa siang malam meminta petunjuk daripada Allah akhirnya ianya menjadi kenyataan. Kehidupan Aina dan Aiman lebih bahagia selepas berkahwin dan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Mereka di kurniakan 5 orang anak. 3 lelaki 2 perempuan.




Bab 14: Rapuh


Di sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hubungan Aina dan Aiman mulai rapuh. Aiman dan Aina sering bergaduh dan salah faham berkaitan masalah yang kecil. Aiman seperti tidak dapat mengawal emosinya terhadap Aina. Lalu dia meminta putus. Hubungan mereka putus di tengah jalan buat kali ke dua. Aina kecewa dengan sikap Aiman yang terburu-buru untuk menamatkan hubungan ini. Dia seolah-olah tidak menyangka bahawa hubungannya dengan Aiman hanya setakat itu. Setelah berbagai-bagai dugaan yang mereka tempuh bersama ianya adalah sia-sia.

Hal ini membuatkan Aina redha dengan ketentuan Ilahi. Aina yakin semua yang jadi ada hikmah disebaliknya. Aina hanya berdoa andai ini adalah ujian buat mereka berdua dia ikhlas, dan andai benar Aiman adalah jodohnya, pertemukan mereka pada masa akan datang.

Aiman yang kini telah pun mempunyai penganti Aina sedikit pun tidak mematahkan semangat Aina untuk terus setia menunggunya. Walaupun sakit untuk menanggung semua penderitaan ini tetapi Aina hanya bergantung dan mengadu semuanya  kepada Allah agar memberinya petunjuk di dalam setiap pekara. Aina juga tidak putus-putus solat istikarah memohon petunjuk daripada Allah tentang masalahnya.


Selepas 3 tahun, Aiman dan Aina masing-masing punyai kehidupan dan kerjaya mereka tersendiri. Aiman yang kini telah pun berjaya menjadi manager Oil and Gas di samping menjadi model sambilan membantu rakannya, manakala Aina pula telah pun Berjaya menjadi Penolong pengarah kewangan di syarikat Petronas.  Kehidupan mereka berdua telah berubah sama sekali. Aiman yang dulunya bahagia bersama pilihan hatinya iaitu Amelia kini telah pun kembali single. Aina pula masih tetap setia menunggu Aiman walaupun ramai yang cuba memikat dan ingin meminangnya tetapi ditolak mentah-mentah. Aina tidak putus-putus memohon kepada Allah memberinya petunjuk adakah benar Aiman itu adalah pilihan yang terbaik buatnya.

Bab 13: Sambung belajar


Setelah tamat pengajiannya di Matrikulasi Banting, Aina di terima masuk untuk menyambung pengajiannya di UiTM Shah Alam dalam bidang Kewangan. Aina berasa sangat gembira kerana diterima masuk UiTM untuk meneruskan pengajiannya. Kerana memang dari dulu lagi cita-citanya untuk masuk UiTM Shah Alam untuk sambung sarjana muda di sana.

Aiman pula di semester 3 pada masa itu. Dan ini tidak merubah apa-apa diantara mereka. Mereka kerap juga berjumpa apabila mereka pulang ke rumah. Dan bukan itu saja, Aiman juga kerap datang ke sana untuk berjuma dan melepaskan rindu pada Aina. Setiap kali Aina bakal menduduki exam final, Aiman yang sering memberi support dan sanggup datang Shah Alam semata-mata untuk meneman Aina study. Ini telah membuktikan kepada yang lain, walaupun mereka saling berpasangan tetapi mereka tidak lupa pada pelajaran. Dan buktinya Aina dan Aiman Dean List setiap semester.

Sedar tak sedar telah 2 tahun setengah Aina dan Aiman menjalinkan hubungan ini. Dan hampir semua rakan di sekolah dulu telah pun mengetahui tentang hubungan ini. Dan bukan itu sahaja, guru-guru yang juga mengenali mereka turut mengetahui tentang hal ini. Pada awalnya, Aiman dan Aina bercadang untuk menjalinkan hubungan secara senyap tanpa memberi tahu pada yang lain. Tetapi ianya hanya bertahan selama 5 bulan saja kerana Aiman inginkan semua orang tahu akan hubungan ini dan tidak mahu ada yang mengangu Aina. Perihal ini sampai ke telinga Fatimah iaitu adiknya dan dia berasa gembira sekali mendengar abangnya telah kembali semula dengan Aina. Kerana Fatimah sangat suka akan Aina dan dia telah mengangap Aina itu sebagai kakaknya sendiri.

Aiman dan Aina dianggap seperti belangkas oleh rakan-rakannya. Kerana kemana saja mereka pergi Aina dan Aiman pasti berdua. Aiman dan Aina juga sering mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh rakan kelas mereka yang dulu. Mereka sering keluar bersama, beraya bersama, berbuka puasa bersama. Dan disebabkan itu mereka di gelar belangkas. Hubungan mereka sudah semestinya ramai yang cemburu dan tidak dinafikan Aiman dan Aina sering bergaduh akibat salah faham. Tetapi Aina dan Aiman ada cara mereka sendiri untuk memastikan hubungan mereka terus kekal. Sikap toleransi dan jujur dalam hubungan adalah kunci kebahagiaan hubungan mereka selama ini. Aiman dan Aina sangat menyayangi antara satu sama lain. Dan bukan itu saja, Keluarga Aina dan Aiman juga saling mengenali antara satu sama lain. Parents Aina sangat menyayangi Aiman dan telah menganggap Aiman sebagai menantu di dalam keluarganya dan begitu juga sebaliknya.


Bab 12: Propose


Setelah hampir 10 bulan Aina dan Aiman sering berhubungan dan akhirnya Aiman menyatakan hasratnya untuk menjadikan Aina sebagai teman wanitanya kembali. Aina yang juga pada awalnya telah pun menyimpan perasaan kepada Aiman akhirnya bersetuju untuk bersama. Mereka memulakan hubungan baru semasa Aina di semester 2 sebulan sebelum dia final. Manakala Aiman juga di semester 2. Sepanjang Aina final exam, Aiman la yang banyak memberi semangat dan dorongan untuknya menjawab final. Bukan itu saja, Aiman juga menjaga Aina dengan baik dan sentiasa mengingatkan nya untuk solat awal waktu, belajar dan makan ikut waktu. Aiman begitu menyayangi Aina. Sehinggakan Aina terfikir untuk bertanyakan kepada Aiman apa yang membuatkannya untuk menerimanya kembali sedangkan waktu sekolah dulu Aiman seorang yang nakal dan sangat benci kepada Aina selepas Aina membuat keputusan untuk meninggalkan Aiman untuk focus pada SPM.

Aina   : Awak… Boleh tak kalau saya nak tanya sikit?
Aiman: Boleh.. Tanya la
Aina   : Apa yang membuatkan awak nak dekat saya balik eh?
Aiman: Emm entah laa.. Saya pun tak tahu sebab perasaan tu datang dengan sendirinya. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana.
Aina   : Emm ye ke tapi saya pelik la sebab dulu dekat sekolah awak bukan main benci lagi dekat saya dan suka kacau saya dalam kelas dan buat saya marah dekat awak. Tapi sekarang kita dah couple dah pun.
Aiman: Hehe oh pasal tu ke? Ok la saya mintak maaf sebab dulu nakal suka sakat dan kacau awak dalam kelas. Ya, memang pada awal tahun masa tingkatan 5 tu saya benci gila tengok muka awak. Dan rasa nak marah je bila jumpa awak. Sebab hati saya sakit sangat bila awak buat keputusan untuk putus hanya disebabkan nak focus SPM.. Sedangkan awak boleh bagi tahu supaya jangan ganggu awak buat sementara waktu sehingga tamat SPM. Sebab tu saya geram dan saja sakat awak untuk buat awak marah. Hehe maafkan saya.. Saya buat macam tu sebab saya suka lihat awak marah. Awak Nampak comel sangat.
Aina  : Hmm awak ni tak baik tau buat macam tu.. Saya tahu la saya salah tapi jangan la buat macam tu dekat saya. Kejam sangat tahu tak!! Saya rasa dulu macam nak jumpa awak depan-depan dan tumbuk muka awak biar awak rasa apa yang saya rasa.
Aiman: Ishhh garangnya.. Yela-yela saya mengaku saya salah maafkan saya k? Dah la tak payah ungkit cerita yang dah lepas ok? Sekarang kita buka buku baru dan teruskan hidup yang baru ok?
Aina   : Hmm ok.. Tapi saya ada benda lagi nak tanya dekat awak. Boleh?
Aiman: Haa tanya la apa dia?
Aina  : Hmm apa jadi ya antara awak dengan Syarifah ex awak yang dulu? Sebab setahu saya awak tak akan couple balik bila da putus. Tapi dengan saya awak terima saya balik. Dan apa jadi sebenarnya antara awak dengan dia?
Aiman: Emm pasal tu ke? Sebenarnya saya dengan dia just macam adik beradik angkat je tapi sebab dia mengaku sukakan saya dan sayang saya sebab tu saya terima dia. Dan kalau awak nak tahu saya terima dia hanya sebab kesian sebab dia sering mendesak saya. Ya memang kalau boleh saya tak nak couple balik dengan EX saya tapi awak ni lain daripada yang lain saya pun tak tahu nak cakap macam mana.
Aina   : Lain daripada yang lain? Maksud awak? Lain macam mana?
Aiman: Hmm macam mana nak cakap eh? Senang cerita, awak ni memang lain la daripada ex saya yang lain. Awak ni baik, setia, carring dan banyak lagi la saya pun tak tahu nak describe macam mana lagi. Tapi bila dengan awak saya rasa lain dan tak macam ex saya yang sebelum-sebelum ni. Lagi pula, kan awak da janji lepas SPM nak getback balik. Tu yang saya tunggu awak.
Aina   : Tunggu awak cakp?? Awak dah pun couple dengan dua orang lepas saya. Tunggu apa macam tu?? Mula-mula dengan Syarifah lepas tu dengan Maria. Hmm saya ni yela setia tunggu awak tahu.
Aiman: Hmm kalau awak nak tahu saya dengan Syarifah tu tak ada rasa sayang pun. Just rasa sayang sebagai abang dan adik. Dan saya dengan dia pun just nak balas dendam dekat awak je dan buat awak cemburu tu je. Tapi lepas tu saya dapat tahu dia curang tu yang saya minta putus. Dan maria pulak saya dengan dia tak ada apa-apa pun. Kami cuma kawan rapat dan tak pernah lebih.
Aina   : Hmm tipu la saya tak percaya. Sebab Maria sendiri yang mengaku dulu dia couple dengan awak.
Aiman: Hahaha ok macam ni, sebenarnya saya yang suruh maria cakap macam tu dan saya yang suruh dia tanya awak soalan yang dia pernah tanya awak dulu sebab saya nak tahu perasaan awak dekat saya macam mana. Dan awak ingat tak masa awak dengan Maria mesej dan tiba-tiba dia hilang dan muncul lepas berapa jam dengan alasan pergi basuh baju?
Aina   : Haa.. Ingat.. So apa kaitannya dengan masalah kita?
Aiman: Hahahaha masa tu dia mesej saya dan cari saya untuk tanya macam mana sebab awak cakap awak tak nak dekat saya sebab masa tu saya dengan Maria. Dan masa tu saya dengan dia berbincang untuk kenakan awak.
Aina  : Hmm awak niiii!!!!!! Jahat laa… suka tau buat macam tu.. Saya mati-mati ingat awak dengan Maria memang ada apa-apa tapi saya pelik bila dia tanya soalan macam tu rupanya ada udang disebalik batu. Patutla pun.. Hmm jahat sangat la korang berdua ni!!
Aiman: Hahaha saya mintak maaf.. Ni jela caranya untuk tahu hati awak macam mana dekat saya. Dan terbukti awak masih tunggu saya dan buktinya sekarang kita dah pun bersama kan? Hehe dah la jangan marah lagi.. Saya mintak maaf dan harap awak lupakan apa yang jadi k?

Selepas daripada malam itu, hubungan mereka pun kembali akrab seperti dulu. Mereka sering bertolak ansur dan saling bantu-membantu, support antara satu sama lain di saat yang lain di timpa masalah. Aina dan Aiman semakin sayang pada hubungan yang baru ini dan mereka mula mengambil serious untuk membawa hubungan ini menjadi yang halal pada masa akan datang.


Bab 11: Belajar kereta


Selepas daripada mereka keluar bersama tempoh hari, Aina dan Aiman menjadi semakin rapat. Mereka pun tidak menyangka hubungan mereka serapat itu sedangkan Aina tahu yang Aiman sudah bercouple tetapi Aina tidak tahu kenapa dengan Aiman dia merasakan seperti ada suatu perasaan yang aneh muncul seperti rasa sayang dan senang bila bersama dengan Aiman. Tetapi Aina cuma mengangap itu hanya lah mainan perasaan dan tidak sepatutnya di ambil berat. Aina tetap berhubungan dengan Aiman seperti selalu. Dan kali ini dia mengemukakan niat nya untuk belajar kereta. Dan Aiman dengan suka rela menawarkan dirinya untuk mengajar Aina memandu. Ini membuatkan Aina semakin suka dan senang dengan Aiman kerana apa yang dia inginkan Aiman akan cuba sedaya upaya untuk membantu.

Selang dua minggu cuti semester 1 telah pun bermula. Aina mula menuntut janji yang telah Aiman beri kepadanya untuk mengajarnya memandu pada cuti semester. Aiman yang juga sedang cuti semester 1 di kolejnya iaitu Politeknik Johor Pasir Gudang yang mengambil jurusan Engeenering electrical control pun bersetuju untuk mengajar Aina memandu. Bagi Aiman ini adalah sekadar basic bagi Aina bagaimana cara memandu kereta supaya senang baginya untuk mengambil lessen kelak.

Aina belajar kereta selama seminggu bersama Aiman daripada yang basic kepada tahap yang sukar. Dan Aina berasa sangat seronok kerana ada kawan yang selalu membantunya. Bagi Aiman pertolongannya itu apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan benda lain. Lagi pula, Aiman senang membantu Aina yang lagi memerlukan pertolongan.
Teringat akan semua jasa-jasa Aiman kepada Aina, dia mula memikirkan tentang hubungan Aiman dengan Maria. Dia mulai risau jikalau disebabkannya nanti Aiman dan Maria berbalah. Lalu, Aina pun mula menyakan soal itu kepada Aiman.

Aina   : Aiman, Aku nak tanya sikit boleh? Kau jangan marah tau!
Aiman: Tanya la apa dia?
Aina   : Kau dengan Maria apa cerita eh? Senyap je. Korang ok?
Aiman: Oh aku dengan dia ok je. Lagi pun kita orang dah break lah. Kau tak tahu ke?
Aina   : Oh ye ke? Sorry aku tak tahu pulak. Sebab tak ada siapa bagi tahu pun?
Aiman: Hahaha dah kecoh la satu kelas hari tu kau je yang tak tahu. Maklum lah budak pandai. Ulat buku mana nak ambil tahu hal macam ini.
Aina   : Ishh kau ni.. Mana ada la aku serious tak tahu apa-apa.

Sejak daripada perbualan itu, Aina mulai bimbang kalau-kalau hubungan Aiman dan Maria berantakan akibat dia rapat dengan Aiman. Dan selepas di tanya Aiman berkali-kali punca mereka berpisah akhirnya Aina mulai lega. Dan ini membuatkan Aina semakin memberi ruang buat hatinya untuk menerima Aiman semula dalam hidupnya. Manakala Aiman pula seolah-olah member hint kepada Aina bahawa dia mulai jatuh hati kepada Aina. Tetapi Aina seperti tidak mengerti.

Dari hari ke hari, sikap Aiman kepada Aina mula berubah. Dia seolah-olah telah mengangap Aina itu adalah miliknya. Dia memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada Aina serta support semua keputusan yang Aina lakukan. Malah bukan itu saja, mereka juga sering keluar bersama berdua apabila Aina dan Aiman free. Dan ini membuatkan Aina tertanya-tanya mengapa Aiman berlainan sikap kepadanya tidak seperti dulu. Kalau dulu mereka berdua sering bergaduh macam ada saja yang tak kena. Tetapi lately ini Aiman seperti orang lain yang telah berubah sikap. 

Bab 10: Hangout


Hari ini pelajar Matrik mulai cuti pertengahan semseter. Aina telah pun ada perancangannya yang tersendiri apa yang nak dibuat untuk cuti seminggu ini. Sesampai saja di rumah Aina menelefon kawan baiknya dari darjah 6 yang merupakan jiran tamannya untuk mengajaknya keluar memandangkan mereka sama matrik dan cuti yang sama.

Aina: Assalamualaikum Najwa! Nak tanya ni kau ada pergi mana-mana tak cuti pertengahan semester ni?
Najwa: Waalaikumusalam. Oh aku ada planning nak keluar dengan Hazman dan syira dan pakwe dia syed. Kau nak join tak?
Aina: Oh ye ke. Boleh jugak lagipun aku tak ada buat apa-apa dekat rumah ni hehe
Najwa: Ok set. Masa dan tarikh nanti aku mesej kau balik boleh?
Aina: Ok boleh je, tapi korang nak pergi mana?
Najwa: Hahaha aku plan nak pergi Zoo Negara saja-saja je. Kau rasa?
Aina: Oh aku ok je tak kesah mana-mana boleh. Tapi boleh tak kalau aku bawa someone?
Najwa: Boleh je tapi kau nak bawa siapa? Pakwe ke?
Aina: Eh! tak la kawan je. Aku bawak Aiman boleh?
Najwa: Aiman??? Kau dengan dia balik ke? Tak cerita pun dekat aku???? Sampai hati kau!!
Aina: Eh tak la kita orang kawan je. Nanti aku cerita k? Eh k la aku ada kerja sikit nanti aku mesej k. take care. Assalamualaikum
Najwa: Ok ok. Waalaikumusalam.

Aina pun dengan sepantas kilat mencapai telefonnya untuk mesej Aiman menanyakan tentang hal itu samada dia bersetuju untuk mengikutnya atau pun tidak.

Aina    : Aiman, aku nak tanya ni. Kau nak ikut aku tak pergi Zoo Negara nanti?
Aiman: Haa?? Zoo negara? Hahaha macam budak tadika la kau ni haha. Tak ada tempat lain ke nak bawak aku?
Aina  : Eh bukan aku la. Najwa yang ajak. Aku ikut je. Tu ingat nak ajak kau sekali teman aku sebabnya Najwa bawak pakwe dia Hazman, dan ada lagi sorang budak sekolah kita Syira dengan pakwe dia jugak Syed. Tu aku ajak kau nak suruh teman kalau tak aku jadi macam tunggul pulak sebab dorang dating nanti aku sorang-sorang. Kau nak ikut tak?
Aiman: Oh time-time macam ni la baru nak ingat aku kan?? Bila nak pergi?
Aina   : Hehe alaaa bukan selalu pun sekali sekala je hahaha. Hmm pasal tu aku pun tak sure lagi sebab Najwa cakap nanti dia bagi tahu balik masa dengan tarikh ok?
Aiman: Ok apa-apa update aku sebab aku takut nanti tiba-tiba ada hal ke apa susah pula. Kesian kau nanti jadi tunggul kat situ boleh kawan dengan binatang dekat sana kalau bosan hahaha
Aina    : Jahat la kau ni suka kenakan aku tau!! Erghh!! Ok nanti aku bagi tahu kau balik.
Aiman: Hahaha bukan selalu sakat kau ni hahaha

Keesokkannya Najwa menelefon Aina untuk memberitahu tarikh dan masa untuk ke Zoo negara.

Najwa: Aina, eh kita orang plan nak pergi esok la pukul 10 macam tu. Kau free tak? Aiman?
Aina  : Oh aku ok je boleh tak ada hal. Aiman aku tak sure nanti aku tanya dia balik k. Apa-apa aku inform dekat kau. Oh ye btw kita pergi naik apa ni?
Najwa: Oh pasal tu kau tak perlu risau sebab kita orang bawa 2 kereta. Hazman 1 kereta, Syed 1 kereta. So sok kau naik dengan aku la. Aiman nanti aku cakap dengan Syira suruh Syed jemput dia dekat rumah sebab Syed tahu rumah dia kan?
Aina   : Oh ok ok boleh juga.. Haah tak silap aku dia tahu sebab dia orang kan dah lama kawan. So esok pukul 10 la kan?
Najwa: Haah esok pukul 10 Hazman jemput kita. Oh ye nanti kau bagi tahu Aiman sekali pasal ni k yang Syira dengan Syed jemput dia dekat rumah. Then nanti kita tunggu dia orang jela k.
Aina   : Ok beres. Jumpa esok!

Keesokkannya mereka semua bergerak ke Zoo Negara. Aina terlalu excited untuk keluar dengan kawan-kawannya memandangkan mereka telah lama tidak keluar bersama. Dan di sana mereka bergerak dalam kumpulan dan tidak berpecah walaupun mereka datang bersama. Mereka berjalan-jalan dan bergambar bersama. Dan ini membuatkan persaan Aina menjadi tidak keruan. Dia seperti telah jatuh hati kepada Aiman tetapi dia mengetepikan perasaan itu dan berlagak seperti tidak ada apa yang jadi. Selepas bersiar-siar di Zoo Negara, Mereka berenam mencari kedai makan yang berhampiran dengan Zoo Negara. Dan mereka memilih untuk ke KFC. 

Aina dan Aiman seperti biasa tidak sudah-sudah dengan pergaduhan mereka dan ini membuatkan yang lain turut persaan jikalau mereka ni ada hubungan yang special ataupun tidak. Setelah kenyang makan, mereka pergi solat dan terus ke Mid Valley pula untuk menghabiskan Voucher buku di MPH yang baru mereka dapat. Di sana mereka semua berpecah dalam pasangan. Aiman dan Aina terpinga-pinga. Mereka pun berpecah mencari barangan mereka sendiri. Dan Akhirnya mereka bertemu di tempat yang sama iaitu sudut novel. Dan di situ Aina dan Aiman tetap bergaduh dan menyalahkan diri masing-masing kerana sibuk mengikut kemana saja pergi.

Sesampai saja di rumah Aina terus baring di atas katilnya yang empuk dan tanpa disedari dia telah pun terlena akibat kepenatan seharian suntuk keluar berjalan. Aina dikejutkan emaknya untuk bangun mandi dan solat. Setelah selesai semua itu, Aina yang lagi sedang baring di atas katilnya mencapai telefon untuk mesej Aiman mengucapkan terima kasih menemannya pada hari ini walaupun pada dasarnya dia geram dengan sikap Aiman yang seharian suntuk asyik mencari gaduh dengannya tetapi dalam masa yang sama dia berfikir kalau Aiman tak teman dia hari ini mesti dia akan rasa awkward sangat bila keluar dengan orang yang bercouple ni.


Sunday, 8 February 2015

Bab 9: Nervous


Sedar tak sedar sudah sebulan lebih Aina belajar di Matrikulasi Banting Selangor. Dan baginya life di sana tidak lah seteruk yang di sangka. Malahan rakan-rakan sekelas dan housematenya juga baik-baik belaka. Aina senang berada di sana. Tambahan pula Aina ada rakan sekelas dengannya semasa di tingkatan 5 iaitu Syazana dan juga Asyikin. Aina juga tidak menyangka dia bakal sekelas dengan mereka berdua. Dan ini membuatkan Aina lagi semangat untuk meneruskan pelajaran di Matrik. Aina di tempatkan di kelas A1T5 iaitu Dewan kuliah 1 dan kelas tutorial 5. Seramai 25 orang pelajar kelasnya yang terdiri daripada 5 lelaki dan 20 perempuan. Kelas Aina juga terdapat 2 orang pelajar India dan ini tidak mematahkan semangatnya untuk belajar kerana mereka berdua juga sering bertanya dan berkongsi ilmu dengan Aina. 

Seperti biasa pada sebelah malam lepas pulang dari masjid, Aina akan duduk di meja belajar dan mengulang kaji pelajaran. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. "tweet" tweet". Aina yang sedang khusyuk belajar pun melihat siapa yang mesejnya malam-malam begini. Aina menjerit seperti tidak percaya Aiman mesej Aina setelah sekian lama tak berhubungan. Dan ini membuatkannya menjadi tidak tentu arah. Aiman mesej dan mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Aina menjadi sangat terharu dan pelik bagaimana Aiman tahu yang hari ini adalah hari jadinya sedangkan mereka sudah putus lebih kurang setahun lebih. Lalu Aina pun membalas dengan hati yang girang. 

Aina   : Wa'alaikumsalam, Terima kasih sebab wish! Btw mana kau tahu hari ini birthday aku?
Aiman: Hahaha aku tahu la lagipun budak kelas kita suruh aku wish dekat kau. Aku malas mulanya. Tapi dah dorang asek paksa je tu aku mesej. Haha
Aina  : Oh budak kelas kita suruh. Patut la pun sebab pelik takkan kau ingat birthday aku sebab kitakan dah lama break. Tambahan pula, kau dah pun ade awek mesti kau ingat birthday awek kau je kan? hehe
Aiman: Wahhh kau perli aku ke ni? Mesti la aku akan ingat birthday awek aku. Lagipun ni budak kelas yang suruh wish tu aku wish. Apa-apa pun Happy Birthday again.

Start dari malam itu Aiman dan Aina kerap berhubung dan boleh dikatakan hari-hari mereka akan mesej dan ianya sudah menjadi rutin mereka untuk terus berhubung. Selang seminggu, Maria mula contact Aina bertanyakan khabar dan berbual. Pada waktu itu Aina di beritahu oleh rakan sekelasnya semasa di tingkatan 5 bahawa Maria itu adalah teman wanita baru Aiman. Bagi Aina, tak pelik kalau mereka boleh bercouple sebabnya Maria dan Aiman memang rapat sejak dari Tingkatan 4 lagi dan mereka memang geng dari dulu lagi, So tidak mustahil jikalau mereka jatuh cinta. Tetapi apa jadi pada bekas teman wanita Aiman yang dulu semasa di sekolah? Soalnya di dalam hati. Semasa Aina dan Maria berhubung Aina menanyakan soalan yang bermain di kepalanya kepada Maria. 

Aina  : Maria, boleh aku tanya sikit? Kau dengan Aiman kan sekarang? Apa jadi dengan awek Aiman yang lama ye? 
Maria: Hahaha haah, aku dengan Aiman sekarang. Aku pun tak sangka aku akan couple dengan dia lagipun kita orang baru lagi. Pasal awek dia yang lama tu aku pun tak pasti sangat. Tapi dengar cerita awek dia curang dengan dia tu yang dia mintak putus dan couple dengan aku. 
Aina : Oh ye ke. Kesiannya dekat dia orang. Sebab tak tahan lama pun hubungannya. Sebab dulu dekat sekolah aku tengok selalu sangat date time rehat, time habis sekolah. Tahu- tahu dah break.
Maria: Hahaha Aku pun tak tahu nak kata apa la Aina. Sebab dari sekolah lagi budak kelas kita tak suka sangat perangai Syarifah tu. Sebab apa aku tak tahu.Last-last tengok dia sendiri yang curang dengan aiman. Tu yang Aiman mintak putus.
Aina: Oh ye ke, yang tu aku tak tahu la pulak sebab aku jenis tak amik kesah sangat pasal orang couple-couple ni. Lagi-lagi Aiman tu. Oh ye apa-apa pun tahniah la sebab kau dah dengan Aiman. Apa-apa pun jaga jelah dia baik-baik ok? hehe aku doakan yang terbaik untuk korang berdua tau!

*Selepas Aina berkata begitu, Maria terus tidak membalas dan senyap sepi. Selang sejam lebih Maria muncul dan mesej Aina semula.

Maria: Ainaaaaa! Sorry, tak balas tadi. Aku pergi basuh baju hehe maaf tau!
Aina : Oh ye ke? sokay la tak apa aku tak marah pun. Tapi kenapa kau basuh baju malam-malam buta ni? kau tak takut ke? hehe
Maria: Hahaha tak ada la, aku dah biasa basuh malam-malam. Lagipun aku memang selalu basuh baju malam-malam sebab sejuk sikit. Oh ye btw pasal tadi aku nak tanya sikit boleh?
Aina : Oh boleh. Tanya je la.
Maria: Kau suka Aiman lagi tak?
Aina : Haa? kenapa kau tanya macam tu pulak?
Maria: Eh tak ada apa-apa saja tanya. Kalau Aiman suka kau lagi macam mana? Kau terima dia balik tak?
Aina : Eh! Maria kau cakap apa ni? Kan kau dengan Aiman sekarang. Kenapa tanya aku soalan macam tu? Kan kau tengah bahagia dengan Aiman sepatutnya soalan tu tak keluar dari mulut kau. Sebab Aiman dah pun pilih kau bukan aku. Lagipun aku tak kisah siapa pun pilihan dia ok?
Maria: So kau dah tak ada apa-apa perassaan langsung la dekat Aiman? Kalau aku cakap dia suka kau lagi macam mana?
Aina  : Eh! Jangan mengarut la Maria. Tak mungkin dia sukakan aku lagi. Sebab dia dah pun ada kau. 
Maria: Hehe tapi kan kau pernah cakap dekat Aiman yang lepas SPM kau nak getback balik kan dengan dia?
Aina  : Haah.. Memang aku ada cakap tapi semua tu sia-sia sebab aku tunggu dia tapi dia dah couple dengan orang lain pun so apa guna aku tunggu dia lagi kan?
Maria: Kalau aku cakap dia tunggu kau balik sekarang ni macam mana?
Aina  : Eh tak mungkin la maria. Sebab dia dah ada kau sekarang dan tak mungkin dia nak balik dekat aku.
Maria: Hehe okay tak apa la kalau kau dah cakap macam tu. Sorry tau aku just tanya je tak ada maksud apa-apa pun hehe. Okay lah "got to go". "Talk to you later". Assalamualaikum.
Aina: Waalaikumusalam. 

Selepas kejadian itu, Aina terus-terusan memikirkan kenapa Maria berkata begitu kepadanya. Dan dia tak bertanyakan hal itu kepada Aiman. Aina layan Aiman seperti biasa tanpa bertanyakan sepatah tentang hal dia dengan Maria dan Aina berpura-pura macam tak ada apa-apa yang jadi. 

Bab 8: Confius

Hari ini shift Aina adalah sebelah pagi pukul 6.30am. Start dari masuk kerja sehingga ke tengah hari Aina seperti tidak ada semangat dan "moody". Dan ini membuatkan semua orang perasan akan sikapnya yang lain daripada yang biasa.

Boss: Aina, awak ok? kenapa saya tengok awak macam tak ceria dan macam bad mood je harini ye? Ada apa-apa masalah ke?
Aina: Eh, tak ada apa-apa la boss. Saya ok cuma saya keliru je sekarang ni.
Boss: Oh, awak keliru pasal apa? cuba cerita mana tahu saya boleh bantu ke?
Aina: Macam ni, saya ada dapat dua tawaran sambung belajar. satu dari UNISEL dan lagi satu Matrikulasi Banting Selangor. Dan sekarang ni saya keliru nak pilih yang mana. Kawan saya cakap Matrikulasi ni susah dan banyak cabarannya. Tu buat saya lagi takut dan keliru.
Boss: Laa pasal tu ke? Saya ingat awak ada masalah apa la tadi. Ok macam ni, semua tempat belajar susah. Dan semua tempat belajar ada cabaran yang tersendiri. Tapi kita sebagai student kena la berusaha dan tak ada yang mustahil kalau berusaha. Semua akan jadi senang. Mula-mula mesti lah kita akan rasa susah. Tapi yakin lah lama-lama bila dah biasa pasti jadi senang. 
Aina: Tu saya tahu boss, tapi saya tak tahu nak pilih yang mana sekarang ni. Saya buntu.
Boss: Aina da bincang dengan parents? dia orang mesti ada pilihan dia orang sendiri ke yang terbaik untuk Aina?
Aina: Dah saya dah bincang dengan mereka. Dan mereka nak saya masuk matrikulasi.
Boss: Haa, kalau macam tu Aina masuk la Matrikulasi macam yang parents Aina nak ok? Kejap Matrik ni dia fast track untuk masuk degree kan?
Aina: Haah, matrik ni setahun dan lepas habis belajar terus masuk degree. Dan tu yang buat saya lagi takut sebab kejap sangat belajarnya mesti susah.
Boss: Hahaha awak ni kelakar la Aina. Tak ada apa awak jangan risau saya yakin awak boleh buat. Lagipun awak kan pandai. Dan matrik ni lagi bagus saya rasa sebab dalam umur yang singkat awak dah boleh dapat masuk degree. Sedangkan dekat luar sana yang nak masuk degree punya la ramai tak dapat dan terpaksa mengangur. So jadikan ini adalah peluang dan rezeki awak ok Aina? Saya yakin awak boleh buat ok?
Aina: Hahaha boss ni cakap sama macam mama papa saya. Ok boss terima kasih atas nasihat boss, InsyaAllah nanti saya fikirkan balik.
Boss: Sama-sama Aina, nanti dah sambung belajar jangan lupa kami dekat sini ok?
Aina: Hehe tu dah semestinya saya tak akan lupa boss. 

Dan selepas itu, Aina pun menyambung kerjanya kembali dengan penuh semangat disebabkan nasihat yang telah diberikan oleh bossnya kepadanya sebentar tadi. Akhirnya Aina memilih untuk ke matrikulasi dan focus pada pelajarannya di sana. Dan baginya apa yang boss dan parentsnya cakap ada benarnya juga dan itu menaikkan semangatnya untuk sambung belajar di Matrikulasi. 

Bab 7: Result


Result SPM dikeluarkan pada hari ini. Aina yang semestinya gementar dan tak senang duduk dek kerana memikirkan apa keputusan SPMnya adakah cemerlang ataupun tidak. Aina bekerja shift pagi hari ini dan dia jadi tak senang duduk kerana memikirkan result yang akan keluar pada jam 10 pagi. rakan sekerja dan bossnya saja menyakat untuk menakut-nakutkan Aina dan membuatkannya lagi bertambah risau. Semua kerja yang dijalankan olehnya jadi tidak menentu. Dan Akhirnya Aina memilih untuk membuat kerja di stor saja untuk menenangkan dirinya tanpa diganggu oleh sesiapa. 

Pada jam 9 pagi, Ayahnya telah pun sampai di kedai untuk menjemputnya pulang ke rumah untuk bersiap-siap mengambil result pada pagi ini. Sesampai saja di rumah Aina pun bersiap-siap dan memakai baju kurung berwarna ungu dan berkasut tutup. Sesampai saja di sekolah, Aina berjumpa teman baiknya iaitu Aimi dan Farah dan hatinya mula berdebar-debar dan rasa tak senang duduk. Rasa seperti jantungnya mahu terkeluar dan tangannya berpeluh-peluh menunggu result yang bakal keluar lagi 5 minit. Seorang demi seorang beratur untuk mengambil result. Di saat itu, Aina tidak lagi menghiraukan siapa di sebelah kanan dan kirinya dia hanya menumpukan sepenuh perhatian pada result yang bakal diambilnya sekejap lagi. Tidak lama selepas itu, Aina pun pergi kedepan untuk mengambil resultnya. Dia menyalam tangan guru kelasnya iaitu Puan Maisarah dan guru kelasnya mengira bilangan "A" yang di perolehi oleh Aina. 

Puan Maisarah: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7A, 2C 
*Aina yang seperti tidak percaya kerana dia hanya menganggarkan dia mendapat 5A saja. 
Puan Maisarah: Ok Aina awak dapat 7A iaitu 5A, 2A-, dan 2C+. Tahniah Aina. 
Aina: Betul ke cikgu?
Puan Maisarah: Ya Aina, betul la awak dapat 7A dan 2C. Ni slip SPM awak ok? apa-apa pun tahniah Aina atas kejayaan awak. 
Aina: Ya Allah, terima kasih cikgu. Terima kasih.

Aina yang terlalu gembira dan tidak menyangka dia akan mendapat 7A tergesa-gesa keluar dewan untuk ke kereta memberitahu ayahnya dalam keadaan menangis kegembiraan. Aina hanya menyangka dia mendapat 5A kerana baginya SPM baru ni lagi susah daripada PRA SPM yang lepas sedangkan PRA SPM yang lepas dia mendapat 6A, 2B, 1C. Dan disebabkan itu dia fikir dia akan dapat lagi kurang daripada itu. Aina yang tidak hiraukan sesiapa belari menuju ke kereta. Dan keluar pagar sekolah rakan kelasnya semasa tingkatan 4 menegurnya.

Rykal: Aina, dah amik result? Dapat berapa?
Aina: Dah baru je ni. aku dapat 7A

Aina dengan muka gembira dan dalam keadaaan menangis terharu teruskan belari ke kereta kerana tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada ayahnya. Rykal serta rakan-rakan yang lain dan Aiman yang juga ada ketika perbualan antara mereka itu pun terkejut mendengar berita gembira tersebut, inikan pula ayah Aina. Masuk saja kereta Aina mengatakan kepada ayahnya.

Aina: Papa! Papa! Ena dapat 7A 2C. Hehe Ena pun tak sangka Ena akan dapat 7A papa.
Papa: Yeke? Alhamdulillah. Tahniah sayang. Tak sia-sia usaha anak papa selama ni. Mama pasti gembira kalau dengar berita ni.

Ayah Aina yang gembira mendengar berita kejayaan anaknya itu terus mencium dahi anak kesayangannya dan terus menelefon isterinya dan memberitahu tentang result anaknya. Sesudah itu, Aina dan ayahnya terus pulang untuk menghantar Aina ke tempat kerjanya memandangkan shift kerjanya belum tamat. Sampai saja di tempat kerja Aina, boss dan rakan sekerjanya menunggu di depan pintu kedai menunggu result Aina. Apabila Aina masuk saja kedai dan belum sempat ke belakang untuk menukar baju kerja telah pun di soal siasat oleh boss dan rakan sekerjanya.

Boss   : So how was your result Aina? Ok tak?
Haikal: Macam mana Aina? Ok tak? Muka happy je?
Aina   : Hahaha korang ni pun belum sempat Aina tuka baju dah soal macam-macam hehe
Haikal: Eh mesti la.. Nak tahu jugak result Aina macam mana gempak tak. Kalau gempak Haikal nak belanja aiskrim memandangkan Aina suka aiskrim hehe sebagai tanda tahniah. So cepatla bagitahu.
Aina   : Hehe wahhh bestnya haha ok Aina dapat 7A 2C. Hehe
Boss   : Wahhh tahniah Aina, saya tau awak mesti berjaya dengan cemerlang punya sebab tu pagi tadi saya saja sakat awak dan takut-takutkan awak sebab nak tengok riaksi awak hehe apa-apa pun tahniah Aina.
Haikal: Tahniah Aina.. Hehe tak sangka Aina berjaya dengan cemerlangnya. Okay cepat pilih nak aiskrim apa Haikal belanja Aina ok?
Aina   : Wahhh terharunya hehe terima kasih Haikal.
Haikal: Hehe sama-sama lagipun bukan selalu Haikal belanja Aina

Aina pun kebelakang menukar baju dan start bekerja semula dengan wajah yang ceria dan hati yang gembira kerana memikirkan resultnya yang cemerlang itu. Start dari Aina masuk kerja selepas mengambil reslut, telefonnya tak henti-henti menerima panggilan dan sms daripada kawannya menanyakan tentang resultnya. 


Bab 6: Dari mata turun ke hati


Aina yang sedang sibuk melayan pelanggan di kaunter tidak perasan akan kedatangan kawan kelasnya untuk membeli minuman di situ. Ketika mereka hendak bayar baru lah Aina perasan. Irfan, Zainal, Maria menegur Aina di kaunter.

Irfan  : Eh Aina khusyuknya kerja sampai tak perasan kita orang datang ni? haha
Maria: Haah la Aina, kau ni pekerja yang dedikasi sangat tau! Haha sampai tak perasan kami datang. Bagus gila..
Aina  : Eh korang sorry sangat.. Serious aku tak perasan pun korang datang. Aku ada customer tadi. Sorry sangat.
Zainal: Haha tak apa la Aina kami gurau je pun hehe saja sakat kau da lama kan kita tak jumpa. Haha
Aina   : Eh korang ni kan buat aku cuak je tau. Ingatkan tacing tadi hehe. Oh ye btw korang dari mana nak ke mana?
Maria : Kita orang baru lepas jalan-jalan sekarang nak balik rumah. Tu ha ada Aiman dalam kereta tapi dia tak nak turun malu katanya hahaha.
Aina   : Oh ye ke? Haha bialah dia. Nanti kirim salam je dekat dia ok?
Irfan  : Ok la Aina, kita orang gerak dulu. Nanti kita jumpa lagi. Kerja elok-elok kawan.
Maria : Haha ok Aina jumpa lagi. Take care.
Aina   : Okay korang pun take care jugak.

Setengah jam kemudian Aina terfikir kembali, kenapa Aiman datang tempat kerjanya? sedangkan banyak lagi kedai lain yang dia boleh pergi. Bukan itu saja, dah datang tapi tak turun. Dan itu yang membuatkan Aina tertanya-tanya di dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kawannya Atirah menegur.

Atirah: Kau borak dengan siapa tadi? Sampai dekat stor aku dengar korang bual. Rancak betul hehe.
Aina  : Oh ye ke? Haha tak ada ni dak kelas aku datang tadi beli air tu yang sempat borak-borak tanya khabar.
Atirah: Ouh ye ke patut la pun.

Perbualan pun tamat di situ dan mereka berdua meneruskan kerja mereka. Manakala Aina masih memikirkan tentang Aiman tadi. Atirah dan Aina telah pun berbaik-baik dan melupakan apa yang pernah terjadi di antara mereka dan mereka telah kembali rapat seperti dulu. Mereka juga sering keluar makan dan rehat bersama. Malah setiap kali Aina kerja lebih masa dia akan mengajak Atirah bersama. Dan bermula dari itu tidak ada lagi salah faham mahupun perbalahan antara mereka dan staff yang lain. Aina telah pun memaafkan semua orang dan dia juga meminta maaf jika semua itu adalah berpunca daripadanya yang menyebabkan perbalahan di antara mereka berlaku.


Saturday, 7 February 2015

Bab 5: Iri hati

Setelah tamat belajar dan habis paper SPM, Aina dan rakan sekolahnya iaitu Atirah telah bekerja di sebuah syarikat yang berhampiran dengan rumahnya. Mereka telah bekerja selama 5 bulan lebih sehingga kan boss ditempat kerja mereka sangat senang dengan Aina kerana sikapnya yang rajin dan ikhlas dalam membuat kerja. Tidak curi tulang seperti pekerja yang lain. Dan ini menimbulkan sifat iri hati dan cemburu kepada Atirah iaitu kawannya yang mengajak dia bekerja disitu. Aina jenis cepat tangkap dan ada sifat ingin belajar. Oleh sebab itu, boss lebih suka akan satff seperti Aina.

Oleh kerana iri hati, Atirah telah menceritakan tentang Aina kepada rakan-rakan sekerja yang lain. Mereka mengatakan yang Aina "kipas boss" iaitu kaki bodek. Sebab itu boss baik dengannya. Tapi Aina hanya menjalankan kerja dan pekakkan telinga. Kerana baginya dia datang kerja untuk cari rezeki sampingan untuk kumpul duit sebelum masuk belajar dan bukan mereka yang bayar gajinya. Kenapa nak kena hirau apa orang kata tentangnya. Sebab dalam dunia ni kawan sendiri boleh tikam belakang dan tak semua orang sukakan kita. Kata Aina di dalam hati. 

Pekerja di situ tak sukakan Aina kerana sifat rajinnya dan sifat ingin belajarnya membuatkan mereka menyampah dengannya. Tambahan pula, gaji Aina sering melebihi gaji staff yang lain malah Aina juga rajin buat "over time" dan adakalanya gaji "over time" itu melebihi gaji basic nya. Ini lagi satu punca mengapa staff yang lain tak suka dengan Aina. Boss syarikat itu pernah berkata kepada Aina yang dia lebih percaya Aina buat kerja lebih masa berbanding staff yang lain kerana boss memerhati di CCTV dan ramai yang curi tulang ketika kerja lebih masa. Dan disebabkan itu juga Aina di cop sebagai kaki kipas dan kaki bodek. Sehinggakan ramai staff yang tak suka Aina. Tetapi itu tak mematahkan semangatnya untuk terus bekerja. 

Dan kadang-kala Aina sering di pelawa oleh boss nya untuk makan bersama di kedai berhampiran dengan syarikat itu. Tapi disebabkan tak sampai hati untuk menolak ajakan boss nya maka dia pun setuju untuk meneman boss nya makan. Malah bukan Aina seorang saja yang sering dipelawa, staff yang lain juga sering dipelawa boss untuk makan bersama. Bukan itu saja, Aina juga sering di panggil Robot dan machine kerana bekerja tak pernah nak rehat dan bercuti. Ada kalanya Aina sering menawarkan diri untuk kerja lebih masa apabila staff tak cukup. Dan pernah juga Aina masuk kerja 6.30am dan balik pukul 12am. Dan diulangi rutin itu gara-gara tak cukup staff. Tapi itu tak memberi sebarang alasan mahupun ungutan daripada Aina kerana dia yang suka rela menawarkan diri untuk bekerja lebih masa. Bagi Aina dia happy dan senang bekerja di situ dan itu membuatkannya tak kisah untuk kerja seharian suntuk. Dan itu menyebabkan boss nya memangil dia "robot". Walaupun Aina masuk kerja pagi-pagi dan balik tengah malam tetapi rekod kedatangannya tak pernah teruk. 

Aina juga di beri kepercayaan oleh boss nya untuk melakukan kerja boss di pejabat hanya disebabkan sikap Aina yang suka belajar dan sifat ingin tahu dia, boss memberi kepercayaan untuknya melakukan kerja yang berat. Dan bukan itu saja, Aina juga seorang yang super boleh. Semua kerja lelaki di tempat kerjanya dia boleh lakukan. Dan ini adalah bonus kepadanya atas sikapnya yang suka belajar. Kerana diantara staff yang lain Aina saja staff yang boleh buat semua kerja in case staff lelaki tak ada. Dan disebabkan itu juga dia disayangi oleh bossnya.

Bab 4: Peperiksaan

*Dalam dewan exam*

Aina yang sedang sibuk menulis nama di kertas Prinsip Perakaunan iaitu kertas terakhir untuk SPM, tidak menyedari bahawa nombor angka gilirannya adalah bersebelah dengan Aiman manakala depan Aiman adalah Azhar dan belakangnya adalah Irfan. Aina punya terkejut macam nampak hantu kerana dia tidak menyangka bahawa pada last paper SPM dia ditempatkan bersebelahan dengan bekas teman lelakinya. Tapi dek kerana malas nak berfikir banyak Aina terus menumpukan perhatiannya untuk menjawab paper last SPM tersebut.

*Ok masa di peruntukan untuk kamu menjawab kertas prinsip perakaunan ialah 2 jam setengah dan anda boleh mula menjawab* Taklimat daripada ketua pengawas yang bertugas untuk memberikan taklimat tentang kertas tersebut. Selepas tamat 2 jam setengah

*Ok, masa menjawab telah pun tamat. Anda semua di kehendaki berhenti menjawab dan letakkan pen anda. Sila pastikan nombor angka giliran telah pun ditulis. Pengawas akan mula mengutip kertas jawapan* Dewan peperiksaan mulai riuh oleh kerana SPM telah pun tamat. Aina yang masih kaku dan diam membisu ditempatnya itu terdengar akan perbualan antara Aiman dan Azhar. "Eh Aiman, apa lagi exam dah habis. Cakap lepas SPM nak getback? haha" Tanya Azhar kepada Aiman sambil memandang kepada Aina. "Asal aku pulak?? Siapa yang cakap nak getback balik? Aku tunggu je ni ha kalau berani la hahaha" Balas Aiman sambil menunding jari ke arah Aina. "Eh Aina, exam dah habis ni..So apa tunggu lagi? cakap lepas SPM nak getback balik?" Tanya Azhar kepada Aina. "Eh asal aku pulak? lagi pun dia dah ada yang lain kenapa aku nak getback balik" Jawab Aina dengan slumber sambil bangun menolak kerusi dan terus keluar dewan.

Di luar dewan Aina, Aimi, Farah dan yang lain-lain masing-masing sedang sibuk berbincang tentang kertas yang baru mereka jawab sebentar tadi. Sedang khusyuk mereka berbincang Aimi menegur "Eh Aina, kau tau tak dari tadi aku perasan yang Aiman tu asek pandang kau je dari tadi. Dah kenapa weh? Macam ada benda dia nak tanya kau je?"
"Haa? oh ye ke? bia jela dia tu. Tak ada pape kot dia saja pandang. Dia kan tak betul sikit. hahaha" Jawab Aina dengan slumber dan terus berjalan untuk pulang.

Aiman dan rakan-rakan yang lain pun meneruskan langkah untuk pulang sambil membaling-baling tepung yang dibawa rakan-rakan yang lain tanda meraikan kemenangan di hari last paper SPM mereka.

Bab 3: Waktu Rehat

*Di rumah Aina*

"Mama, boleh tak esok pagi-pagi mama masakkan Ena nasi goreng or anythings jela yang boleh Ena bawak pergi sekolah esok??" Tanya Aina kepada Emaknya.

"Eh, kenapa pulak ni? kenapa Ena tak beli dekat kantin sekolah je sayang? Esok mama busy nak kena kena pergi office awal." Balas emaknya.

"Alaaaa, boleh la mama.. Please.... Sebab start besok sampai minggu depan kantin sekolah tutup sebab tender contract dengan sekolah dah habis. Ini pun pengetua yang bagi tahu masa perhimpunan pagi tadi.. Boleh la mama... Please...." Rayu Aina pada emaknya dengan nada kesian.

"Okay la esok mama masakkan ok? esok mama masak lebih sikit so nanti Ena boleh bagi kawan-kawan ynag lain makan sama ok sayang?" Kata emaknya kepada anaknya

"hehe okay mama.. Thank you! sayang mama.. Oh ya mama, nanti mama kena masakkan Ena sarapan start dari esok sampai minguu depan ok? hehe Muahhh " Balas Ena kepada emaknya sambil memeluk dan mencium pipi emak kesayangannya.



*Keesokkannya*


"Ena, ni mama da siapkan bekal untuk ena. Mama buatkan nasi goreng dan bekalkan sekali dengan air teh untuk Ena ok?" Kata emak kepada Aina.

"Ok mama.. Thanks! sayang mama.. Mama!! Papa!! Ena pergi sekolah dulu ya. Bas da sampai. Assalamualaikum.." Balas Aina sambil menyalam tangan kedua orang tuanya sambil belari ke muka pintu untuk menaiki bas.


*Di sekolah*


Masing-masing duduk mengulang kaji pelajaran semperna peperiksaan besar spm lagi 2 minggu dan ada juga yang duduk berbual kosong. *kringgggggggg* Loceng rehat telah pun berbunyi. Kelas 5 amanah mula riuh dengan suara pelajar kelas tersebut. 

Farah : Aina, Aimi korang bawak bekal apa harini? Mak aku masakkan untuk kita semua  nugget.
Aina   : Mama aku masakkan nasi goreng untuk kita makan sesama.. Ada air teh jugak kalau   korang nak k? hehe
Aimi  : Wahhhh banyaknya makanan kita harini... Ibu aku masakan kita semua mee goreng.  Nanti boleh la kita share-share bagi dekat kawan-kawan yang lain sikit k?
Sarah : Eh korang, meh la letak depan makan korang boleh bagi yang lain rasa. Lagipun kita orang ada bawak makanan kita orang sendiri. 
Azhar : Wahhhh, da macam open house pulak aku rasa banyak sangat makan ni ha nak makan hahaha
Ahmad : Korang, ni mak aku sponser air untuk kita semua.. okay?
*pelajar lain* : wahhhhh bestnya rehat macam ni kalau dari awal macam ni kan best hahaha 


*kringgggg* Loceng waktu rehat telah pun habis. Aina, Aimi, Farah ke tandas untuk basuh bekal yang meraka bawa tadi. Manakala Aiman pula mengambil kesempatan untuk duduk di tempat Aina kerana dia telah pun diajak "Betting" oleh kawan-kawannya untuk duduk di tempat Aina dan membuatkan Aina marah. Pada asalnya pertaruhan itu, mereka menyuruh Aiman untuk menyorokkan beg Aina supaya Aina menjadi lagi marah. Tapi disebabkan Aiman tidak sampai hati maka dia menukar pertaruhan itu dengan duduk di tempat Aina. Kerana dia tahu yang Aina paling tidak suka kalau lelaki duduk di tempatnya. Lagi-lagi kalau lelaki itu adalah Aiman. Setelah Aina, Aimi, Farah pulang dari tandas, Aina mula bengang apabila masuk-masuk pintu kelas mendapati Aiman duduk di tempatnya. Aina pun bergegas ke tempat duduknya. Belum sempat dia nak marah, Aiman dengan sendirinya bangun dan bergegas ke tempat duduknya sambil tergelak-gelak menahan ketakutan. 

Irfan   : Eh Aiman! cakap berani sangat?? Mana kau punya berani tu ha? belagak je lebih.. Hahaha 
Aiman: Eh kau gila ke apa? kau tak nampak muka dia yang macam singa tu? hahaha selamat aku sempat bangun sebelum dia marah. Aku sendiri pun takut tengok muka dia yang garang tu hahaha
Aidil  : Eleh.. Aiman kau takut cakap takut tak payah cover-cover bagai la hahaha tapi apa-apa pun kau win!! kau berjaya buat dia marah dekat kau hahaha patutnya lagi happening kalau kau duduk je situ bia dia marah baru best weh.. Ni sebelum dia marah kau dah lari apa laa haha
Aiman: hahaha tak berani aku weh.. Tengok muka dia je pun aku da gerun. ni kan nak tunggu dia bukak mulut nak marah aku lagi la aku tak berani baik aku cabut hahahaha

Terdengar akan perbualan tadi Aina ketawa dengan sendirinya dan berkata di dalam hati *takut jugak budak ni dengan aku rupanya. Ingatkan berani la sangat hahaha* Tanpa di sedari Aimi menyingul lengan Aina. "Eh Aina kau dah kenapa gelak sorang-sorang?" Tanya Aimi kepada Aina. "Haha tak ada apa aku kelakar tengok Aiman tu. Tak tahu pun yang dia tu penakut jugak orangnya. Aku belum sempat bukak mulut da cabut" Balas Aina. "Hahaha aku rasa bukan Aiman jela yang takut. Budak lelaki kelas kita semua takut dengan kau. Dia orang cakap kau memang garang kalau marah. tu yang tak ada siapa berani buat kau marah. Tapi aku pelik dengan Aiman sebab dia berani buat kau marah" Kata Aimi kepada Aina dengan nada hairan. "hahaha entah la Aimi, aku pun tak paham dengan dia tu. Dah kenapa tah tiba-tiba nak duduk tempat aku bagai. Pelik gila. Tempat sendiri ada duduk jela situ sibuk nak duduk tempat orang" Balas Aina. "Hahaha kau pelik aku lagi pelik hahaha" Jawab Aimi kepada kawannya.










Bab 2 : Anak murid kesayangan

"Bangun!! Selamat pagi Cikgu" Ucapan selamat pagi daripa ketua kelas 5 Amanah iaitu Azhar. "Okay kelas harini saya nak pulangkan kertas ujian Pra SPM kamu minggu lepas" kata Puan Zawiyah kepada anak muridnya. seorang demi seorang nama dipanggilnya untuk datang ke depan dan mengambil kertas ujian. "Ok seperti biasa markah paling tinggi di dalam kelas dengan markah 85% ialah Aina" Kata puan Zawiyah.. Aina pun kedepan dan mengambil kertas ujiannya dan seperti biasa pasti akan ada mulut yang tidak puas hati dengannya dan orang yang sama seperti biasa iaitu Aiman. Sambil berjalan ke depan dia sempat memandang Aiman yang duduk di bahagian depan sekali dengan menjeling sambil mendengus dan mengabaikan apa yang diperkatakan Aiman.. Aiman seperti biasa ayat tidak puas hatinya "Anak murid kesayangan tu asyik dapat markah tinggi je dalam kelas sambil ketawa terbahak-bahak" Kata Aiman kepada kawan disebelahnya Irfan.

Aina kembali ke tempat duduknya dan berkata kepada kawan baiknya Aimi "ishhh sakit hati betul aku dengan dia tu lah, aku belajar aku ulang kaji so aku layak dapat markah tinggi! yang dia nak ejek aku anak murid kesayangan dah kenapa?! geram betul lah!" 
"Alaaa, Aina kau buat tak tahu je nanti dia penat tau la dia senyap. Lagipun dia kan memang macam tu suka sakat kau dari awal tahun lagi. Kau pun sabar jela k? tak payah amik hati sangat. Eh! tah-tah dia suka kau lagi kot.. Tu yang dia asyik sakat kau je. Orang lain tak ada pun? hehe" Kata Aimi dengan nada bergurau. "Eh!! tak ada maknanya la. Kau jangan nak macam-macam Aimi. Kalau betul dia suka aku lagi bukan macam ni caranya. Ni da macam musuh dah aku rasa dia layan aku" Balas Aina kepada Aimi..

"kringgggggg" Loceng waktu rehat pun berbunyi. "Bangun! Terima Kasih cikgu" ucapan terima kasih daripada ketua kelas kepada puan Zawiyah. "Eh, Aina kau bawak bekal apa kali ni?" Tanya Aimi kepada Aina. "Alaaa, Aimi kau bukan tak tahu Aina ni kan selalu rehat bawak biksut kering dia tu hahaha" kata Farah kepada Aimi "Eh, haah laa aku pun lupa haha yela maksud aku dia bawak biskut perisa apa kali ni hehe" Kata Aimi kepada farah sambil tergelak. "Amboi korang ni perli aku ke ape? suka korang membahan aku kan? aku macam biasa la biskut Lexus perisa sayur hehe korang macam tak tahu aku kan vegitarian hahaha" Balas Aina kepada kawannya. "hahaha padan la kau ni kurus kering kau tau tak Aina. Dan hari-hari makan biskut je. Sampai kita orang pun terikut perangai kau pergi sekolah bawak bekal. haha tu la dia dah kawan dengan orang yang suka bawak bekal aku pun terikut sama" Kata Farah. Sepanjang waktu rehat Aina dan kawannya berborak-borak sambil menikmati bekalan yang di bawa mereka di tepi kolam ikan sebelah bilik guru.

"Eh! jum la kita masuk kelas, loceng pun da bunyi tu." Kata Aina kepada kawannya. "Okay jum!" balas Aimi dan Farah.. 5 minit kemudian, "Bangun! selamat pagi Cikgu Hasnah" "Selamat pagi Cikgu Hasnah" Jawab pelajar kelas 5 Amanah kepada cikgu mata pelajaran Sejarah. "Okay duduk!" Kata Puan Hasnah. "Ok kelas, hari ni saya nak buat ulang kaji semperna peperiksaan spm kamu.Saya nak kamu semua buat latihan dalam buku teks muka surat 110 dan 111 dari soalan no 1 sehingga 6. Ada yang tak paham boleh tanya saya dan kalau dah siap hantar depan" Kata Puan Hasnah. Aina, Aimi, Farah, Balqis mereka berempat buat bersama dan bincang mencari jawapan. Manakala Aiman, Irfan, Haikal masing-masing buat hal sendiri berborak sambil membuat latihan yang diberikan. 

Setengah jam kemudian, "krikkkk" Bunyi kerusi Aina yang mahu kedepan menghantar tugasan yang diberikan dan diikuti yang lain-lainnya.. Aiman memandang Ainan dengan pandangan yang sinis dan Aina menjeling Aiman. "Ok, ada sesiapa lagi yang tak hantar?" tanya Puan Hasnah kepada muridnya. "Tak ada cikgu" jawab pelajar 5 Amanah. 

Seperti biasa pada hari jumaat pelajar sekolah akan pulang awal pada pukul 12.30 untuk membolehkan pelajar lelaki menunaikan solat jumaat. Selesai saja kelas Sejarah masing-masing mula mengemas barang untuk pulang ke rumah. 

Bab 1: Study group


Aina mula membersihkan dan menyusun buku-buku di perpustakaan seperti hari-hari biasa. 
Tak lama kemudian kedengan bunyi loceng tamat waktu rehat "kringgggg", lalu dia pun bergegas ke muka pintu memakai kasut dan terus ke kelas. Sewaktu hendak ke kelas Prinsip akaun, Aina ternampak Aiman bersama teman wanitanya "berdating" di kolam ikan berdekatan tapak perhimpunan, lalu Aina mengalihkan pandangannya dan terus ke kelas.

Sepanjang kelas Prinsip Perakaunan, Aina akan menjadi pelajar aktif kerana dia sering memberikan jawapan yang ditanya oleh "Encik Wong" guru matapelajaran berikut. Dan ini membuatkan perangai aiman seprti biasa dengan sikapnya yang nakal dan annoying suka menyakat aina. Tiap kali aina menjawab pasti  dia dengan ayatnya, "haa, tak dengar tak dengar", "asyik suara dia je, tak ada orang lain ke?" sambil tangan menutup kedua belah telinganya. Dan itu telah pun lali di pelusuk telinga Aina. Kerana baginya Aiman itu ibarat budak mentah dan tak matang yang suka menyakat kawan sekelas, walaupun sebelum ini mereka pernah menjalinkan hubungan ketika di tingkatan 4 tetapi dek kerana Aina ingin meneruskan cita-citanya untuk membuktikan dia boleh berjaya dengan cemerlang untuk SPM 2010 maka hubungan mereka setakat itu saja, lalu diabaikan setiap yang dilakukan oleh Aiman kepadanya. 

"Kringgggggg" loceng pun kedengaran. Maka tamat lah kelas Prinsip Perakaunan. Dan diteruskan pula kelas berikutnya iaitu kelas Ekonomi. Selang 2 minit, Puan Zawiyah pun masuk ke kelas 5 Amanah. Seperti biasa pabila kelas Ekonomi pasti ramai yang bakal duduk diluar kelas gara-gara kerja yang diberikan tak siap, dan bukan itu saja malah ada yang sangup menawarkan diri untuk duduk diluar bersama yang lain kerana malas belajar. Dan seperti biasa jugalah Aina sering menjadi anak murid kesayangan setiap cikgu. 

"Aina, tolong saya salin latihan ni di papan putih" kata Puan Zawiyah kepada Aina. "krikkk" bunyi kerusi yang ditolak Aina untuk bangun dan pergi kedepan. "Semua ini ke cikgu?" kata Aina bertanya kepada Puan Zawiyah. "Ya Aina, dan nanti kamu salin daripada kawan kamu ok?" balas puan Zawiyah kepadanya. "Baiklah cikgu" kata Aina kepada Puan Zawiyah dengan penuh sopan.

Setelah setengah jam Aina menulis di hadapan, maka dia pun pulang duduk ditempat duduknya dan diperhatikan Aiman yang duduk diluar sedang memerhatikannya. Dan tak lama lepas itu kelas Ekonomi pun tamat. "kringgggggg" tanda waktu persekolahan sebelah pagi telah pun tamat. Aina seperti biasa dia akan "stayback" sampai petang untuk menunggu ayahnya menjemputnya pulang. Dan dalam masa yang sama dia akan mengulang kaji pelajaran sambil menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu. Sedang dia tekun membuat kerja rumah, "Aina.... nak ikot kita orang beli makanan tak dekat kedai depan?" tanya Aimi kawan baiknya kepada dia yang lagi sedang tekun membuat kerja rumah. "haa..nakk!! korang nak beli sekarang ke?" tanya Aina kepada kawannya Aimi. "haah, kita orang da lapar sangat ni lepas makan nak pergi solat zuhur terus dekat surau. Nak ikot tak?" balas Aimi.. "Nak..nakkk!! tunggu kejap!" kata Aina.

Kedai makcik depan sekolah tu selalu menjadi tempat lepak pelajar-pelajar dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah Bandar Baru Bangi ini kerana disana ada menjual pelbagai jenis makanan, air, mahupun jajan. Sedang Aina berborak dengan Aimi, tiba-tiba dia terlihat Aiman sedang "berdating" dengan teman wanitanya yang dilihat pagi tadi ditempat yang sama. Aina meneruskan langah tanpa menghiraukan kewujudan mereka disana. Tetapi mata kanannya terpandang Aiman dan dia perasan Aiman juga sedang memerhatikannya dan bukan itu saja, Aina juga perasan awek Aiman sedang bermanja-manja memegang tangannya. Aina dengan slumbernya mengatakan "eeiii, geli la aku tengok Aiman tu dengan awek dia! megada-ngada nak manja-manja dalam kawasan sekolah. Dia tak tahu ke dalam sekolah mana boleh buat macam tu!! huhhh.." kata Aina kepada Aimi dengan keadaan marah. "Alaaa, bia jela dia nak buat apa pun. kau bukan dengan dia lagi tak payah la jealous" Balas Aimi kepada Aina. "Hmm memang la aku dah tak ada pape dengan dia, tapi aku menyampah tengok dia tegedik-gedik manja-manja macam tu dalam kawasan sekolah. Dia tak tahu ke SPM dah nak dekat? Daripada dia "dating" 24jam lebih baik dia pergi belajar ulang kaji ke ada juga faedahnya" kata Aina kepada Aimi dengan nada yang geram. Aimi berdiam diri dan tidak membalas sepatah pun apa yang di katakan oleh Aina kerana bimbang kalau-kalau dia pula yang bakal dimarahi. 

Setelah selesai makan Aina dan Aimi terus ke surau untuk solat Zuhur. Selepas 15minit mereka kembali pulang ke kelas untuk sambung belajar. Aina mula mengajar kawan-kawannya yang tidak berapa faham akan pelajaran yang dipelajari mereka tadi. Seperti biasa setiap kali "stayback" Aina akan menjadi guru tutor dalam "study group" dan kawan-kawannya lebih senang belajar dengannya kerana apa yang di ajar lagi senang faham dan senang ingat. 

"kringggggggg" waktu rehat belah petang telah pun berbunyi dan mereka masih tekun belajar dan mengulang kaji pelajaran untuk persiapan SPM.. Tiba-tiba kedengaran suara orang sedang berborak menuju ke kelas 5 Amanah. Aina pun menoleh dah melihat geng-geng Aiman sedang menuju ke kelas. Aina meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan mereka. Geng-geng Aiman pun masuk ke kelas untuk mengulang kaji pelajaran bersama guru tutor mereka iaitu Maria. Sepanjang waktu itu Aiman senyap dan diam seribu bahasa. Langsung tidak menyakat ataupun mencari gaduh dengan Aina. Sedar tak sedar dah pukul 5 petang, Aina dan lain-lain mengemas barang untuk pulang.